Tidur , Gemuk & Otak

Mungkin ramai tidak sedar.

Tak cukup tidur akan kerap makan.

Kekurangan tidur membawa kepada lebihnya makan.

Kurang tidur jadi ketagih kepada makanan.

Lebihnya makan menjadikan kita lebih bulat. Pakaian menjadi sendat.

Bayangkan rupa kita yang melebar.

Sendi-sendi mula berbunyi. Bangun duduk menjadi sukar.

Terutama ketika solat. Lalu solat menjadi perkara yang menyakitkan.

Bukan suatu yang merehatkan.

Kajian menunjukkan kurangnya tidur membawa kepada ketagihan yang tinggi.

Biasanya ketagihan kepada makanan ringan. Makanan berat tidak ketinggalan.

Ada dua hormon yang berkait rapat dengan lapar dan kenyang.

Ghrelin dan leptin.

Keduanya dikawal oleh tidur. Tidur tidak cukup ghrelin jadi rendah.

Kedua hormon ini bekerja bersama.

Apabila ghrelin tinggi, ianya menandakan kita lapar.

Leptin tinggi bila kita kenyang. Satu tinggi satu rendah.

Tidur empat jam atau kurang meningkatkan ghrelin sebanyak 71%.

Bayangkan jumlah makanan yang akan kita ambil.

Pasti akan terdengar suara nakal menyebut perubahan saiz kita.

Mahu kawal berat badan?

Buat 3 perkara berikut:

1- Dapatkan tidur yang cukup. Orang dewasa perlu tidur antara 6-8 jam satu malam.

2- Elakkan dari membeli makanan ringan dan menyimpan di rumah.

3- Banyakkan simpanan buah-buahan.

Tidur sangat penting.

Usah korbankan tidur untuk urusan kerja.

Lebih buruk kalau sekadar menonton filem atau bolasepak.

Sihat itu jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0