Saya Mahu Bahagia. Macam Mana Nak Bahagia?

“Saya mahu bahagia. Sudah lama menderita. Macam mana nak bahagia?” terpacul soalan dari Miss K pagi tadi.

Saya mengangguk. Akur ramai mahu bahagia. Ramai tidak sabar lagi untuk bahagia.

Miss K perwatakannya hebat. Nampak berada. Serba cukup.

Banyak ke luar negara. Jalan sana jalan sini. Nampak bahagia.

“Bahagia itu apa, Miss K?” soal saya. Tanpa menunggu jawaban saya teruskan bicara.

“Bagi anak yatim, bahagia andai ada ayah dan ibu disisi. Bagi anak yang didera, bahagia bila tiada ayah dan ibu disisi. Bagi yang tidak punya anak, bahagia bila dikurniakan anak.”

“Bagi yang bujang, bahagia bila disatukan. Bagi yang miskin, bahagia bila ada wang. Bagi yang kaya, bahagia bila ada masa bersama keluarga.”

“Miss Kay, definisi bahagia ini berbeza-beza. Dari seorang ke seorang tidak sama. Ianya bersifat individualistik.” Syarah saya panjang pada Miss K.

Walau definisi berbeza. Walau cita dan rasa tidak sama. Di otak bahagianya tetap sama.

Namanya precuneus. Letaknya di bahagian atas kepala. Dalam kawasan Parietal Lobe. 

Mahu bahagia aktifkan bahagian ini. Stabilkan basal ganglia. Buat aktiviti bersifat psikologikal.

Basal ganglia akan rembeskan dopamin. Hormon bahagia keluar. Kita gembira dan bahagia.

“Macam mana nak boleh beri Basal Ganglia rembeskan dopamine ni?” soal Miss K.

“Perlu tahu tahap kecantikan bahagian-bahagian otak dulu. Semasa Seminar OCOC, ada 50 soalan tentang otak. Dah jawab baru dicadang intervensinya.”

Intervensi ringkas dibincang masa seminar. Walau ringkas kesannya suah hebat. Banyak testimony menjengah masuk.

Yang detail masa Bootcamp. Soalan lebih dari 50. Lebih detail.

Bab aktifkan precuneus akan disentuh. Pasang suiz. Mudah untuk dihidupkan bila perlu.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0