Tahu Tak Stress Lelaki dan Wanita Berbeza? Cara Tangani Juga Tak Sama

Sebelum ini ada terima banyak soalan pasal stres terutamanya kronik stres. Sedikit stres boleh bertindak sebagai elemen motivasi tetapi kalau asyik stres sahaja itu lain ceritanya.

Kronik stres bahaya sebab seperti dilaporkan dalam Malaysian Journal of Medical Sciences tahun 2008, kronik stres dikaitkan dengan diabetes, gangguan pada sistem imun, mudah terkena jangkitan virus, ulcer usus, darah tinggi, rheumatoid arthritis dan penyakit jantung.

Jadi perlu ada ilmu untuk tangani stres melampau yang ganggu hidup kita.

Saya terima banyak sangat soalan dan nak jawab satu persatu perlukan masa yang banyak jadi dikumpul dan dijawab sekaligus. Biar yang lain pun dapat manfaat sama.

SOAL: Tuan pernah tulis pasal perbezaan antara lelaki dan perempuan. Kalau stress macam mana? Sama atau berbeza?

JAWAB: Ada perbezaan antara stres lelaki dan perempuan.

SOAL: Beza macam mana?

JAWAB: Lelaki stress bila tahap testosterone (hormon lelaki) berkurangan. Tapi hormon Estrogen (hormone perempuan) meningkat. Macam papan jongkang jongket. Satu turun dan satu naik.

Bila Testosteron stabil hormone stress iaitu kortisol akan turun. Stres dapat dikawal. Berbeza dengan estrogen. Estrogen tinggi tidak turunkan kortisol pada lelaki.

Sebaliknya estrogen tinggi meningkatkan rasa takut dan marah pada lelaki.

Sebab itu kalau En Suami tension balik rumah, cikpuan isteri tanya macam mana kerja hari, perkataan pertama keluar berbunyi negatif, suara tinggi atau dia diam sahaja.

Berbeza dengan perempuan. Stres dikawal bukan dengan estrogen. Stres terkawal kerana rembesan oxytoxin.

Apabila Oxytoxin keluar dalam sistem, rasa kasih dan sayang meningkat tinggi. Contohnya bermain dengan bayi. Bermain dengan binatang peliharaan seperti kucing. Atau sentuhan mesra.

Semua ini akan sebabkan hormon Oxytoxin naik.

Bau bedak bayi atau barangan bayi boleh keluarkan oxytoxin ini. Sebabnya ialah faktor neuro associative conditioning. Kita dah terlazim kaitkan benda bayi dengan bau bayi, sentuhan, bunyi suara dan pandangan pada comelnya bayi.

Sebab itu hiilang stress apabila seorang ibu balik dan bermain dengan bayi mereka.

SOAL: Apa berlaku bila perempuan stress?

JAWAB: Saiz hippocampus pada perempuan adalah dua kali ganda besar dari lelaki. Seolah-seolah bangunan dua tingkat. Lelaki satu tingkat.

Bahagian bawah menyimpan semua memori. Bahagian atas menyimpan memori-memori negatif. Pengaliran darah tertumpu pada bahagian atas apabila berlaku stress.

Kalau di tempat kerja, seorang perempuan stress pada bos, semua keburukan yang bos lakukan akan diingat kembali. Reaksinya bersifat lebih emosional.

Begitu juga di rumah. Segala keburukan yang dilakukan oleh En Suami akan diingat kembali. Kebaikan yang dilakukan seolah-olah terhapus pada waktu itu.

Jadi En Suami dan bos kena faham dan berhati-hati. Mereka bukan mengungkit. Wayang-wayang keburukan dimainkan semula oleh otak.

Perkara in boleh dikawal. Rembesan oxytoxin dan testosteron boleh dirangsang. Boleh distimulasi.

Untuk wanita stimulasikan oxytocin dengan sentuhan dan pelukan. En suami kena belajar praktik bab ini.

Untuk lelaki biarkan dia bersendiri. Seolah memancing ikan di kolam sepi. Diamnya itu bantu naikkan semula testosteronnya. Bertanya tatkala si dia stress tidak membantu.

Begitulah sistem dalaman manusia. Allahu a’lam.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0