Betul Ke Orang Bertangan Kidal Pendek Usia?

“Betul ke kalau kidal nanti pendek usia?”

Ini bukan fakta. Ini mitos semata-mata.

Anda geng tangan kanan atau kidal?

Specialnya, geng kidal ada hari sambutan mereka sendiri.

Iaitu Hari Tangan Kidal Sedunia yang jatuh tanggal 13 Ogos.

 

Tak perlu dinafikan,

Orang kidal ni berbeza dari segi karakter & personaliti mereka.

Bila sebut bab tulisan, 

Orang kidal biasanya punyai tulisan kemas & tersusun.

Mereka juga lebih kreatif.

Ramai orang kidal yang saya jumpa pandai melukis.

Tahu tak?

Hanya 10% – 12% penduduk dunia yang bertangan kidal.

Maksudnya, kalau Tuan/Puan kidal.

Masuk dalam kategori ‘rare’!

 

Kenapa rare?

Orang kidal punyai cara berfikir agak berlainan berbanding orang bertangan kanan.

Mereka suka berfikir ‘out-of-the-box’.

Sebab itu kadang kala, orang kidal sering dianggap ‘aneh’ atau ‘pelik’.

Antara figura terkenal bertangan kidal:

    • Bill Gates

    • Steve Jobs

    • Mark Zuckerberg

    • Gordon Ramsay

    • Tom Cruise

    • Lionel Messi

    • Morgan Freeman

    • Barack Obama

    • Albert Einstein

    • Isaac Newton

 

Orang kidal juga punyai daya kawalan diri yang bagus.

Mereka ni jenis tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Sebut bab daya memori & menghafal,

Orang kidal punyai daya ingatan lebih baik kerana mereka berupaya untuk guna keseluruhan OTAK.

Biasanya, orang kidal boleh fahami informasi baru dengan lebih cepat.

 

Kajian juga ada sebut,

Orang kidal ni sangat kompetitif. Mereka sukakan daya saing.

Mereka juga tidak mudah menyerah kalah.

Antara pemain badminton terhebat yang bertangan kidal termasuk Lin Dan & Kento Momota🏸

 

Nak tahu tak?

Pemain badminton bertangan kidal sebenarnya punyai kelebihan berbanding pemain bertangan kanan.

Dipanggil ‘natural advantage’.

Lagi lagi kalau pemain tersebut punyai skil cukup padu.

Mereka cepat ‘pickup’ dan biasanya boleh mengagak servis pihak lawan yang seterusnya.

 

Lagenda badminton negara Rashid Sidek pernah beritahu,

“Biasanya pemain bertangan kidal punyai bakat semula jadi & boleh jadi aset penting negara jika digilap dari awal”

Beliau juga berkata,

“Ketika zaman saya beraksi di pentas dunia, ada pemain badminton bertangan kidal seperti Yang Yang & Poul-Erik”

“Mereka punyai skil cukup luarbiasa & membuatkan saya perlu berlatih lebih kuat daripada biasa”

Anda Juga Mungkin Berminat

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Strok Haba: Senyap Tapi Bahaya! Ramai Tak Sedar Bila Badan Dah “Overheat”

Scroll to Top