Strok & Otak

Tadi menonton klip video. Kisah anak dan ayah.

Sang anak membawa ayah ke restoran. Mahu belanja makan tengahari. Ayah dipandu.

Duduk sahaja sang anak bawakan makanan. Dipersilakan ayah makan. Sang anak berlalu.

Sang ayah gagahkan diri mengangkat tangan. Berat terasa. Sehabis kudrat tangan cuba diangkat.

Terketar-ketar. Terangkat jua tangan. Tapi menjengah gelas di hujung meja.

Gelas jatuh. Air tertumpah. Terkena sang dara yang sedang melimpas.

Hamburan kata-kata jelek keluar dari mulut sang dara.

Sang ayah hanya mampu melihat. Tiada suara.

Matanya berkaca. Sang anak bergegas kembali ke meja. Mengucapkan maaf.

Tidak dihiraukan oleh sang dara. Masih marah. Sang anak menjadi mangsa seterusnya.

Berlalu sahaja sang dara, sang anak cuba meredakan suasana.

Ayah cuba disuap makan. Ditepis tangan sang anak.

Dalam susah payah, sang ayah gagahi juga. Nasi cuba disuap. Bersisa di tebu bibir.

Melihat sisa, sang anak segera mengelap. Sang ayah memandang tepat ke wajah sang anak. Tiada suara.

Sang anak diminta mendekati. Dengan sisa kudrat yang ada, sang ayah pula menyuapi.

Masuk ke mulut sang anak. Berderai air mata keduanya. Air mata menjadi saksi.

Saksi kisah sedih. Kisah payah penghidap strok.

Ini kisah masyarakat. Bila strok bertandang, hilanglah nikmat. Hilang upaya mengurus diri.

Ego pasti tercalar. Dulu hebat di pentas di dunia. Sekarang di perbaringan.

Ke sana sini harus dipimpin. Harus diusung. Mengharap belas orang.

Strok adalah penyakit OTAK. 80% boleh dihindari. Perlu dihindari.

Perlu ingat kepada S.M.V.

S – Senaman – bersenam mengurangkan risiko strok.

Senaman meningkat oksigen di dalam otak. Tiada oksigen sel otak akan mati.

M – Makanan – Kurangkan makan makanan yang diproses.

Contoh makanan di dalam tin. Daging yang telah diproses seperti sosej dan lemak tepu.

V – Pastikan cukup vitamin D. Caranya perlu dapatkan sedikit cahaya matahari. Perlu keluar bangunan.

Kurang vitamin D memudahkan plak terbentuk pada pembuluh darah di otak.

Mudah terkena serangan strok.

Strok tiada ubat. Boleh dijauhkan.

Ingat S.M.V.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top