Selesaikan Masalah Dengan S.T.A.R

STAR ada model problem solving.

Asal dari terapi Cognitive Behavioural Therapy. Bunyinya panjang.

Bahasa mudahnya terapi tingkahlaku dan kognitif (fikir).

Teknik ajar manusia lihat bagaimana proses fikir hasilkan tingkahlaku.

Juga bagaimana tingkahlaku benihkan pola fikir.

STAR adalah model yang mudah diguna. Mudah diamal.

Mudah juga meramal jalan selesai.

Mari kita perhalusi.

S – Situation: cuba bertanya pada diri sendiri.

Apakah situasi spesifik yang sebabkan kesukaran pada anda?

T – Thoughts / Tasks : Apakah yang bermain di fikiran?

Apa yang anda fikir anda patut lakukan?

A – Action : Pada situasi sebegini bagaimana biasanya anda bertindak.

Apakah tindakan ini response kepada emosi dan pola fikir yang hadir?

R – Results : Apakah hasil dari tindakan anda?

Adakah hasil ini selari dengan apa yang anda rasa dan bayangkan?

Soalan adalah kunci untuk selesaikan masalah.

Soalan juga kunci yang membuka minda. Kunci yang membuka jendela fikir.

Soalan yang baik akan hadirkan jawapan yang baik.

Kalau kita bertanya ‘kenapa berlaku pada kau sahaja?’

tiada jawapan yang akan bawa penyelesaian.

Jawapan yang muncul ialah jawapan yang tambah bara marah.

Jawapan yang banyakkan asap kecewa.

Jawapan yang undang panas dan gelora jiwa.

Apabila ditimpa sesuatu, berhenti. Tarik nafas. Ubah posisi.

Masukkan kunci. Anda tanya. Anda fikir. Anda jawab.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top