in

5 Cara Tambahkan Sel Otak Bayi

Cara otak berkembang menarik. Berbeza mengikut umur. Persekitaran juga membantu.

Kepada yang punya anak kecil mesti mahu anak yang cerdik. Genius. Super bagus.

Soalnya bagaimana?

Saya kongsikan cara MUDAH bantu bayi anda bentuk lebih banyak sel otak.

Caranya ialah rangsangkan sensori memori anak.

Lakukan perkara-perkara berikut:

1. Sentuhan – contoh sentuhan ialah urutan dan pelukan. Ini adalah contoh sensori kinestetik.

2. Bercakap – apabila anda bertutur, bahagian otak bayi berkaitan dengan auditori akan aktif. Terus berkembang.

Apakah boleh bercakap dua atau tiga bahasa? Itulah sebaiknya.

3. Warna – apabila anda guna pelbagai warna ia akan rangsang visual bayi anda.

Usah kenakan baju warna biru sahaja kalau bayi itu lelaki. Atau warna pink sekiranya perempuan. Pelbagaikan warna.

Alat mainan yang pelbagai warna boleh bantu. Sila HARAMKAN gajet seperti tab, ipad atau telefon untuk bayi.

Walaupun kartun di dalam telefon itu pelbagai warna dan bunyi ianya adalah malapetaka.

4. Space – suasana atau ruang luas akan bantu bayi bebas bergerak.

Ini amat membantu tingkatkan psikomotor bayi.

5. Companionship – wujudkan suasan berkawan dengan anak. Samada melalui adik beradik lain atau anak jiran-jiran yang sebaya.

Saya tegaskan di sini.

Otak bayi di rangsang secara manual. Alatan digital tidak membantu.

Bila sesuai guna?

Tunggu lepas sekolah menengah.

Noktah.

 

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Langkah Dapatkan Memori Terbaik

Wanita Cantik Menyebabkan Lelaki Jadi Bodoh ?