19 Khasiat Terung (Termasuk Anti Kanser) Ramai Tak Tahu

Ada peminat terung dekat sini?

Terung secara teknikal masuk kategori buah, bukan sayur.

Tahu tak terung ni tinggi antioksida ye.

Antioksida anthocyanin, lutein, zeaxanthin.

Atau lebih spesifik lagi, nasunin.

Lindungi membran sel otak dari kerosakan radikal bebas

Bantu pengaliran darah dalam otak dan cegah neuro-inflamasi.

Terung tinggi serat.

Bantu perlahankan kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam darah

Takde lah gula naik mendadak.

Terung juga disarankan bagi penghidap diabetik.

Selain itu, terung juga kaya acetylcholine – bantu baiki tekanan darah tinggi

Sifat terung yang tinggi fiber tapi rendah kalori.

Sesuai bagi yang nak turunkan berat berlebihan.

Paling padu pasal terung ni.

Solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs) serta chlorogenic acid dalam terung

Jadikannya sumber anti-kanser

Bersifat pro-apoptosis.

Keupayaan mematikan sel berbahaya termasuk sel kanser.

Selain rendahkan risiko berulang lagi kanser seperti kanser kulit.

Khasiat lain terung termasuk:

  • Tingkatkan ketumpatan tulang
  • Kurangkan simptom osteoporosis
  • Cegah kecacatan kelahiran
  • Vitamin C cantikkan kulit & rambut
  • Boost memori & cegah anxiety

Yang tak amal terung tersangatlah rugi.

Senang didapati dan murah pula tu.

Boleh begitu?


#DrRizal #Neuroversiti #terung

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

6 Kelebihan Daun Kucai Selain Penyedap Rasa

6 Khasiat Utama Kangkung ‘Murah’

5 Risiko Kesihatan Jika Tidur Tak Cukup

Kenapa Kena Elak Memakan Sayur Kubis Mentah?

Scroll to Top