12 Tanda Tubuh Kurang Magnesium (No.12 Paling Bahaya!)

Cuba lihat daun ini.

Perubahan warna kekuningan tanda daun kurang mineral Magnesium.

Daun memburuk dan layu menyembah bumi.

Kalau manusia?

Dalam makanan segera seperti sosej, nuget, pati burger, frankfurter, makanan tin, pastri, chips, aiskrim ada Phosphates.

Pengawet ini halang serapan Magnesium oleh tubuh.

Magnesium sangat besar sumbangannya kepada tubuh manusia.

Kondisi seperti perut ‘bloating’ serta keradangan dalam usus juga halang serapan.

 

Apa 12 simptom Tuan/puan sebenarnya kurang Magnesium (Magnesium deficiency)?

 

1. Kejang otot (muscle cramp)

2. Hilang selera (loss of appetite)

3. Nystagmus (kedua belah mata lakukan pergerakan berulang-ulang seperti bergetar & tidak boleh dikawal

 

4. Lemau (fatigue)

5. Tekanan darah tinggi (hypertension)

6. Degup jantung tak selari (arrhythmia)

 

7. Kurang vitamin D (vitamin D deficiency)

8. Kurang Potassium (Potassium deficiency)

*Keduanya perlu Magnesium untuk diaktifkan & diguna tubuh

 

9. Migrain

10. Isu gula dalam darah

11. Pertambahan hormon stress Cortisol

12. Pathological calcification

 

No.12 simptom paling bahaya sekali.

Kerana Magnesium bertindak sebagai ‘mastermind’

Mineral yang ‘mengawal’ mineral lain.

Magnesium juga halang Calcium daripada terbentuk.

Dan mengeras di dalam sel-sel.

Jika Calcium berlebihan terkumpul dalam sel,

Ini mengakibatkan sel tertekan.

Bila sel ‘depressed’, sel ‘bunuh diri’.

Bahaya menanti apabila sel yang mati tadi mula terkumpul di dalam salur penting seperti salur jantung dan OTAK.

Kesihatan sendi juga jadi taruhan.

Jadi, kalau sayang tubuh.

Mohon jauhkan diri daripada makanan sebegini.

Sihat itu jihad. Boleh begitu?

 

ARTIKEL SETERUSNYA:

3 JENIS SUPLEMEN MAGNESIUM UNTUK TUBUH

15 MAKANAN INI KAYA MAGNESIUM UNTUK TUBUH

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Scroll to Top