6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

Kita pernah rasa macam

kerja terlampau banyak.

Sampai rasa hilang motivasi nak buat kerja.

Ramai kalangan kita terperangkap

dalam tabiat suka bertangguh.

Atau istilah popularnya procrastination.

 

Walau apa pun bidang kerja kita,

fokus yang terganggu boleh

menjadikan kita berasa malas.

Lepas fokus terganggu,

Kita mungkin akan ambil masa yang lama

untuk kembali semula kepada

tahap fokus yang sama.

 

Contohnya,

Mengalihkan perhatian dari satu kerja

ke satu kerja yang lain,

Atau lebih teruk lagi kalau kita multitasking.

Ia boleh mengambil masa yang lama

untuk kita fokus semula.

 

Mungkin anda tertanya-tanya,

kenapa kita ada tabiat sebegini?

Mungkin sebahagian daripada kita

dari azali lagi sudah berputik

sikap malas dan suka bertangguh?

 

Persoalannya?

Macam mana sikap sebegini boleh terjadi?

Berdasarkan pandangan Neurosains,

Penangguhan terjadi apabila berlakunya pertempuran antara dua bahagain otak ini iaitu; Limbic system (otak emosi) & Prefrontal cortex (korteks prefrontal)

Tahukah anda,

Apakah fungsi kedua-dua otak ini?

Mari kita ketahuinya.

i. Limbic System (Otak Emosi)

Limbic system adalah kumpulan struktur otak

yang lebih tua dan dominan.

Ia terletak di bawah korteks serebrum

dan di atas batang otak.

Berperanan penting dalam memproses emosi, motivasi, ingatan, dan tingkah laku yang berkaitan dengan kelangsungan hidup

Dalam limbic system,

terdapat fungsinya masing-masing,

antaranya ialah;

Amygdala

  • Mengawal respons emosi, seperti; perasaan takut, marah, bimbang dan sebagainya
  • Berperanan penting dalam pembentukan ingatan emosi

      Hippocampus

      • Penting untuk pembentukan dan penyimpanan ingatan jangka panjang
      • Membantu dalam orientasi ruang dan pembelajaran

      Hipotalamus

      • Berfungsi melepaskan hormon dalam berbagai emosi seperti; lapar, dahaga, marah, dan rasa sakit
      • Mempertahankan keadaan homeostasis dengan mengatur sebagian fungsi otonom seperti; detak jantung, suhu tubuh, tekanan darah, dan pernafasan

      Cingulate gyrus

      • Membantu dalam pemprosesan emosi dan mengatur tingkah laku
      • Bertanggungjawab untuk mengendalikan fungsi motorik otonom
      • Terlibat dalam proses ketakutan dan tindak balas terhadap pengalaman yang tidak menyenangkan

      Basal Ganglia

      • Sekelompok struktur otak ini berada di dasar otak depan dan di atas otak tengah
      • Mengatur gerakan volunter; termasuk gerakan mata, membantu menjaga keseimbangan dan postur tubuh

      Area Tegmental Ventral

      • Area tegmental ventral (the ventral tegmental area) adalah bagian dari batang otak (tepat di bawah talamus) yang terdiri dari jalur dopamin

       

      ii. Korteks Prefrontal

      Korteks prefrontal adalah bahagian otak yang terletak di kawasan depan lobus frontal (tepat di belakang dahi)

      Ia berfungsi sebagai;

      • Membantu merancang dan pengambilan tindakan yang berkait dengan masa depan
      • Terlibat dalam jalur dopamin yang sama dengan area tegmental area

      Jadi,

      Macam mana nak atasi sikap ini?

      Mari kita cuba beberapa tips ini;

       

      i. Take a Break (Rehat Sebentar)

      Kita mesti akan berasa penat apabila

      melakukan sesuatu kerja, kan?

      Jadi,

      Beri masa pada diri,

      Ambil masa dalam 5 minit untuk rehat.

       

      Cara ini sangat bagus untuk

      mengurangkan tekanan pada minda kita

      bagi menyiapkan tugasan harian.

      Bukan itu sahaja,

      Ia juga dapat meningkatkan produktiviti kerja kita

      untuk lebih fokus secara perlahan-lahan.

       

      ii. Membahagikan Tugas Besar kepada Tugas-tugas Kecil

      Pembahagian tugas besar kepada tugas lebih kecil

      boleh membantu dalam memudahkan kerja-kerja

      yang perlu dilaksanakan.

      Apabila skop kerja dikecilkan, urusan kerja semakin mudah untuk dilaksanakan kerana kita hanya akan nampak tugasan yang perlu dilaksanakan sahaja

      Kaedah ini boleh membantu kita

      untuk bina jadual dengan lebih mudah dan

      tandakan (/) pada tugas yang telah pun selesai.

       

      iii. Create a Power List (buat nota to-do-list)

      Membuat nota atau senarai to do list juga adalah

      cara terbaik sebelum kita melakukan sesuatu tugasan.

      Ia boleh menjadi sebagai tanda peringatan

      kepada kita untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

       

      Bukan itu sahaja,

      Ia boleh membantu kita untuk lebih fokus

      sepanjang melakukan kerja.

      Apabila menggunakan kaedah to-do-list, kita berupaya untuk membuat sesuatu perkara tanpa membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah

      iv. Ubah Mindset

      Dalam pemikiran,

      kita tak boleh ‘set’ kan perkara yang negatif.

      Jadi,

      kita perlu tukar mindset kita atau

      cara kita berfikir.

       

      Dengan kata lain,

      Kita sentiasa perlu bersikap positif

      jika kita ingin berjaya.

      Kita mesti tanamkan rasa ingin ubah sikap

      yang negatif kepada positif hari demi hari.

      MINDSET adalah kunci kepada diri sama ada untuk terus memajukan diri kita atau sentiasa bersikap malas sehingga menangguhkan kerja

      v. Meditasi

      Apa itu meditasi?

      Meditasi adalah teknik relaksasi.

      Ia merujuk kepada keadaan minda dan tubuh yang tenang, fokus atau sedar sepenuhnya terhadap keadaan sekeliling

      Jika kita ambil masa 10 minit sehari

      untuk bermeditasi,

      kita akan rasa mudah membuat keputusan

      dengan lebih baik secara automatik.

       

      Ia bukan sekadar teknik semata-mata,

      Sekiranya kita mengamalkannya

      secara konsisten,

      ia dapat membantu kita

      menjadi lebih sihat dan produktif.

       

      vi. Appreciate Yourself (Hargai Diri)

      Ganjaran ni tidak semestinya datang dari

      majikan atau rakan sekerja.

      ianya boleh datang dari diri sendiri.

       

      Beri penghargaan kepada

      diri sendiri sangat penting atas

      prestasi kerja yang telah kita selesaikan.

      Ganjaran ni boleh datang dari

      pelbagai bentuk; termasuk berehat, makanan,

      minuman, atau barangan yang kita sukai.

      Cara ini mampu merangsang minda kita supaya

      kekal positif dan mampu berdaya saing.

       

      Tabiat suka bertangguh semestinya

      memerlukan usaha yang luar biasa.

      Tetapi,

      Ia bukan sesuatu yang mustahil!

       

      Jika kita berjaya mengatasinya,

      Kejayaan anda hampir digapai!

      Belajar sesuatu?

      Anda Juga Mungkin Berminat

      6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

      12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

      Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

      Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

      5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

      Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

      Scroll to Top