The Power of Healing

The Power of Healing is within you!” kata Dr Stuart Miller. Dr Miller adalah bos, supervisor dan pemilik Canberra Sleep Lab.

“Ok. What do you mean?” Kataku cuba bercakap slang Aussie.

Waktu itu mesyuarat bulanan. Aku hadir awal. Mahu borak dengan Dr Miller.

Kata Dr Miller, “Tubuh manusia ada connection antara satu sama lain. Ada bahagian yang bergantung sesama sendiri.

Menariknya kesemuanya bergantung pada satu organ ini, otak.”

Aku dengar. Tidak menyampuk. Cuba beri perhatian.

Dia sambung. “Oleh kerana semua organ bergantung dengan otak, dia perlukan berada pada tahap maksima setiap masa.”

Aku angguk. Dalam hati, “Betul aku setuju sangat bab ni.”

“Untuk berada pada tahap maksima, otak perlukan masa panjang untuk tidur. Masa panjang ini diguna untuk baiki diri atau self healing.”

Tambah Dr Miller, “Self healing mode berlaku semasa tidur. Proses cuci otak berlaku masa tidur. Proses cuci perut juga berlaku masa tidur.”

Itu tugas melatonin.” Dia diam. Lihat ke luar jendela.

Its just frustrates me to see people are ignoring this crucial biological need.”

Aku setuju sangat. Aku biarkan Dr Miller lepaskan perkara yang berbuku di hati.

“Eh, have you had your dinner?” soal Dr Miller.

“Not yet,” kataku sambil tersengih.

“Lets go for a kebab!” Kata Dr Miller.

Aku senyum. Angguk. Dalam kepala “Cantekk, tengah lapar ni.”

Tubuh manusia punya mekanisme untuk sembuh. Hargai.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan

Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!

Ini 10 Kebaikan Anda Dapat Jika Minum Almond Milk

19 Kebaikan Oren Navel Ramai Tak Tahu

8 Kebaikan Kiwi Merah (Red Kiwi) Selain Manis Leting!

16 Kelebihan Buah Belimbing Ramai Tak Tahu!

Scroll to Top