7 Tips Ketika Beli Makanan Panggang Di Bazar Ramadan

Pssttt...

SUPERSALE 2023 kini sedang berlangsung!

Tuan Puan boleh dapatkan produk seperti berikut:

OTAK 1.0

OTAK 2.0

Rahsia Sihat Alami

60 Resipi Sihat

 

Atau…

 

Ubah tahap hidup Tuan Puan dengan NEUROPLANNER

Dari 900 kini tinggal 400 UNIT sahaja lagi!

Ini adalah CETAKAN PERTAMA dan TERAKHIR. 

KLIK DI SINI

10 hari berbaki masa.

Sebelum tibanya bulan yang ditunggu tunggu oleh umat Islam.

Bila bulan puasa tiba.

Ramai yang akan berpusu pusu ke bazar Ramadan.

Acara berjemaah selama sebulan.

Boleh bikin rambang mata bila datang sini.

Seakan akan ‘disihir’ oleh bau, warna dan pilihan aneka juadah.

Goyah iman masa ni.

Berbelanja sakan sampai tak ingat dunia.

Beli pun beli juga janji jangan sampai membazir makanan.

Lagi satu, nak pesan sikit.

Terutama kalau nak beli makanan jenis panggang atas api.

Hati hati lah ye nak beli ayam madu berempah.

Kebiasaan, deme ni tak rebus dulu.

Protein terus dibakar semasa mentah.

Nakkan cepat, panggang pula dengan suhu api tinggi.

Nak bagi segera masak katanya.

Kadang kala dapat ayam masak luar tapi dalamnya merah.

Sesuai sangat untuk si Campylobacter, Salmonella dengan Listeria duduk.

Deme ni lah penyebab cirit birit.

Keracunan makanan kerap dilaporkan terutama masa bulan puasa.

Bukan ini je.

Sebut pasal makanan yang dipanggang.

Ramai tak tahu.

Bila protein ikan, ayam, daging lembu daging kambing dibakar guna api tinggi secara direct.

Protein dari otot daging tadi akan bertindakbalas dengan suhu.

Maka, akan terbentuk heterocyclic amine atau HCA.

Apakebenda HCA ni?

HCA ni sudah terbukti boleh ubah selular DNA. Sekali gus tingkatkan risiko untuk kena kanser.

Selain HCA, terbentuknya polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH).

PAH ni terbentuk melalui asap semasa memanggang.

Jenis makanan dipanggang ni bersifat karsinogenik – terutama bila terlebih masak.

Sehingga terbentuknya kesan hangus hitam.

Maka, makin tinggi risiko untuk masalah jantung dan darah tinggi.

“Aduh lepas itu macam mana? 

Takkan tak boleh makan makanan yang dipanggang Dr?”

Ramai mula risau ni nanti masa Raya.

Nak buat barbecue dengan family. Nak bakar sate pekena sos kuah kacang.

Jangan risau.

Ada tekniknya. Paling penting, tahap sabar kena tinggi.

Ikuti 7 tips panggang protein secara sihat:

1) Pastikan tiada api terbentuk ketika memanggang. Hanya bara api saja.

2) Pastikan protein sentiasa dibalikkan setiap masa.

3) Pastikan protein direbus & diperap dulu. Elak lemak menitik penyebab asap kepul kepul.

4) Pastikan protein tak ditutup dengan penutup.

5) Pastikan alatan & tempat panggang bebas kerak kerak hitam.

6) Pastikan kerak hitam dibuang jika ada (sebelum makan).

7) Pastikan 1 botol spray berisi air disediakan sekiranya api merebak.

Mudah bukan?

Nak makan pula biar berpada pada.

Makan untuk nutrisi. Bukan ikut hawa nafsu.

Boleh begitu?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top