Resepi Tauhu Sihat Sedap Serta 8 Khasiatnya

Siapa penggemar tauhu?

Tauhu masuk kategori sumber protein bagus.

Sebab ada kesemua 8 jenis asid amino.

Selain kaya sumber zat besi, zink, magnesium, vitamin B1.

Kalsium, selenium, fosforus dan mangan.

Tauhu diperbuat dari protein soya. Bantu kurangkan kolesterol jahat.

Ada isoflavon. Struktur isoflavon menyerupai estrogen.

Di mana ia meniru tindakan estrogen yang dihasilkan oleh badan.

Isoflavon mengikat ke reseptor estrogen dalam sel manusia termasuk sel payudara secara alami.

Berpotensi kurangkan risiko kanser payudara.

Khasiat lain tauhu seperti:

  • Isoflavon menguatkan ketumpatan tulang.
  • Turunkan berat badan.
  • Mengenyangkan perut buat masa lama.
  • Suburkan kulit.

Dipadankan pula dengan brokoli. Memang berganda khasiat.

Ini resepi mudah dan sihat buat tauhu Jepun dan brokoli.

Bahan:

  • Tauhu Jepun (potong ikut bahagian)
  • Brokoli (potong kecil)
  • Bawang merah (diketuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Lada merah (dihiris)
  • Serbuk Ni Lagi Sedap

Cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan halia sehingga tukar warna.
  2. Masukkan air sedikit. Perasakan dengan Ni Lagi Sedap.
  3. Masukkan brokoli dan tauhu. Reneh selama 5 minit.
  4. Siap untuk dihidang.

Tak perlu letak sos dan perasa.

Sebab Ni Lagi Sedap dah ada perasa umami.

Termasuk cendawan, garam bukit, serbuk ayam dan gula kelapa.

Cubalah.

 

P/S:

Belum dapatkan Neurobox Raya?<img draggable=

Dengan diskaun 7x ganda! PERCUMA 1 set SAMPUL RAYA.

Promo sehingga 87%. Sah sehingga 21 April ini.

DAPATKAN DI SINI

DAPATKAN DI SINI

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Apa Itu Autophagy? Kenapa Ada Orang Puasa Makin Sihat, Ada Yang Makin Lemah

Kerap Sakit & Mudah Jatuh Demam? Ini Herba Semula Jadi Yang Bantu Naikkan Sistem Imun Tubuh

9 Makanan Bantu Baiki Pernafasan Secara Semula Jadi

Kulit Kusam & Cepat Kering? Ini 6 Minyak Terbaik Untuk Kulit Nampak Sihat & Glowing

Scroll to Top