Siapa Yang Tentukan Sukses ?

Petang tadi disapa pelajar ketika aku tengah beria-ria nak siapkan laporan.

Persoalannya mudah. Tentang sukses.

Ramai orang dambakan sukses. Persoalannya ialah siapa yang tentukan sukses?

Kita atau orang lain. Itu persoalan yang dibangkitkan.

Terang saya mudah. Kalau kita yang tentukan takat sukses itu, maka penggeraknya bersifat dalaman.

Ada juga nilai sukses ditentukan oleh ibubapa, keluarga atau masyarakat.

Penggeraknya eksternal.

Ada yang beranggapan andai kita yang tentukan, bergerak dari poin A ke destinasi B dan kita berjaya singgah di wilayah B maka itu sukses.

Walau kerdil di mata orang. Tetap besar dan bernilai di hati kita.

Kemampuan singgap di wilayah B sudah cukup membuatkan otak merembeskan dopamine, hormon yang memberi rasa gembira kepada kita.

Andai yang sukses yang dicapai hasil dari tolakan luaran samada keluarga atau masyarakat dan ianya bukan dari hati si pelaku, dopamine pasti menyepi.

Malu untuk keluar. Walau destinasi Berjaya disinggahi.

Teringat akan cerita Richard St John yang menjelajah seluruh menemubual 500 individu yang dinobatkan sebagai penghirup sukses dalam bidang masing-masing.

Menurut 500 individu ini,

” Sukses adalah kembara dan perjalanan berterusan. Ada persinggahan sementara. Persinggahan yang melahirkan dopamine.”

Beliau rakamkan LAPAN kriteria sukses yang dikongsi oleh 500 orang ini.

Antaranya (dikekalkan dalam Bahasa Inggeris):

1- Passion

2- Persist

3- Work

4- Improve

5- Ideas

6- Serve

7- Push

8- Focus

Kalau mahu sukses, 8 kriteria ini mesti disegarkan.

Bumikan ia dalam minda. Ikat kemas di dalam hati.

Kembaraku juga masih jauh. Akan berkongsi lebih lagi di Modul Online di Neuroversiti ini .

Dopamin insyaAllah akan keluar berarak.

Meraikan impian berkongsi dengan khalayak.

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Scroll to Top