in ,

Stres, Makanan & Otak

Peratusan kadar stres di Malaysia semakin meningkat.

stres ada kesannya pada otak.

Bila stress, adrenalin dikeluarkan.

Tugasnya menyempitkan pembuluh darah. Darah membawa nutrisi ke otak.

Bila saluran mengecil nutrisi kurang mengalir ke otak. Otak jadi lembab. Jadi kosong.

Cortisol pula membuat otak menjadi tua sebelum usia.

Ia merosak dan membunuh sel otak di hippocampus -memori manusia.

Cortisol juga membesarkan amygdala. Ini pusat memproses emosi.

Perkara berkaitan emosi digandakan dua kali. Andai takut, dua kali ganda takut dari biasa.

Andai marah dua kali lebih dari biasa. Andai negatif, semakin tinggi nilai negatifnya.

Pelajar yang stres kerana ada ujian, tidak akan mampu mengingat apa yang dipelajari.

Sebabnya ada gangguan pada hippocampus.

Staf yang stres kerana perlu pembentangan, tidak akan mampu membentang dengan baik.

Begitu juga dengan orang bisnes.

Andai hidup digenangi stres mana mungkin halatuju bisnes terarah lurus. Pasti penuh bengkang bengkoknya.

Semasa program berlangsung, banyak soalan yang ditanya. Orang putih suka bertanya.

Saya teringat ketika mengajar di The Australian National University. Ketika itu baru sahaja masuk ke kelas. Letakkan dan susun nota di atas meja.

Saya angkat kepala. Sudah ada tiga atau empat tangan terangkat. Mahu bertanya soalan.

Di Malaysia lain. Kena tanya “ada soalan?”

Responsnya agak lambat. Mungkin malu bertanya.

Di organisasi T ini banyak soalan yang ditanya.

Terutama yang berkaitan otak dan hormon. Alhamdulillah semua di jawab satu persatu.

Bahagian kedua ialah cara mengawal stress.

Fokus utama saya ialah SHARNAS

S : Solat – Solat dan zikir ada kesan langsung pada otak. Kuasanya besar.

Pada Orang putih disebut prayer. Akronimya lain.

H : Hardware – Ini adalah otak. Kesan stress pada otak perlu diketahui. Cara tahu otak beroperasi semasa stress.

A : ANTs – adalah Automatic Negative Thoughts. Peserta diajar untuk kenal ANTs. Tangkap ANTs.

Gantikan dengan APS iaitu Automatic Positive Thoughts. Akan dikongsikan di Modul Online di Neuroversiti.

R : Relaksasi – Teknik relaksasi otot ini sangat efektif. Ia redakan ketegangn otot. Badan jadi lembut dan santai.

N : Nafas – Pernafasan kita akan bertukar semasa stress. Jadi pendek. Cepat.

A : Aktiviti – Lakukan aktiviti yang seronok dilakukan. Aktiviti ini mungkin terhenti seketika. Lakukan kembali.

S : Senaman – Ya. Senaman adalah ubat mujarab untuk stres. Otak akan rembeskan dopamine – hormone bahagia manusia.

Andai stress ingat SHARNAS.

Buat SHARNAS. Pastikan konsisten.

5 Makanan & Minuman Perlu Elak Apabila Stres

Apabila stress rasa mahu mengunyah tinggi. Semua makanan nampak sedap.

Terdengar nama makanan pun cukup untuk menggiurkan. Ringan sahaja tangan mahu mencapai.

Banyak makanan pilihan waktu stress menambah derita.

Tingkatkan hormon kortisol- hormon stres. Sebabkan keradangan dalam tubuh. Lembabkan otak.

Sedapnya sementara. Hujungnya letih menjelma. Buat kita tercungap dan ternganga.

Lima yang perlu elak:

1. Ais krim

2. Donut dan croissant

3. French fries

4. Energi bar

5. Minuman bergas

Semua ini berdasarkan fakta. Ada lapik saintifik. Perlu berhati hati.

Sihat itu pilihan. Sihat itu jihad.

OTAK kita tanggungjawab kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Yang Tentukan Sukses ?

Makanan Bergoreng & Otak