Siapa Tak Makan Tauge Memang Rugi! Ini 9 Khasiatnya

Siapa yang tak makan tauge memang rugi.

Saya tahu ramai dekat Malaysia yang tak gemarkan tauge.

Sebab ada yang kata tauge berbau dan rasanya aneh.

Tauge adalah definisi sayur tersakiti.

Sering diketepikan kalau nak makan mi rebus, mi kari atau kueytiaw.

Lebih rela kutip dan asingkan tauge daripada makanan satu demi satu.

Ada yang nak berkongsi sebab kenapa?

Hanya yang diketepikan dan dibiarkan sebegini tahu betapa perit perasaan.

Tahu tak? Tauge ni sangat bernutrisi tinggi.

Peringkat bercambah inilah di mana nilai nutrisi tauge paling tinggi.

Siapa sangka tauge boleh naikkan kolesterol baik dalam tubuh.

Kalau ada tekanan darah tinggi, tauge boleh bantu.

Ni semua kerja Peptides dalam tauge.

ARTIKEL LAIN: 13 KHASIAT LUARBIASA CINCAU HITAM

Baguskan.

Tauge rendahkan risiko kanser.

Kajian sebut spesifik pada breast cancer, leukemia, dan kanser usus.

Tauge juga macam lori sampah.

Bila masuk dalam usus, fiber tauge tarik benda kotor keluar.

Tauge lagi tinggi vitamin C berbanding epal.

Bantu kuatkan sistem imun serta bagus untuk ibu hamil.

Hebatkan tauge?

Dah lah murah. Nak lagi padu, beli kacang dan tanam sendiri.

Macam projek sains masa dekat sekolah dulu.

Apakata hari ini bagi peluang dekat tauge?

Bagi peluang untuk buktikan bahawa ia juga layak dimakan setaraf dengan sayur lain.

Ini resepi mudah buat tauge goreng kilas ayam.

ARTIKEL LAIN: 8 KHASIAT TAUHU BESERTA RESIPI

Bahan perap ayam:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Halia (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Lada hitam (ditumbuk)

Bahan lain:

  • 2 genggam tauge
  • 4 batang daun bawang (hiris halus)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cendawan (shiitake/cendawan hitam)
  • 2 sudu teh minyak zaitun
  • 1 sudu teh lada sulah putih
  • 2 sudu teh emping cili
  • Serbuk Ni Lagi Sedap

Cara:

  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Bila panas, masukkan ayam yang diperap.
  2. Goreng kilas selama beberapa minit. Asingkan ke dalam pinggan.
  3. Guna kuali sama, masukkan bawang putih, cendawan dan daun bawang. Goreng selama 30 saat.
  4. Masukkan tauge diikuti Ni Lagi Sedap. Goreng selama 15 saat.
  5. Perasakan lagi dengan lada sulah dengan emping cili.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam tadi dan goreng kilas sehingga tauge bertukar warna.

Siap untuk dihidangkan.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top