Sahur Nak Makan Apa? Ini 3 Resepi Mudah Dr Rizal

Sahur nak makan apa?

Kena makan ringan? Kena makan berat? Tak perlu makan?

Macam macam soalan saya terima.

Jadi, saya kongsikan beberapa resepi saya sendiri.

Apa kata sahur tahun ini kita berikan hak pada tubuh dan otak?

Biar puasa dengan energi tidak putus, segar membalut diri, akal tajam merungkai masalah?

Ketika sahur, pastikan minum air putih secukupnya.

Ambil makanan tinggi fiber dan bijirin. Elak makan makanan berat.

Elak karbo ringkas. Ambil sedikit karbo kompleks. 

Kalau mahu mari cuba resepi berikut.

1. OAT MADU BUAH TIN

Bahan:

  • 2 sudu chia seed
  • 1/3 cawan susu almond
  • ¼ cawan rolled atau regular oat
  • ¼ cawan greek yogurt
  • 2 sudu madu Uzbekistan
  • 1 sudu serbuk cinnamon
  • Sedikit walnut (atau kacang lain)
  • 2 biji buah tin (dihiris)

Campurkan semua. Simpan di dalam peti sejuk.

Baham sepuasnya pagi waktu sahur.

Nak makan baru letak buah tin. Nak guna buah tin kering pun boleh.

Kalau tiada, guna buah lain seperti epal, aprikot, kurma.

Kenapa saya guna buah tin?

Potassium dalam buah tin bantu stabilkan tekanan darah.

Kurang potassium akibatkan hypertension.

Tinggi sumber magnesium dan kalsium.

Dua ni perlu untuk tingkatkan ketumpatan tulang.

Sehari ambil 1-3 biji maksimal.

Buah tin kaya omega-3. Bagus untuk lembapkan kulit.

Redakan garis halus pada dahi dan bawah mata. Kurangkan merah pada muka.

Yang ada masalah insomnia.

Buah tin tinggi tryptophan. Rangsang tidur pada tahap kemampusan tertinggi.

Rajin rajinlah makan.

Masa makan nanti, bayangkan betapa banyaknya tenaga berterusan akan mengalir.

Kesegaran berkekalan hingga ke petang. Kenyang membalut diri hingga dinihari.

2. SMOOTHIE KURMA

Kalau nak buat resepi ni seeloknya pilih salah satu jenis ini:

Medjool, Safawi atau Ajwa.

Nak gabung 3 sekali gus pun tak de masalah.

Kenapa guna kurma ni?

Sebab ia manis, berlemak dan lembut. 

Kurma takyah ulas banyak khasiatnya.

Bantu kawal tekanan darah tinggi dan jantung.

Sumber serat untuk lawaskan pembuangan.

Ada anti oksida flavonoid untuk rendahkan risiko kanser, diabetes dan Alzheimer.

Bertindak sebagai penguat ingatan untuk otak.

Berita baik untuk abam abam sekalian.

Kurma kaya estradiol untuk tingkatkan kualiti serta jumlah sperma.

Bahan:

  • 1 cawan susu almond
  • 4 biji kurma (buang biji)
  • 1 biji pisang
  • 1 cawan air
  • 1 sudu MCT oil
  • 1/2 sudu teh serbuk cinnamon

Campak semua dalam blender dan blend. Boleh minum terus.

Kenapa pakai almond milk?

Tak sebabkan peningkatan gula dalam darah.

Sumber susu paling tinggi vitamin E.

Penting untuk penglihatan, sistem reproduktif, sel kulit, neuron otak dan sel darah.

Sesuai untuk alergi dan perut sensitif sebab bebas tenusu haiwan selain santan.

Confirm terangkat dan bertenaga sepanjang hari.

Tak percaya? Cuba try test.

3. BULLETPROOF VEGAN OCOC

Kalau tak boleh minum kopi.

Boleh gantikan dengan teh matcha atau teh hijau.

Bahan:

  • 450ml air kopi bebas gula
  • 1 sudu makan minyak kelapa
  • 2 sudu makan mentega asli cair
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1@2 sachet Vegan OCOC
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara:

Gabungkan kesemua bahan dalam pengisar.

Sedia untuk diminum sejuk atau biasa.

 

Mahu belajar The Power of Fasting?

Teknik berpuasa dengan betul untuk 'up' kan tahap kesihatan otak dan badan?

Ilmu 'rare' hanya SEKALI dalam setahun!

JOM SERTAI NEUROFAST!

JOM SERTAI NEUROFAST!

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top