Tak Ambil Breakfast Ok Tak?

Ini contoh soalan lazim yang selalu didengar. Ramai pelajar universiti masuk ke kelas dengan perut kosong. Ramai ibu bapa juga tidak sempat sediakan sarapan untuk anak di waktu pagi.

Hanya sekadar pesan, “Ambil duit nanti beli di kantin.” Tidak pasti samada si anak beli sarapan atau tidak.

Ada juga juga yang tidak ambil sarapan dengan harapan mahu kurus. Ada sekadar maklum tidak sempat. Tidak kurang juga dah biasa tidak sarapan.

Apapun alasan, berpagian tanpa sarapan beri kesan buruk. Kajian di Harvard University dapati, orang yang tidak ambil sarapan 27% berisiko kena serangan jantung. Lebih tinggi risiko untuk berat badan meningkat dengan jayanya.

Rancang sarapan dari hari ini. Mudah jadinya pada esok hari.

Kurangkan risiko obesiti dan serangan jantung.

Bagaimana kalau tidak sempat juga? Ambil satu sudu madu. Bagus untuk bakteria baik dalam perut. Baik untuk OTAK pertama dan berbaloi untuk OTAK kedua – usus.

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top