Saya Depressed Ni! Tolong Saya!

“SAYA DEPRESSED NI! TOLONG SAYA!”

Kata N pada saya. Pelajar jurusan X di universiti tempat saya bertugas.

N adalah pelajar tahun 1. Masih bertatih dalam dunia universiti. Beliau anak kedua dari 5 orang adik beradik. Asal dari selatan tanah air.

Menurut N, depressi beliau bermula seawal umur 17 tahun. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Dunia jadi kelam dan mendung sentiasa. Air mata jadi teman setia.

N mahukan penyelesaian. Mahu keluar dari bergantung dengan ubat.

Baginya ubat tidak membantu. Jadikan dia lesu. Fikiran juga tidak menentu.

Saya dengar N bercerita. Sesekali dia mengesat air mata. Temannya S cepat-cepat hulurkan tisu. Tangannya pantas menggosok belakang S.

Kisah ini berlaku hujung tahun lepas.

Baharu baharu ini N hantar laporan. Sudah bebas dari ubatan. Sudah dapat lihat betapa indahnya langit biru.

Dapat merasa betapa lapangnya fikiran dan dada. Yang terpenting senyum menguntum setiap masa.

Tiada lagi sayu. Tiada sendu. Tiada lagi sendiri termanggu tanpa teman.

Sewaktu berjumpa dulu saya minta N lakukan sedikit tugasan. Ini hasil kajian di jurnal American Paychologist. Kajian ini popularkan gerakan positive paychology.

Dalam kajian ini libatkan 577 orang yang depressed. Umur sekitar 35 tahun hingga 54 tahun. Mereka diminta untuk tulis 3 perkara positif yang berlaku pada mereka setiap malam.

Mereka juga diminta tuliskan secara ringkas sebabnya.

Dalam masa seminggu mood mereka terus berubah. Mood jadi stabil. Mereka lebih ceria.

Mood mereka kekal berubah hingga ke bulan 3. Setelah eksperimen dihentikan,mood mereka terus kekal ceria. Tiada lagi duka dan nestapa.

Saya beritahu N. Lakukan tugasan ini. Dia buat bersungguh. S beri sokongan dan pantauan.

Ini adalah contoh kerdil the power of words. Contoh kecil the power of focus. Apabila perkataan positif, fokusnya kepada perkara positif, yang negatif tiada ruang untuk bersarang. Ia mengecil dan hilang.

Sekali sekala ia mahu datang bertandang. Biarkan. Hantar sahaja ia pulang.

Aktiviti ini bukan sahaja untuk orang depressed. Tapi untuk semua orang. Lagi dibuat, lagi banyak sel otak berkaitan hal positif berhubung.

Mudah sahaja. Buat dapat nikmat. Buat sampai jadi hebat.

Anda Juga Mungkin Berminat

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Diabetes Penyebab Kegagalan Buah Pinggang

Jangkitan Kuman Di Paru-Paru (Hari Pneumonia Sedunia)

Ini Cara Detoks Gula Dengan Betul!

6 Bahaya Tabiat Makan Lewat Malam

6 Manfaat Hiking Ramai Tak Tahu

Scroll to Top
0