Tidur Nyenyak VS Berdengkur

Tidur nyenyak adalah idaman. Juga keperluan.

Penting untuk kesihatan tubuh dan otak yang optima.

Asalnya tiada niat mahu bekerja di Canberra Sleep Laboratory (CSL).

Ketika itu sudahpun menjadi Clinical Psychologist di PPC Worldwide, penyelia utama perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kakitangan kerajaan di Australia.

Semuanya bermula dengan penyelidikan Phd.

Mahu mengkaji kesan berdengkur ke atas kesihatan mental.

Ya. Berdengkur memberi kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang.

Termasuk boleh mengecilkan saiz otak.

Permohonan untuk membuat penyelidikan disambut dengan pelawaan oleh tuan punya makmal, Dr Stuart Miller untuk bekerja.

Tawarannya ialah sebagai Sleep Scientist.

Terasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

Aku langsung terima tawaran itu. Berbunga betul hati ketika itu.

Masa orientasi, aku dapati aku seorang sahaja lelaki.

Aku seorang juga bukan orang Aussie. Bedal sahajalah getus hatiku ketika itu.

Semasa penyelidikan dan bekerja ini banyak ilmu tidur yang digali.

Banyak masalah tidur yang dikenalpasti. Banyak tips dan kaedah juga dikongsi.

Antara tugasanku ialah melihat pergerakan gelombang otak semasa pesakit sedang tidur.

Ada wayar elektrod yang dilekatkan di kepala mereka semasa mereka tidur. Laporan ditulis setiap 30 minit.

Kerjanya ialah 11 jam. Bermula jam 8 malam dan berakhir jam 7 pagi keesokkannya. Malam terasa lama.

Ini pengorbanan. Korbankan nikmat tidur. Tujuannya mahu memandaikan bangsa bila pulang nanti.

Satu malam aku ditugaskan menjaga pesakit bernama “Mary”. Berusia 50-an. Masih single.

“Mary” di diagnos dengan Sleep Apnea atau mudahnya menghadapai masalah berdengkur.

Ini kali kedua “Mary” hadir. Tujuannya untuk kenalpasti intervensi yang bertepatan dengan isu beliau.

Semasa aku kenakan topeng oksigen pada Mary, beliau menangis.

Esakkannya kuat. Hingga menggegarkan tubuhnya. Aku cuba menenangkan “Mary”.

Aku siapkan susu suam yang dicampur sedikit madu. Habuan untuk tenangkan “Mary”.

Tujuannya mahu keluarkan melatonin agar “Mary” cepat mengantuk.

Dalam perbualan, “Mary” beranggapan yang intervensi topeng oksigen ini seolah-olah “hukuman mati” untuk beliau.

Terpaksa pakai setiap malam. Untuk sepanjang malam.

Suatu yang menyedihkan bagi beliau. Pengakhiran hidupnya begini. Perlu bertopeng untuk tidur.

Aku hanya mendengar dan mengangguk apa yang dibutirkan oleh “Mary”.

Masalah berdengkur ini meragut nyenyak tidur.

Pengidapnya seolah-olah berlari marathon sepanjang malam. Pagi esoknya terasa penat sekali.

Berdengkur bukan sekadar bunyian. Ia boleh membawa maut.. Secara konsisten otak dinafikan oksigen.

Berdengkur menyebabkan obesiti. Mengundang masalah jantung dan Hipertensi.

Membawa pengidapnya dekat dengan mati.

Masalah berdengkur boleh dikurangkan dengan:

1. Turunkan berat badan andai berat badan bukan lagi berat ideal.

2. Hilangkan lemak di bahagian laluan oksigen di leher.

3. Elakkan tidur terlentang.

4. Pakai topeng oksigen yang telah ditentukan takat oksigen oleh pengamal perubatan.

5. Gunakan bantal yang tidak terlalu tinggi atau rendah. 

Boleh boleh ?

Sihat adalah jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Scroll to Top