Pernah tak anda rasa stress lepas
seharian bekerja atau belajar,
kemudian pasang muzik kegemaran
dan tiba-tiba rasa lebih tenang, kan?
Mungkin anda tertanya tanya
apa itu terapi muzik?
Terapi muzik adalah satu bentuk rawatan yang terbukti berkesan dalam memperbaiki kawalan motor, fungsi emosi dan meningkatkan neurokimia dalam tubuh, termasuk endorfin yang baik
Muzik dapat membantu mengurangkan
simptom semulajadi masalah kesihatan
seperti; kemurungan atau kegelisahan,
gangguan mental, parkinson dsb.
Tuan/Puan,
Muzik mampu memberi impak yang
positif terhadap otak manusia.
Ia boleh mempengaruhi emosi, perasaan
dan tahap hormon dalam badan kita.
Persoalannya,
apakah kebaikan muzik terhadap
kesihatan mental?
Mungkin ramai yang tak tahu!
i. Mengurangkan stress dan kebimbangan
Muzik yang tenang seperti;
muzik klasik atau bunyi alam
boleh menurunkan kadar hormon
stress seperti kortisol dan dapat
mengawal kadar denyutan jantung.
Keadaan ini membantu
seseorang merasa lebih rileks
dan mengurangkan tekanan
yang dirasakan sepanjang hari.
ii. Meningkatkan mood
Pernah tak dengar lagu yang buat
anda rasa lebih gembira?
Kalau pernah,
itu adalah disebabkan muzik itu
boleh merangsang pengeluaran hormon
dopamin dan serotonin, yang dikenali
sebagai hormon bahagia.
Bagi yang mengalami kemurungan,
terapi muzik ini berupaya membantu
mereka merasa lebih baik dan memberi
semangat untuk terus berjuang!
iii. Bantu meningkatkan kualiti tidur
Bagi mereka yang mengalami
kesukaran untuk tidur,
muzik yang tenang atau instrumental
perlahan dapat membantu menenangkan
fikiran dan mempersiapkan tubuh untuk
tidur dengan lebih lena.
iv. Tingkatkan fokus dan kemahiran kognitif
Kalau kita bermain alat muzik,
ia boleh merangsang beberapa
bahagian otak kita dalam proses
pembelajaran dan pemikiran kreatif.
Memang tak dinafikan,
mendengar lagu atau bermain alat muzik
dapat merangsang otak dan
meningkatkan daya ingatan.
v. Meningkatkan prestasi senaman
Berdasarkan teori Parallel of Processing, mendengar muzik mampu merangsang otot untuk bersenam lebih lama dan berkesan
Tahukah anda?
Senaman sambil mendengar muzik
dapat membantu tingkatkan prestasi fizikal.
Ia juga turut memperbaiki mood dan
membolehkan badan bersenam lebih efektif.
Anda juga boleh cuba pasang muzik
atau lagu semasa bersenam.
Penggunaan muzik sebagai alat
penyembuhan bukanlah sesuatu yang baru.
Sejak zaman masyarakat primitif sehingga
tamadun Rom dan Yunani telah menggunakan
muzik dalam ritual penyembuhan mereka.
Menarik, bukan?
Malah,
dalam peradaban Islam pada abad pertengahan,
terapi muzik digunakan secara meluas dalam
rawatan kesihatan mental.
Muzik adalah suatu alat yang luar biasa
untuk meningkatkan kesejahteraan mental.
Ia bukan sekadar hiburan semata mata,
tetapi sebagai satu alat terapi untuk
merawat masalah psikologi seseorang.
Belajar sesuatu?