Sarapan Pagi Bernutrisi Tinggi

Ni antara breakfast saya pagi ni. Campuran buah apple custard atau nona, avocado dan roti sourdough.

Banyak kebaikan roti sourdough ni. Nutrisi pun tinggi. Dalam sourdough ada:

-protein

-fiber

-selenium

-folate

-thiamine

-manganese

-niacin

-iron

Banyaklah tu kan.

Paling best ada 4 kebaikan asas yang kita perlu tahu. Contohnya:

1. Ada Prebiotic dan Probiotic

Bagus sangat untuk usus - otak kedua manusia ni.

2. Bantu sistem pencernaan

Ada kajian sebut dalam sourdough ni ada lactic acid. Asid dapat bantu rendahkan inflamasi dan kesan penyakit auto immune.

3. Bantu Proses Penuaan dengan Lebih Sihat

Kajian di Aging Clinical & Experimental Research sebut sourdough rendahkan risiko penyakit jantung, diabetes dan kanser.

4. Stabilkan Gula dalam Darah

Sourdough ni rendah indeks glisemik. Jadi bila makan tak jadi insulin spike macam makan roti biasa. Jadi tak perlu risau gula dalam darah naik.

Ni belum masuk bab superfood bernama avocado. Belum lagi masuk cerita nutrisi apple custard dan coco OCOC.

Apapun pastikan breakfast kita tinggi nutrisi. Tinggi fiber. Baru otak ada vroom power.

Ha gitu.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Apa Itu Autophagy? Kenapa Ada Orang Puasa Makin Sihat, Ada Yang Makin Lemah

Scroll to Top