Tips Elak Sakit Tulang Belakang (Pinggang)

Kalau bekerja,

Gemar duduk dengan postur macam dalam gambar?

Kalau kerap sakit belakang, sakit pinggang, rasa tegang pada bahagian bahu.

Inilah puncanya!

Ini contoh amalan postur badan yang salah

Bagaimana mahu atasi masalah bongkok atau dipanggil Kyphosis?

Kyphosis ialah kondisi di mana terbentuk lengkungan di bahagian tulang belakang (thoracic).

Dalam kes melibatkan postur badan yang salah,

Dikenali sebagai Postural Kyphosis.

Bagaimana mahu atasi masalah bongkok seperti ini?

Amalkan ‘posture awareness’✅

Postur adalah posisi badan yang dikekalkan ketika buat aktiviti harian,

Seperti  berjalan, berdiri, duduk atau bersenam.

Kesedaran postur yang betul dalam aktiviti seharian kita amat penting untuk mengelakkan Kyphosis

Bersenam✅ juga penting untuk postur tubuh seimbang.

Amalan postur yang salah jadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan otot.

Terutama di bahagian dada & belakang tubuh.

Otot di dada terasa tegang, ketat manakala otot di belakang jadi lembik, lemah.

Jadi, cuba sebaik mungkin untuk elak daripada membongkok.

Semasa bekerja menghadap skrin laptop.

Bila dah rasa sakit, ia boleh ganggu fokus & produktiviti WAN.

Statistik dapati, 90% pekerja pejabat akan alami sakit belakang.

70% daripadanya buat tak endah. Kesannya?

Ramai kena penyakit sakit belakang kronik iaitu slip disc atau hernia.

Fuhh sakitnya bukan biasa-biasa.

Slip disc berlaku apabila disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal.

Penyebab tekanan pada saraf tunjang. Bila ditekan, akan rasa sakit.

Bermula sekarang, jaga postur tubuh dengan baik.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Scroll to Top