Sikap Suka Membanding Bandingkan Anak Dan Kesannya

Sikap sudah lama tertanam.

Ada orang suka banding bandingkan anak.

Anak si A lagi cantik dari anak si B. Anak si C pula lagi pandai.

Mengaji tinggi berbanding anak si D.

Kadang kala kena banding dengan adik beradik sendiri.

Betul tak?

BACA: 7 FUNGSI PARENTING BERASASKAN OTAK

sikap

Emosi Anak Terganggu

Ikut kajian, anak anak yang sering kena banding kerap berasa dibebani.

Risiko tinggi untuk kena anxiety dan insomniac

Kesannya, bakat anak juga ditindas.

Bakat tak boleh berkembang kerana munculnya perasaan takut.

Tak yakin diri. Akibat tiada support.

Lama lama ia merebak bila dah dewasa.

Risiko hidap Duck’s Syndrome.

BACA: KENALI APA ITU DUCK’S SYNDROME

Apa Penyebabnya?

Jawapan dia. Point of view. Approach atau cara ibu ayah didik dan bentuk anak

Kalau point of view mak ayah nampak anak slow berbanding anak lain.

Jika dididiknya dengan kata cacian.

Kata bandingan. Komen meruntuhkan semangat.

Maka, anak terlahir dalam kepompong dendam, ketakutan dan rendah diri.

Ini dinamakan ‘unfair favoritism’ – sikap melebihkan sesuatu yang lebih berjaya

Anak berkembang dalam persekitaran negatif.

Maka, aura negatif tadi yang akan diserap.

Ibu ayah masih di takuk mindset seperti:

‘Anak orang lain elok belajar pandai, anak sendiri malas bodoh’

‘Cuba lah jadi sikit macam kakak’

Kesannya, terhiris luka tanpa parut berdarah di ingatan anak.

Di depan mungkin kita tak nampak.

Tapi di belakang anak menanggung segala perit.

Kata kata yang terngiang ngiang masa kecil dulu.

Renungkan.

 

P/S:

Nak belajar ilmu bagaimana nak fahami anak?

Emosi, tindakan & cara anak berkomunikasi?

Nak anak jadi seorang berjaya luar dan dalam?

JOM JOIN NEUROPARENTING 2023

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Mi Segera: Cukupkah Sekadar ‘Halal’ Di Paket? Ini Perkongsian Dr Rizal

Bagi Anak Minum Air Kopi Cicah Biskut? Ini Perkongsian Dr Rizal

Ubat Batuk Mengandungi Pholcodine? Ini Perkongsian Dr Rizal

Mentega Kacang vs Mentega Badam? Mana Lebih Bernutrisi?

Kenapa Kena Tunjuk Sayang Pada Anak? Ini Perkongsian Dr Rizal

Puji Anak Okey Ke? Ini Perkongsian Dr Rizal

Scroll to Top