Berbuka puasa adalah waktu yang dinanti-nantikan
oleh umat Islam setelah seharian menahan lapar dan dahaga.
Namun, memilih makanan yang salah boleh menyebabkan
masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol,
rasa letih dan naik berat badan.
Untuk memastikan tubuh kekal bertenaga dan sihat sepanjang
Ramadan, berikut adalah 7 tips berbuka puasa secara lebih sihat.
1. Mulakan dengan Air & Kurma
Mengikut sunnah, berbuka puasa dengan kurma
adalah pilihan terbaik kerana ia mengandungi
gula semula jadi yang cepat diproses oleh
badan untuk mengembalikan tenaga.
Ini kerana kurma mengandungi serat yang
membantu dalam sistem pencernaan dan
menstabilkan paras gula dalam darah.
Selain itu, minum air kosong membantu mengelakkan
dehidrasi tanpa membebankan sistem pencernaan.
2. Pilih Makanan yang Seimbang
Makanan yang kaya dengan protein, serat, dan karbohidrat
kompleks memberikan tenaga yang berkekalan.
Pemakanan yang seimbang dapat mengurangkan risiko
penyakit kronik dan membantu dalam pengurusan berat badan.
Pastikan hidangan berbuka puasa mengandungi sumber protein
seperti; ayam, ikan atau kekacang, serat daripada sayur-sayuran,
serta karbohidrat sihat seperti nasi perang atau roti gandum penuh.
3. Elak Makanan Bergoreng & Lemak Tinggi
Gorengan dan makanan tinggi lemak tepu seperti
makanan segera boleh menyebabkan peningkatan
kolesterol dan masalah penghadaman.
Pengambilan lemak tepu yang tinggi boleh
meningkatkan risiko penyakit jantung.
Jadi! Sebagai alternatifnya,
pilih kaedah memasak yang lebih sihat
seperti; membakar, mengukus atau memanggang.
4. Hadkan Pengambilan Gula & Minuman Bergas
Minuman manis seperti air sirap, teh tarik atau
minuman berkarbonat boleh menyebabkan peningkatan
kadar gula dalam darah secara mendadak.
Kajian oleh World Health Organization (WHO) mengesyorkan had pengambilan gula harian tidak melebihi 10% daripada jumlah kalori seharian untuk mengurangkan risiko obesiti dan diabetes.
Sebaiknya, gantikan dengan jus buah segar tanpa gula tambahan atau air kelapa untuk mengekalkan hidrasi.
5. Makan Secara Perlahan & Bersederhana
Makan secara tergesa-gesa boleh mengganggu
sistem pencernaan dan menyebabkan kembung.
Menurut kajian diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, makan secara perlahan boleh membantu dalam pengawalan berat badan dan meningkatkan rasa kenyang.
Ambil masa untuk mengunyah makanan dengan baik dan berhenti makan sebelum kenyang bagi mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
6. Tambah Sayur & Buah dalam Hidangan
Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan vitamin,
mineral dan antioksidan yang penting untuk kesihatan badan.
Ini kerana pengambilan sayur dan buah buahan
yang mencukupi dapat meningkatkan sistem imun
dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Ia juga membantu melancarkan sistem pencernaan
dan mengurangkan risiko sembelit sepanjang Ramadan.
7. Pastikan Minum Air yang Mencukupi
Selain minum air kosong ketika berbuka, pastikan pengambilan
air mencukupi sepanjang malam sehingga waktu sahur.
Ini kerana dehidrasi boleh menyebabkan keletihan dan
menjejaskan fungsi kognitif.
Jadi, minum air yang mencukupi membantu mengekalkan
tahap hidrasi dan mengelakkan masalah seperti;
sakit kepala dan keletihan keesokan harinya.
Kesimpulan
Berbuka puasa secara sihat bukanlah sesuatu yang sukar,
jika kita membuat pilihan yang betul.
Dengan mengamalkan tips ini,
kita bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan yang baik,
malah meningkatkan tenaga untuk menjalani ibadah
dengan lebih sempurna sepanjang Ramadan ini!