Stres Baik & Stres Tidak Baik

Saya suka dengan storyline filem Inside Out.

Mudah faham, senang hadam.

Ada 5 watak iaitu Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust.

Kelima-limanya mewakili 5 jenis perasaan berbeza yang ada pada manusia.

Apa yang kita boleh belajar daripada filem ni?

Kita memerlukan kesemua emosi ini untuk teruskan hidup.

Kita tak boleh bergantung kepada yang positif sahaja.

Kadangkala yang negatif itu juga boleh menjadi penyelamat kita 

Sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi ini, stres itu perkara biasa.

Semua orang alaminya.

Tahu tak manusia sebenarnya memerlukan ‘stres’ sebagai perangsang untuk hidup.

Menarik bukan?

Stres ni ada cabangnya juga. Paling umum dibahagi kepada dua iaitu eustress dan distress.

TAPI!

Lebihkan eustress, kurangkan distress. Kalau tak, merana hidup.

Tahu ke tak tahu?

Stres tidak bermakna ia berkaitan dengan benda buruk sahaja.

Eustress ialah stres baik manakala distress ialah stres tidak baik.

Baik dan tidak baik untuk apa?

Untuk tubuh badan kita. Untuk minda dan fikiran.

Namun, zaman kini sering dikaitan dengan stres yang tidak baik.

Seringkali menjadi punca utama berlakunya kemerosotan kualiti hidup.

Stres ni digelar sebagai pembunuh dalam senyap.

Memetik bait Presiden Mental Illness Awareness & Support Association(MIASA) iaitu Anita Abu Bakar;

Stres atau tekanan dianggap normal dalam kalangan masyarakat.

Ada juga momen di mana stres mampu menaikkan motivasi individu tak kira ketika bekerja ataupun dalam kehidupan sehariannya.

Stres perlu dikawal untuk elak merosotnya kualiti hidup

Kita perlu tahu cara untuk kawal stres agar tidak dibelenggu menyebabkan tekanan jiwa.

Apa penyebab stres? Ada banyak antaranya;

  • Trauma
  • Kerisauan
  • Pengangguran
  • Karier/pembelajaran
  • Perubahan mendadak
  • Bebanan tanggungjawab
  • Ketidakpastian dalam hidup
  • Ketidakmampuan mengawal hidup

Stres iaitu sejenis respons tidak spesifik pada tubuh badan berpunca daripada perubahan

Kehadiran COVID-19 tanpa diundang telah mengubah corak hidup rakyat sepenuhnya.

Kes berkaitan kesihatan mental naik mendadak.

Sama juga dengan suicide cases.

Stress kronik boleh sebabkan kemurungan.

Menyebabkan bahagian limbik otak menjadi aktif.

Limbik yang terletak di belakang telinga adalah pengurus emosi.

Apabila aktif, emosi menjadi tidak stabil. Selera makan berubah.

Selain gangguan kepada memori dan emosi, stress menyebabkan rambut gugur.

Stres juga jadi punca serangan jantung.

Elak dengan awasi tanda-tanda kemungkinan anda sedang stres. 

Stres ni bukan sejenis penyakit.

Stres adalah masalah berkaitan dengan kesihatan mental dan emosi kita.

Jangan biarkan stres melarat sebab efeknya pada otak. Pada jantung

Jadi, pastikan anda tahu bagaimana caranya untuk menangani stres.

Eustress (Stres positif)

Eustress iaitu stres yang mampu membina kekuatan dan keyakinan seseorang untuk berjaya dalam kehidupan

Eustress ni juga buka peluang untuk kita adapt, menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.

Apakah contoh-contoh biasa untuk eustress ni?

Pernah tak naik roller-coaster?

Perasaan excited bercampur takut itulah eustress.

Perasaan apabila pertama kali bekerja, pertama kali pergi dating.

Perasaan dapat naik pangkat, perasaan berjaya memenangi pertandingan, perasaan dapat gaji. 

Eustress ni ibarat kawan sebab kalau takde stres baik ni, maka hidup kita pun akan jadi boring.

Takde keseronokan. Hidup seakan-akan MEH.

Takkan ada sebab untuk kita hadapi cabaran, takkan ada sebab untuk kita bangun pagi.

Bosannya hidup macam tu…ibarat patung bernyawa.

Akan berkurangnya motivasi untuk capai sesuatu dalam hidup.

Dalam hidup ni mesti kita ada goals yang kita nak achieve kan.

Saya nak share beberapa ayat yang boleh diamalkan ketika diri sedang menghadapi stres.

Apabila fikiran serabut bercelaru;

Hanya dengan mengingatiKu hati akan menjadi tenang (Ar-Ra’d, 13:28)

Apabila merasakan apa yang kita buat dalam hidup ni sia-sia belaka;

Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat (balasan)nya (Al-Zalzalah, 99:7)

Distress (Stres negatif)

Kesan distress menakutkan.

80% penyakit fizikal manusia berpunca dari distress. Ianya membunuh.

Ada dua hormon utama yang dirembeskan.

Hormon pembinasa dikenali sebagai homocystein dan cortisol.

Cortisol menghapuskan kolagen.

Wajah jadi tua. Kulit jadi kedut. Tak boleh diseterika lagi.

Andai diletak losyen, compact powder, atau lain-lain rawatan muka ianya akan kekal kedut.

Bayangkan muka yang lesu dan berkedut-kedut.

Wajah tampak tua dari umur.

Bukan kolegen je hilang, distress juga mengurangkan vitamin dan mineral dalam tubuh manusia.

Antara yang menjadi mangsa ialah vitamin C , B dan magnesium.

Distress Mengecilkan Otak

Bila distress, adrenalin dikeluarkan.

Tugasnya menyempitkan pembuluh darah. Darah membawa nutrisi ke otak

Bila saluran mengecil nutrisi kurang mengalir ke otak.

Otak jadi lembab. Jadi kosong.

Cortisol pula membuat otak menjadi tua sebelum usia.

Ia merosak dan membunuh sel otak di hippocampus – memori manusia

Cortisol juga membesarkan amygdala.

Ini pusat memproses emosi. Perkara berkaitan emosi digandakan dua kali.

Andai takut, dua kali ganda takut dari biasa.

Andai marah dua kali lebih dari biasa. Andai negatif, semakin tinggi nilai negatifnya.

Jangan Biarkan Stres Menguasai

Pelajar yang stress kerana ada ujian.

Tidak akan mampu mengingat apa yang dipelajari.

Sebabnya ada gangguan pada hippocampus.

Staf yang stress kerana perlu pembentangan, tidak akan mampu membentang dengan baik.

Begitu juga dengan orang bisnes.

Andai hidup digenangi stress mana mungkin hala tuju bisnes terarah lurus.

Pasti penuh bengkang bengkoknya.

Bila seseorang mengalami stress, emosi, pemikiran dan tingkah laku tidak selari.

Ada pelbagai cara untuk atasi daripada diri dikawal sepenuhnya oleh stres.

Salah satunya iaitu pemakanan suplemen B Complex.

Bagus untuk otak serta sistem saraf belakang.

Mampu menghalang kehilangan memori.

Selain dikenali sebagai vitamin anti stres.

Vitamin B seimbangkan mood serta bekalkan tenaga

Sebelum ambil sila rujuk doktor.

Buat FBE atau Full Blood Examination.

Nanti apabila ambil, dos yang diberi sesuai dengan keperluan badan.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top