29 Bahaya Gula Pada Badan

Gula putih ni manis di mulut, racun di otak.

Ini adalah fakta. Bukan omongan kosong.

Gula putih adalah 100% sukrosa. Tanpa bahan kimia semulajadi lain. Manis sekadar manis.

Sebab dah lalui pelbagai proses penapisan. Gula putih ni produk akhir.

Selain sumber karbohidrat dan tenaga, sayangnya gula putih ni tiada nutrien lain.

Penyebab penyakit kronik. Penyebab kanser. Penyebab memori merosot.

Dan banyak lagi.

Baca info ini lebih lanjut

1. Gula Putih Lemahkan Memori

brain damage_neuro
Kajian dari European Journal of Clinical Nutrition. Pengkaji mahu tahu kesan ambil makanan tinggi Indeks Glisemik di waktu pagi kepada sistem kognitif atau berfikir manusia.

Contoh makanan tinggi indeks glisemik di Malaysia ialah nasi putih, roti putih serta yang berperisa, kuih muih dan makanan yang diletak gula putih.

Seramai 40 orang, terlibat. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 ambil sarapan tinggi Indek Glisemik. Kumpulan 2 ambil sarapan seperti sarapan OCOC – rendah Indeks Glisemik.

Ujian kognitif berkaitan working memory di jalankan pada minit ke 35, 90, 120 dan 150. Ujian fokus pula pada minit ke 170.

Pada ujian working memory, peserta diuji dengan maklumat yang perlu dihafal serta diproses. Dalam konteks di Malaysia contohnya seperti hafal ayat suci Al-Quran serta proses tafsir atau asbabun nuzulnya.

Antara lainnya, working memory ini berkaitan dengan membuat keputusan, pertimbangan serta kemampuan mencongak dan mengira di minda. 


Working memory juga berkaitan kemampuan belajar hal kompleks, pemahaman teks dan karangan serta mengambil nota.

Ujian fokus pula libatkan kemampuan peserta beri fokus serta bertahan folus pada satu satu objek.

2. Gula Putih Ganggu Tidur

sleep disorder_neuro

Saya teringat kajian dalam 2016. Kajian di muat di Journal of Clinical Sleep Medicine.

Makanan atau minuman tinggi gula putih ganggu tidur. Gula putih boleh sebabkan tidur kita asyik terjaga.

Pusing kiri akan terjaga. Pusing kanan akan tersedar. Pendek kata tak nyenyak tidur.

Jadi kalau kita mahu tidur nyenyak mudah sahaja.
Jauhkan diri dari gula putih atau saka putih ini.
Hapuskan Saka Kristal Putih dari hidup.

3. Gula Putih Sebabkan Lemak Berkumpul

obesiti_neuro

Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”

Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.

Seronok dia kumpulkan lemak juga.

4. Gula Putih Sebabkan Jerawat

pimples_neuro

Ramai yang terpasung dalam percaya jerawat adalah hal luaran. Jerawat adalah tanda sistem dalaman yang tidak seimbang. Puncanya di perut.

Asas kepada puncanya pula ialah makanan.

Diet yang tinggi gula dan makanan diproses adalah punca utama kepada jerawat.

Makanan jenis ini sebabkan meningkatnya insulin-like growth factor 1 (IGF-1). Tinggi IGF-1 sebabkan liang roma di wajah keluarkan sebum atau bahasa mudahnya jadikan muka berminyak.

Wajah berminyak ini menarik bakteria untuk membentuk gunung gunung berapi di wajah. 1GF-1 juga sebabkan sel kulit bernama keratinocytes meningkat. Sekaligus undang lagi bakteria kontraktor bangunkan gunung-gunung berapi di wajah.

Bayangkan macam geng bangla tengah bina bangunan. Ha macam tulah lebih kurang.

5. Gula Putih Sebabkan Kulit Berkedut

wrinkle_neuro

Tahukah anda lebih banyak gula dalam darah anda lebih cepat kulit menjadi tua.

Punca lebihan gula dalam darah?

Tidak lain tidak bukan kerana ambilan gula putih berlebihan.

Kajian dapati apabila bertahun kita ambil gula berlebihan, ia sebabkan proses glycation berlaku. Impaknya kulit jadi tua, berkedut dan serlahkan sisi hodoh yang mahu ditutup.

Kalau mahu kulit cantik. Jaga yang dalaman. Jauhi gula putih. Ia toksik yang mengujakan.

Beralih kepada alternatif yang lebih selamat. Alternatif semulajadi.

6. Gula Putih Melemahkan Sistem Imun

metabolisme_neuro

Gula juga mengganggu metabolisme badan.

Menyebabkan kegemukan. Kurangkan gula untuk dapat nikmat kurus.

Gula juga memberi kesan kepada fungsi limpa.

Lapar pula meningkat. Metabolisme menurun. Tenaga juga menurun.

Apabila diulang hari hari, natijah buruknya membesar. Dekatkan diri kita dengan hospital. Sediakan diri kita untuk terima suntikan demi suntikan. Setiap hari.

Sanggupkah kita sediakan perut sendiri untuk disuntik?

7. Gula Putih Sebabkan Ketagih

sugar addict_neuro

Gula menyebabkan otak mengeluarkan hormone dopamine secara berlebihan.

Terutamanya di bahagian nucleus accumbens.

Natijahnya, ketagihan kepada makanan akan memuncak.

Gula punca kepada lemah memori. Lebih banyak lupa dari ingat.

Sebabnya? Gula adalah lapan kali ganda ketagihan berbanding dadah. Bayangkan.

Jadi perlu hati-hati apabila mengambil makanan dan minuman.

Ambil dengan ilmu. Bukan sekadar mahu.

Boleh boleh ?

8. Gula Putih Makanan Kanser

penyakit kanser_neuro

Gula boleh menyebabkan kanser. Bagaimana?

Di dalam perut ada bakteria Candida.

Ia membesar dan menjadi perkasa dengan gula. Makanan Candida adalah gula.

Lagi banyak gula atau makanan berasaskan tepung putih dan nasi putih diambil semakin membesar candida.

Semakin kuat. Semakin dekat kita dengan kanser usus.

9. Gula Putih Punca Derita Sepanjang Hayat

Ketika itu baharu lepas Asar. Dia ada di luar. Di atas buaian.

Angin bertiup tenang ketika itu. Dalam ayunan buaian berombak rambutnya. Pandangannya jauh. Tembus.

Sesekali dia mengetuk lututnya. Dahinya berkerut. Mulutnya mengaduh, tanda kesakitan menggigit.

Aku hampiri. Bertanya. Apa yang difikirkan.

Dia berpaling. Senyum. Tangannya masih mengusap tempurung lutut.

‘Sakit ni,' katanya sambil menunjuk kepada lututnya. ‘Dah tua macam nilah,' sambung si Dia lagi.

Aku dengar. Berat mulut rasanya mahu menyampuk. Dalam hati sarat rasa simpati.

“Nilah jadinya bila nak sedap saja. Malas pulak tu,” katanya sambil ketawa kecil.

“Apa yang sedap, apa yang malas?” aku ringankan mulut bertanya. Seolah terbuka mulut yang terkunci dari tadi.

“Dulu nak makan sedap saja. Minum mesti manis manis. Makan tidak bercatu tidak bermasa. Malam malam pun makan juga.



Asyik duduk terbenam ja. Lepak tengok tv. Tak ada bersenam senam ni.

Kalau keluar mesti mengeteh. Kadang kadang mengoka kola. Duduk di kedai lama-lama.” si dia terus bercerita. Beria sekali.

“Sebab tu umur 40 dah kena kencing manis. Lepas tu jantung pula. Gout pun sampai.”

“Mata dah tak nampak. Kena retinopathy. Satu buta terus. Satu lagi 50% ja.”

“Ni buah pinggang, satu dah padam” katanya sambil menunjuk nunjuk ke arah buah pinggang. “Doktor suruh buat hemodialysis.”

Aku tekun mendengar. Rasa berat sekali. Bayangkan tanggungan tuan punya badan.

“Dah jadi macam ni menyesal pun tak guna. Mata dah buta, kaki sakit tak boleh jalan jauh, buah pinggang rosak, ubat jadi makanan. Macam kena hukuman penjara seumur hidup,” si dia lagi. Suaranya bergetar.

Kali ini gugur air matanya. Mengalir laju. Menitis satu persatu atas kain pelikatnya.

Aku sentuh bahunya. Ku usap usap belakangnya. Tiada suara.

Kepalanya yang tunduk diangkatnya. Dia memandang tepat ke arahku. Tanganku dipegangnya.

“Jaga diri elok elok. Jaga makan. Rajin-rajin bersenam.” Aku angguk. Berkaca mata ini.

“Sedap itu sementara. Seronok itu sekejap. Sakit itu lama. Tidak ada titik tidak ada koma

Tolong sampaikan pada orang ramai, jangan jatuhkan hukuman penjara pada diri sendiri. ” sambungnya lagi. Tanganku digenggam kuat..

10. Gula Putih Sebabkan Berat Badan Naik

obesity_neuro

Memang betul, Malaysia ni syurga makanan namun hakikatnya di sebalik makanan serba lazat, adanya neraka berat badan.

Kenapa saya katakan begitu?

Niat bukan untuk menghakimi fizikal mahupun mengecam namun sekadar ingin berkongsi fakta.

Berkongsi hakikat dunia sekarang. Terutama bab kesihatan.

Malaysia merupakan negara tergemuk di rantau Asia, menurut kajian jurnal perubatan British, The Lancet (2014).

Ini pada 7 tahun lepas. Ingatkan boleh lah bertukar tempat jatuh nombor 3 atau 4 namun realitinya tak.

Pada tahun 2021, Malaysia kekal mempertahankan takhta negara dengan paling ramai penduduk obes di Asia.

Sebenarnya, Malaysia sudah terlalu lama kekalkan kedudukan tempat pertama. 

Kalau bukan first place pun, mesti dalam top five. 

Berbeza dengan negara paling sikit penduduk obes seperti Vietnam dan Jepun.

Tiada tanda tanda penurunan sebaliknya peningkatan dari tahun ke tahun.

Saya yakin ini bukan satu kejayaan yang patut dibanggakan. Ini sepatutnya merisaukan.

Masalah obes bukan datang seorang diri. Dia bawa sekali geng dia iaitu hati berlemak. Jantung tersumbat. Kencing manis. Darah tinggi. Kolesterol tinggi.

Mereka semua ini berupaya menjadi silent killers. Pembunuh utama rakyat.

Saya tengok masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil kisah tentang hal pemakanan terutamanya.

Sebab nak hidup berlandaskan moto YOLO. You Only Live Once.

Jadi, main bahan je yang mana lalu depan mata. Makan macam macam. Semua makanan tak sihat.

Air boba, kuih muih, minuman manis kafe hipster, kek, keju, pisang cheese, hotdog, burger, pastri, makanan proses, nuget, pizza.

Kenapa anda suka ambil makanan manis ya?
Walaupun kesannya untuk otak dan tubuh amat merisaukan.

11. Gula Putih Rosakkan Deria Rasa

Amit nampak ceria. Mulut munguntum dengan senyuman. Siap dengan siulan lagi.

Amit orang terpelajar. Banyak membaca. Selalunya orang utara ini serius.

Dia bercakap pada hal hal penting. Tapi berkawan baik dengan semua orang.

Kawan tegur. Amit balas dengan “give me high five!”

“Pesal kau gembira sangat Mit?” Tanya Denan. Pelik dengan ceria tahap gaban Amit.

Kena loteri ke?” tanya Denan dengan nada perli.

Tak delah. Saja je. Apesal tak leh happy ke?”

Boleh ler. Tapi nampak kau buang tabiat jer. Tak pernah kau macam ni.” Kata Denan seperti mengambil berat tentang Amit.

Aku susah hati sebenarnya. Nak cover. Abu buat lah happy.” Kata Amit sambil melepaskan pandangan ke luar tingkap.

Pandangannya seolah kosong. Jauh.

Aku pergi jumpa doktor. Nak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh pegang benda panas tanpa rasa panas. Doktor buat ujian. Katanya gula dalam darah makin tinggi.

Amit terangkan. Doktor kata reseptor merkel pada tangannnya mungkin rosak. Puncanya sebab banyak bergula dalam makanan dan minuman.

Amit tunduk. Kepalanya digeleng beberapa kali. Mungkin tanda sesal.

Reseptor Merkel ini beri maklumat pada otak perihal suhu, sakit dan tekanan benda yang kita pegang.

Reseptor Merkel seperti pixel pada skrin. Lebih banyak pixel lebih terang gambar jadinya. Pengambilan gula berlebihan dan dalam jangka masa panjang beri kesan pada reseptor ini.

Satu persatu mati. Seperti pixel yang rosak. Gambar menjadi kabur.

Kalau reseptor merkel dah rosak tak dapat ganti. Berbeza dengan alat elektronik.

Berpada dengan gula putih. Manis itu sementara. Cuma dihujung lidah sahaja.

12. Gula Putih Sebabkan Diabetes

Darah dalam tubuh hanya perlukan gula antara 70 hingga 99 milligrams per deciliter.

Apabila makanan kita ambil lebih kandungan gulanya, red alert terus berbunyi.

Pankreas diaktifkan. Hormon insulin akan dikeluarkan. Insulin akan pergi ke setiap penjuru tubuh mencari tempat darah dan gula berkumpul.

Setiap ‘pintu’ diketuk. Seperti ‘spot check’ gayanya. Makhluk asing bernama gula dicari. Mereka dinyah-sensitifkan.

Kerja spot check ini sangat teliti. Renyah. Memenatkan.

Pankreas akan bekerja keras setiap kali kita makan. Lagi hebat kita membalun, mengudap, mengeteh, mengopi makin keraslah kerjanya.

Lama kelamaan pankreas letih. Pening. Merajuk.

Berkata pankreas, “Asyik aku sahaja yang kerja kuat. Tuan tubuh takkan tak reti-reti gula tu makhluk asing. Menyusahkan . Sikit-sikit dan ikut sukatan ok”

Apabila pankreas rajuk, diabetes menghampiri. Jadilah kita penganut diabetes.

13. Gula Putih Besarkan Badan

GULA PUTIH juga BESARkan BADAN.

Ikut kajian 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia jadi obes.

Terkena penangan GULA PUTIH. Jangan masuk dalam statistik itu.

Ikut kajian juga lebih dari 85% lelaki "mengandung". Penangan GULA PUTIH juga.

14. Gula Putih Sebabkan Depression & Anxiety

Makanan tinggi gula sebabkan berlaku depression dan anxiety.

Selalunya makanan manis sedapnya sementara.

Hujingnya letih menjelma. Buat kita tercungap dan ternganga.

Kalau makan manis ketika emosi tidak stabil, lagi senang penyakit depression dan anxiety kita dapat.

Sekaligus kita akan menghadap hari-hari yang sukar.

Semua benda tak kena disebabkan racun putih yang kita telan.

Banyak makanan pilihan waktu stress menambah derita.

Tingkatkan hormon kortisol- hormon stres. Sebabkan keradangan dalam tubuh. Lembabkan otak.

15. Gula Putih Sebabkan Nyanyuk

Kajian ini dilakukan di Weill Cornell Medicine, Cornell University.

Mungkin ada yang tertanya tanya apa kesan lain sekiranya makan benda manis?

Jawab mudahnya hasil dari kajian ini dan kajian March 23 di jurnal saintifik BMJ Open dan April 16 di jurnal saintifik Neurology tahun lepas ialah Alzheimer. Penyakit ini sebabkan keupayaan otak merosot dengan teruknya.

Manusia mula hilang fungsi manusiawinya. Alzheimer adalah satu satu dari jenis dementia (nyanyuk). Apabila sudah terkena manusia mula lemah dalam pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

Semua yang diatas ini dapat dikawal. Cara mudah, afdhal dan cepat ialah alihkan cara pemakanan. Bukan sahaja cari yang halal. Penting lagi yang Toyyib.

Sekiranya kita mahu derita dihujung usia, susahkan pasangan, jadikan anak-anak bencikan kita, teruskan sahaja dengan diet sedia ada.

Tetapi sekiranya kita mahu sihat hingga hujung usia, getting old gracefully, disayangi, apabila tiada dirindui, kita masih punya masa untuk berubah. Alihkan pola makan.

Tidak sedap, tidak serasi, tidak kena dengan selera hanya mainan minda. Lebih baik lagi ‘tidak sedap makanan' dari tidak sedap ubatan. Enak lagi apabila tubuh tidak terkena suntikan dan cucukan.

16. Gula Putih Lembabkan Otak

Gula juga memberi kesan kepada fungsi limpa.

Ia juga penyebab kepada otak menjadi lembab. Punca mengantuk di tengahari.

Gula turunkan prestasi otak. Rosakkan sel otak.

Rewire sistem di dalam otak hingga kucar kacir jadinya.

Lemahkan memori.

17. Gula Putih Sebabkan Anak Jadi Hiperaktif

Ada satu benda kena faham di sini.

Jika kita nak bandingkan pengambilan gula ketika zaman nenek moyang kita dulu, boleh faham kenapa perlu ambil banyak sikit makanan manis.

Orang dulu-dulu sangat aktif secara fizikal jika nak dibandingkan sekarang.

Sumber pendapatan ketika itu lebih kepada pertanian, perlombongan, ketenteraan dan kerja-kerja keras untuk menyara hidup.

Orang zaman sekarang ni melihat makanan manis itu lebih kepada kenikmatan dan kepuasan.

Dalam konteks anak, berlebihan memakan gula ni boleh sebabkan faktor sugar rush dalam kalangan kanak-kanak apabila mengambil terlalu banyak makanan tinggi gula.

Jadi hiperaktif, tak boleh duduk diam dan memang susah sangat nak kawal perangai anak ketika ni.

18. Gula Putih Risiko Terkena Sawan

Gula putih berpotensi untuk risiko terkena sawan atau shock.

Jadi, berpada-padalah ketika beri anak makan donut sprinkle atau boba tea.

Sekali sekala boleh makan, tapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian pula.

Kalau anak yang hampir setiap hari membodek tu….

Sampai melekat kat kaki minta bubble tea…jangan dilayan sangat.

Ikhtiar untuk ganti makanan manis dengan snek lebih sihat. 

19. Gula Putih Sebabkan Gigi Rosak

Apabila kita beri anak-anak makan gula-gula. Menyebabkan mereka ketagih.

Mereka nak, dan nak lagi. Susah untuk dikawal.

Ibarat racun sikit demi sedikit menelan anak kita.

Racun yang akan merosakkan gigi dan sekali gus merosakkan otak mereka.

Bakteria dalam mulut turut makan gula.

Selepas kenyang mereka lepaskan bom asid berbahaya.

Sebabkan kaviti. 

20. Gula Putih Ganggu Proses Belajar

Bayangkan, setiap hari kita menghantar anak kita ke sekolah mengharapkan mereka belajar dengan baik.

Tapi, apabila kita memberi mereka satu plastik kuih-muih yang tinggi gula.

Malangnya, anak kita tidak mampu belajar dengan baik.

Mereka tidak mampu mengingat apa yang mereka belajar.

Sebab makanan yang kita sajikan kepada mereka bukan makanan.

Tapi racun yang merosakkan hidup mereka.

Tergamak kita makanan sebegini pada anak-anak?

21. Gula Putih Mudaratkan Jantung

Gula tak bertindak sendirian.

Ia bergabung dengan 'high fat' daripada sumber makanan tak sihat.

Keraskan pembuluh darah jantung.

Beri keradangan pada pembuluh darah.

Tingkatkan risiko penyakit jantung.

Dapat meraih anugerah penerima strok.

22. Gula Putih Sebabkan Buah Pinggang Rosak

Gula putih rosakkan sistem tapis buah pinggang.

Sebabkan kegagalan buah pinggang. Ulang alik ke pusat homeodialisis.

23. Gula Putih Sebabkan Inflamasi

Gula meningkatkan aktiviti sel penyebab keradangan.

Keradangan ini umpama "kebakaran dalaman" badan kita.

Sekaligus menyebabkan berlakunya inflamasi dalam tubuh kita.

Akibatnya, sel-sel badan termasuk saraf, otot sendi dan juga sistem pertahanan badan akan berada dalam keadaan tertekan kerana kebakaran dalaman ini.

Membawa kerosakkan setiap sel dalam tubuh manusia.

Bawa masuk cytokins. Undang arthritis.

24. Gula Putih Sebabkan Tidur Tidak Cukup

Tahukah anda makanan berlemak dan manis ganggu tidur? Mudah fahamnya ialah makanan dalam kategori tinggi saturated fat.

Kajian dimuat di Journal of Clinical Sleep Medicine. Pengkaji dapati kedua jenis makanan ini sukarkan seseorang untuk tidur.

Apabila dimakan ia sebabkan mereka ambil masa 2 kali ganda lebih tinggi iaitu 30 minit untuk terlelap.

Kajian ini juga dapati mereka juga gagal dapat tidur yang nyenyak. Slow wave atau deep sleep tidak berlaku.

Tidur jadi tidur tidur ayamBerpaling ke kanan dan ke kiri sepanjang malam. Bangun pagi dengan keletihan.

Perkara ini berlaku walau sekali sahaja makanan berlemak dan manis diambil dalam sehari. Bayangkan kalau diambil lebih dari sekali.

Berbeza dengan mereka yang ambil makanan tinggi fiber. Mereka lebih cepat terlelap. Tidur mereka lebih nyenyak.

Mereka rasa segar dan puas apabila bangun keesokannya.

Cuba semak hari ini makanan apa yang diambil? Berlemak dan berminyak? Manis?

Sekiranya ya, ucapkan selamat tinggal pada tidur nyenyak. Jemput datang letih dan sakit badan.

25. Gula Putih Sebabkan 'Body Age' Meningkat

Bayangkan kita berkemungkinan berumur 30 tahun, 40 tahun atau sebaliknya.

Tapi tahukah anda, kemungkinan organ dalaman kita berumur 80 tahun/70 tahun disebabkan kerosakan berlaku hasil daripada makanan yang kita ambil.

Apabila kita jamu badab kita dengan benda yang yang tidak baik. ia boleh merosakkan keseluruhan tubuh manusia.

Gula putih antara salah satu penyebab organ badan kita semakin menua.

Jadi, untuk miliki badan yang sihat, hindari gula putih.

26. Gula Putih Sebabkan Perut Boroi

Kuih muih, kek, nasi putih, mee dan gengnya, donut, burger adalah Karbo ringkas.

Apabila diambil 30-40 gram setiap kali makan, gula akan meningkat di dalam darah. Asalnya bekalkan tenaga.

Apabila tidak diguna untuk kerja kerja tulang empat kerat, ia bertukar menjadi lemak.

Lemak lemak dengan bangga akan berkumpul di perut. Boyot dan buncitkan bumper depan manusia. Rasa mengah mula menghimpit.

Duduk bangun jadi payah. Sengal mula menjelma. Potong kuku kaki jadi sukar.

Bukan itu sahaja, gula yang bertukar dari karbohidrat ringkas ini juga ganggu otak manusia. Bahagian memori akan kehilangan selnya. Mati satu persatu.

Kita jadi pelupa. Jadi pemarah. Dimarahi dan dibenci.

27. Gula Putih Tingkat Risiko Terkena Gout

Gula putih, makanan segera atau makanan proses yang terdedah kepada penggunaan bahan kimia.

Ia boleh sama ada berbahaya atau tidak, mudah dimusnahkan atau kekal tinggal di dalam sistem tubuh kita.

Dari hari ke sehari, ia akan berkumpul dan memberi kesan tidak baik, ia akan mula mencemari dan membunuh sel tubuh.

Tubuh yang sihat sentiasa bersedia untuk melawan dan menyingkirkan fungsi ini.

Namun, apabila kita sering diasak dan pertahanan tubuh menjadi lemah ia mula akan memberi bebanan kepada tubuh.

Ia umpama “BOM JANGKA” yang meletup dan memusnahkan banyak sel-sel badan.

Sel-sel yang mati ini akan terurai dan membentuk asid urik dan jika berlebihan akan menyebabkan ia dominan di dalam saluran darah.

Ia mudah tertumpu kepada bahagian anggota yang banyak begerak seperti sendi tulang dan otot. Itulah punca kepada penyakit.

Jangan ambil mudah dengan gout, jika ia menyerang ada yang terpaksa jalan seret.

28. Gula Putih Sebabkan Anak Kurang Minat Terhadap Makanan Berkhasiat

Ada tak anak yang ekspresi dia macam ni bila suruh makan sayur?

Apa yang anak makan tu mampu pengaruhi keupayaan anak untuk tahan godaan.

Sama macam kenapa perubahan diet sangat sukar bagi sesetengah orang.

Sebab itu penting untuk bagi latih anak makan banyak makanan berkhasiat contohnya sayur-sayuran.

Bila mereka didedahkan dari kecil, lama-lama mereka akan terbiasa makan sayur dan akan kurang makan makanan tidak sihat.

Mereka akan tahu bezakan yang mana baik yang mana tak.

Tapi berbeza pula bila anak ni didedahkan dengan coklat bar dulu berbanding bayam.

Memang takkan pandang pun sayur tu, dibuangnya sayur tu senyap-senyap masuk tong sampah.

Kebanyakan yang saya jumpa hari ini…lingkungan umur 20an tapi tidak pernah makan sayur…kalau beli nasi goreng, sayur letak tepi.

Tak boleh telan katanya…tak sedap…

Sebab tu penting untuk dedahkan mereka ketika masih kecil sebab time ni lah ibu bapa kena banyak hidangkan pelbagai jenis sayuran untuk bagi mereka biasa dengan rasa tu.

29. Gula Putih Makanan Kuman

Gula merupakan makanan kuman bakteria dan kulat.

Semakin banyak gula yang kita mabil, semakin pesat kuman ini membiak.

Gula berlebihan juga meningkatkan stress dalaman yang merendahkan imuniti.

Virus, bakteria, kulat dan parasit badan jadi kuat apabila imuniti badan lemah.

Gula juga menganggu keseimbangan persekitaran (microbiome) sistem pencernaan yang merupakan pusat imuniti badan.

Kuman "baik" jadi lemah dan kuman penyakit jadi kuat.

Apabila makanan utama kualt iaitu gula itu banyak, musuh ketat kulat aiaitu kuman baik usus pula mati.

Kulat akan berpesta. Kulat biasanya jarang keluar kecuali bila imuniti lemah dan gula tinggi.

Contohnya: Penyakit diabetes selalu dapat jangkitan kulat

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top