Tips Bersihkan Sayuran & Buahan Dari PESTICIDE

Sayur sayuran dan buah buahan adalah makanan sihat.

Wajib ambil setiap hari. Keduanya sarat dengan nutrisi dan gizi.

Disebalik saranan dan kajian tentang pentingnya sayur dan buah di dalam diet, timbul persoalan, bagaimana dengan racun tumbuhan atau pesticide yang disembur ke atas keduanya.

Adakah selamat? Pastinya TIDAK.

Pesticide bahaya.

Banyak kajian kaitkan pesticide dengan kanser, penyakit Parkinson, Alzheimer, Birth defects, Lelah, dan COPD.

Bahayanya merata ke semua peringkat umur. Kanak-kanak berisiko tinggi dengan toksid dari pesticide berbanding orang dewasa.

Toksin ini beri kesan pada hormon di alam otak.

Sebabnya, otak mereka sedang berkembang. Mudah bagi mereka terkena penangan.

Kajian dari jurnal saintifik Pediatric dapati kesan toksin yang tinggi tingkatkan risiko terkena ADHD.

Dalam kajian lain pula dapati ibu yang terdedah kepada pesticide ini akan lahirkan anak dengan IQ yang lebih rendah.

Soalnya kalau perlu ambil sayur dan buah, jenis yang bagaimana selamat.

Jawapan mudahnya ialah sayur & buah organik.

Stanford University buat perbandingan antara sayur dan buah organik dengan yang biasa.

Saranan mereka ialah pilihlah organik. Isu yang timbul apabila pilih organik ialah harganya.

Mungkin juga sikit opsyen dan pilihan organik.

Sekiranya kita terpaksa beli sayur dan buah yang bukan organik, bagaimana kita dapat hapus atau kurangkan risiko kesan pesticide ke atas kita.

Ada 5 langkah MUDAH untuk hilang atau kurangkan kesan ini.

Langkah ini juga MURAH.

Kaedah ini adalah hasil dari kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry.

Mereka bandingkan antara penggunaan garam, air biasa, cuka dan baking soda.

Garam dan cuka beri kesan cucian yang baik.

Lebih bagus lagi ialah gunakan baking soda. .

Caranya adalah seperti berikut:

1. Masukkan dua sudu makan baking soda ke dalam besen atau baldi.

2. Masukkan 12 cawan air

3. Masukkan sayur atau buah dan biarkan selama 20 minit.

4. Setelah dua minit gosok atau lurut sayur dan buah.

5. Bilas dengan air bersih .

5 LANGKAH di atas adalah sangat BERKESAN MUDAH dan MURAH.

Banyakkan sayur dan buah di dalam diet. Bersihkan.

Makan dengan hati yang tenang dan rasa selamat.

Selamat mencuba

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top