Senyum Boleh Buat Tidur Nyenyak?

Senyum, Satu perkataan. Pelbagai tafsiran.

Bunyinya mudah. Buatnya?

Hujung minggu biasanya saya akan menemani isteri. Menyantuni kedai dan toko.

Jarang sekali di kedai, di supermarket, di toko-toko di sapa mesra oleh pekedai atau penjaga kaunter.

Tiada senyuman. Tiada kontak mata.

Jari jemari dan tangan sibuk menekan butang dan memasukkan barang ke dalam plastik.

Perkataan yang keluar ialah berapa jumlah yang perlu di bayar.

Ada kalanya tiada perkataan yang keluar langsung. Pernah alaminya?

Agak lazim dan kerap berlaku di Malaysia tetapi bukan di luar negara.

Penjaga kaunternya mesra. Sentiasa menyapa. Bibir sentiasa menguntum senyum.

Tetapi kenapa kita masam mencuka?

Senyum banyak faedahnya.

Mengikut kajian hanya 30% orang dewasa senyum lebih dari 25 kali sehari.

14% pula hanya mampu senyum kurang dari 5 kali sehari.

Yang ceria ialah kanak-kanak. Mereka senyum lebih dari 400 kali sehari.

Kajian ke atas pengendali bisnes juga menunjukkan,

sekiranya pekedai atau penjaga kaunter ramah dan mudah tersenyum,

kadar pelanggan ulangan adalah 80% lebih tinggi dari pekedai atau penjaga kaunter yang masam.

Bayangkan pulangan yang diperolehi.

Kajian menunjukkan senyum boleh mengurangkan stress dan kesannya sama seperti mendapat tidur yang nyenyak.

Senyuman mampu mengurangkan hormon stres iaitu kortisol dan meninggikan hormon dopamin.

Dopamin ialah ‘feel good hormone”.

Banyak yang terjebak dengan dadah kerana mahu meningkat hormon ini di dalam otak mereka.

Kosnya tinggi dengan dadah.

Jadi, senyum sahaja kalau mahu tingkatkan dopamin. Tiada kos.

Kajian di Britain pula mendapati senyuman sahaja mampu memberi stimulasi kepada otak sebagaimana kesan memakan 2000 papan coklat bersaiz tapak tangan remaja.

Terlalu banyak coklat memudaratkan tetapi senyuman sentiasa membawa kesan positif kepada otak sendiri dan orang lain.

Senyum itu baik untuk bisnes, baik untuk kesihatan dan baik untuk otak.

Nilai spiritualnya juga tinggi kerana baginda Rasullulah SAW berpesan

“ Senyum itu sadaqah”

Jadi, ayuh sebarkan senyuman.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top