Tidur & Musim Panas ! 3 Tips Ini Akan Bantu Anda

Sekarang ini musim panas di semenanjung.

Di Sarawak masih ada hujan di sana sini.

Panas boleh mengganggu tidur.

Bertugas di Canberra Sleep Laboratory, Australia mendiagnos masalah tidur mengingatkan saya tentang betapa kadang-kadang kita ambil mudah tentang tidur.

Tidur selalu menjadi mangsa bila ada kerja tambahan atau ujian bagi pelajar.

Tidur dikurangkan. Kesannya mendalam. Terutama pada otak.

Dapat mesej bertanyakan bagaimana nak dapatkan tidur semasa musim panas ini.

Susah lena di malam hari mungkin juga disebabkan cara pemakanan.

Perhatikan ini.

Makanan dan minuman berikut boleh bantut tidur:

i. Makanan tinggi lemak. Burger dan makanan bergoreng masuk dalam kategori ini.

ii. Makanan pedas. Perlu ambil 4 jam sebelum tidur.

iii. Makanan tinggi protein seperti daging. Ada Tyrosine. Sebabkan otak menjadi aktif.

Tiga Tips Untuk Tidur Musim Panas:

1- Ambil wudhuk sebelum tidur.

Ya, ini sunnah nabi Muhammad SAW yang dituntut.

Dalam Sains Tidur, wudhuk adalah hidroterapi.

Tujuannya ialah menurunkan suhu badan.

2- Tidur apabila rasa mengantuk mula mengintai.

Usah baring andai belum ada rasa mengantuk

3- Bangun dari perbaringan andai lebih dari 20 minit belum mampu tidur.

Panas tilam menyukarkan lagi tidur.

Selamat mencuba.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Kenapa Lagu Raya Klasik Lebih Melekat Di Hati Ini Jawapan Dari Sains Otak

Biskut Raya Bahaya: Sedap Di Mulut, Senyap-Senyap Rosakkan Otak & Jantung

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Scroll to Top