in , ,

Angry Cry Cute Love

11 + 10 Tips Kurus Tanpa Ubat Kurus

Ramai mahu kurus. Ada yang yang jalan mudah. Ada yang bersusah.

Pelbagai kaedah dicuba. Ada sahaja sebut pasal ubat kurus pasti terliur mendengarnya.

Habis semua dicuba.

Dari satu produk ke satu produk. Jenis diet bertukar ganti. Semua dicuba.

Harapan menggunung tinggi. Moga moga berjaya.

Kejayaan pelbagai. Ada berjaya sekejap. Ada berjaya terus.

Untuk berjaya perlu ada sistem.

Perlu ada cara. Perlu ada ilmu.

Saya kongsikan 11 + 10 petua kurus.

Petua 1 : Sarapan Pagi

Mungkin kita pernah dengar pepatah Inggeris menyebut

“Sarapan seperti raja, makan tengahari seperti putera raja. Makan malam seperti puteri raja.”

Mungkin kita tertanya-tanya kebenarannya?

Kajian saintifik terkini, terNOW dari Journal of Nutrition benarkan pepatah ini.

Kajian dijalankan ke atas 50,660 orang sepanjang tujuh tahun.

Orang yang ambil sarapan besar dan banyak lebih kurus.

Mereka lebih sihat. Kurang pula penyakit.

Kita biasanya ambil sarapan sedikit. Mungkin tidak ambil langsung.

Makan tengahari lebih banyak. Malamnya kita makan seperti raja.

Akibatnya perut makin berlapis.

Benjolan terbentuk sana sini. Pakaian ‘mengecil‘.

Hasil kajian, apabila mahu kurus, lakukan perkara berikut:

  1. 1
    Sarapan pagi, makan banyak.
  2. 2
    Jarakkan antara sarapan dan makan tengahari antara 5-6 jam.
  3. 3
    Makan malam pada waktu petang. Malamnya seolah berpuasa 12-13 jam.

Apabila bersarapan maka terbukalah ‘puasa‘ pada malam hari.

Cara di atas adalah RESEPI untuk KURUS dan SIHAT.

Kalau tak MAHU tak perlu AMAL.

Sihat itu jihad.

Boleh boleh?

Dah tahu tips sarapan, tapi nak makan apa?

Petua 2 : Tiga Makanan Cepat Kurus

Makanan-makanan berikut secara saintifik dapat kuruskan badan.

1. Epal dan Pear

Keduanya ada fiber yang tinggi. Punya kalori yang rendah. Sarat dengan Pectin.

Pectin apabila dimakan akan membentuk seperti gel di dalam perut. Punya kuasa kecilkan rasa lapar.

2.  Cili

Pedas pada cili dapat kurangkan rasa lapar. Dalamnya ada Capsaicin.

Ia tingkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme tinggi, tahap untuk menjadi JALUR LEBAR menurun.

3. Teh Hijau

Teh Hijau ada flavonoids yang bantu tingkatkan kadar metabolisme. Kita tidak akan memBESAR sebagai johan.

Amal yang tiga ini dahulu.

Kajian dapati makan 3 biji epal atau pear setiap hari kecilkan saiz pinggang dan kempiskan perut. Apabila ditambah dengan teh hijau pasti berganda nikmat turun berat badan.

Boleh cuba. Semuanya boleh dibeli harga mampu milik.

Petua 3 : Tiga Makanan Kurangkan Lapar

1. Kacang cerdik atau pistachio

Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan kismis.

2. Minyak zaitun

Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun. Kajian detail di jurnal saintifik American Journal of Clinical Nutrition.

3. Avokado

Inilah pemenang pertama. Kajian dah berkodi kodi. Tinggal nak buat tak nak buat jer.

Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Natural.

Jangan percaya. Buat jer.

Petua 4 : Lagi Makanan Turunkan Berat Badan

Kurus adalah impian. Ramai damba untuk kurus.

Perkataan yang meniti dibibir.

Harapan yang lama bersarang di hati. Pelbagai cubaan.

Asal ada produk kurus, pasti dicuba.

Mari cuba beberapa makanan berikut. Semuanya hasil dari kajian saintifik.

Dicuba secara klinikal.

1. Cuba Greek Yogurt.

Setiap cawan ada 23% protein membina otot.

Ditambah dengan kalsium semulajadi dan probiotik.

Cukup alasan untuk hilangkan lemak di perut.

Bacaan lanjut di European Journal of Clinical Nutrition.

2. Makanan whole grains


Ia hilangkan lemak di perut. Kurangkan Hormon Ghrelin – hormone lapar.

Kajian dari Pennsylvania State University dapati,

Diet ini apabila diambil selama 12 minggu berturut-turut turunkan berat badan sekurang-kurangnya 12kg.

3. Asparagus – Ada fiber prebiotic

Kurangkan kembung perut. Kurang berangin jadinya perut kita.

Dikenali dengan anti oksida yang tinggi terutamanya berkaitan dengan radang disebabkan meningkatnya berat badan.

Tak perlu pening tentang makanan.

Ambil makanan yang beri daya kurus yang tinggi.

Ia semulajadi. Mudah hadam.

Jom kurus!

Petua 5 : Ambil Makanan Yang Ada Butyrate

Perkataan ini asing. Sebutannya sukar. Tujuannya kurang diketahui.

Butyrate penting untuk kuruskan badan.

Ia teman sejati untuk usus. Hadirkan lebih banyak bakteria baik.

Dalam usus ada 100 juta neurotransmitter. Bahasa mudah fahamnya sel otak.

Faktor ini sebabkan usus dinobat sebagai otak kedua.

Butyrate terlahir dari proses fermentasi makanan tinggi fiber.

Contoh makanan tinggi fiber ialah barli, oat, beras merah dan bran.

Ini yang dilaporkan dalam Journal of Nutrition November 2010.

Mengambil buah buahan juga bantu tinggikan butyrate.

Buahan seperti oren, kiwi, epal. Sayuran berdaun hijau juga masuk dalam kategori sama.

Pisang yang belum masak ranum, butter dan ghee juga hadirkan butyrate.

Kajian obesiti pada tahun 2007 dapati, apabila butyrate menjadi sajian utama, berat badan mula menurun. Sekurangnya 10% dari berat asal.

Kunci utama ialah banyakkan sajian tinggi fiber.

Apabila masuk dalam perut, usus bahagia. Tidak lagi sakit.

Apabila usus bahagia, otak gembira.

Keduanya beri high five. Sakit tidak hampiri.

Berat badan ekstra terus menyepi.

Bukankah ini yang kita mahu. Sihat. Cantik. Cerdik. Lentik.

Petua 6 : Berdamping Dengan Omega-3

Mahu kurus cepat? Caranya mudah. Tingkatkan metabolisme badan.

Caranya? Ambil Omega 3.

Dalam kajian lain di International Journal of Obesity and Related Metabolism Disorder, Omega 3 dapat tingkatkan metabolisme tubuh.

Meningkat hingga 4% dalam masa sebulan. Jumlah yang perlu diambil ialah 6g sehari.

Dalam kajian lain pula di Applied Physiology and Nutritional Metabolism, ambil 3g Omega 3 sahaja sehari selama 6 minggu naikkan hingga 5.3% metabolisme tubuh.

Selain tingkatkan metabolisme, Omega 3 adalah FAT BURNER natural.

Bakar lemak tanpa kita sedari. Kata orang putih “its effortless.”

Omega 3 juga bantu turunkan rasa lapar.

Selera makan juga mengecil.

Maklumat ini didapati dalam kajian yang dimuat di Journal Appetite.

Contoh makanan ada OMEGA 3 ialah Avocado.

Juga yang dikenali sebagai SMART FAT.

Avocado kaya dengan lemak dan fiber.

Kajian dalam Nutrition Journal, ambil avocado waktu tengahari turunkan selera makan sehingga 5 jam.

Apabila kenyang tiada lagi jajan. Tiada kudap kudapan.

Boleh fokus terus pada kerja.

Lebih menarik lagi Avocado boleh kepiskan perut. Secara alami.

Apabila dicampur dengan senaman lagi MERECIK hasilnya.

Semestinya Omega 3 ini teman sejati otak. Sangat BAGUS untuk OTAK.

Tak boleh ambil avocado? Ambil Flaxseed atau ambil terus minyak ikan.

Menurut kajian dari American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of the International Society of Sports Nutrition,

Pengambilan minyak ikan turunkan lemak. Kesan diperoleh seawal minggu ke 6.

Amacam? Mahu kempis perut?

Mahu Fat Burner semulajadi?

Berdampinglah dengan Omega 3.

Petua 7 : Makan Pisang Untuk Rasa Kenyang

Teringat satu ketika. Heboh di Jepun. Pisang habis. Sukar di dapati.

Semuanya gara-gara kurus. Ada pendapat mengatakan pisang menurunkan berat badan.

Orang berpusu-pusu ke pasar. Tujuannya mahu beli pisang. Mahu kurus.

Pisang tidak ada kandungannya yang menurunkan berat badan.

Kelebihannya banyak. Kalori sikit. Makan pisang mengenyangkan.

Kalau perut saiz XXXL mungkin setandan baharu kenyang.

Umumnya dua biji pisang sudah mengenyangkan.

Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar. Bukan tua sebelum usia, makanlah pisang.

Pisang ada anti oksida. Membaik pulih organ dalaman.

Organ dalaman muda, yang luar ikut muda.

Mahu hadiri mesyuarat, baca buku atau buat pembentangan, Ambil pisang.

Ada kehebatan pada pisang. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak.

Ada fiber pada pisang. Diproses secara perlahan oleh sistem.

Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin.

Antara pisang ranum dan masak tetapi masih kehijauan, elakkan yang ranum.

Gula sedikit. Kanji kecil.

Mahu kawal tekanan darah, pisang boleh membantu.

Ada potassium. Membantu kesihatan jantung manusia dan buah pinggang.

Kajian dapati makan sebiji pisang waktu sarapan dapat tingkatkan mood sehingga separuh hari.

Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri.

Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.

Sudah panjang lebar cakap tentang makanan, beralih pada minuman pula.

Petua 8:Banyakkan Pengambilan Air

Air membersihkan tubuh dari dalam. Bantu buang toksin dari makanan yang kita ambil.

Air juga adalah sumber nutrisi untuk otak.

Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi.

Bukan salah bantal.

Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang.

Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air.

Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak.

Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik.

Air membekalkan oksigen kepada otak. Oksigen adalah nutrien penting untuk otak.

Minuman seperti kopi, teh dan yang lain-lain tidak termasuk dalan kategori air.

Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita.

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah.

Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza.

Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama.

Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter.

Tidak cukup untuk perempuan. Sangat kurang untuk perempuan.

Minum air mencukupi banyak faedahnya.

Ada antara kita yang selalu ‘terlupa” minum air.

Apps telefon pintar berikut boleh membantu Waterlogged atau Water Drink Reminder.

Minum banyak air meningkatkan sistem metabolism badan.
Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif. Membantu menurunkan berat badan.

Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum.

Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus.

Otak manusia adalah 80% air. Kurang ambil air sebanyak 2% sahaja beri kesan buruk pada otak. Antaranya:

  • Lemah konsentrasi
  • Menjunam short term memory
  • Menurun tahap alert atau siap siaga

Pastikan air cukup. Teh, kopi dan minuman berwarna tidak termasuk dalam kategori ini.

Mahu otak geliga bermesralah dengan air kosong.

Bangun pagi sahaja pastikan 500ml diminum dengan bangganya.

Air nutrisi penting untuk OTAK. Apabila terasa dahaga itu tanda OTAK mula hilang nutrisi.

Sebelum simptom dahaga muncul, hadirkan air.

Selepas makan dan minum, kita beralih ke poin tidur pula.

Petua 9 :Tidur Yang Cukup


Ya, tidur. Nak kurus kena tidur.

Tidur 5 jam atau kurang tambahkan lemak pada perut. Bentukkan air terjun ketika mandi. Kaki tidak basah jadinya.

Lemak pada perut atau visceral fat ini bahaya. Tempat toksin bertapa. Tunggu masa untuk merosak.

Pastikan cukup tidurnya. Tidur untuk sihat dan awet muda. Dan kurus. Bukan sekadar tutup mata.

Tidak cukup tidur menyebabkan obesiti. Puncanya ialah kesan tidak cukup tidur ke atas hormon lapar iaitu ghrelin dan hormon kenyang leptin.

Tugas ghrelin ialah memberi isyarat kita perlu makan.

Tidur tidak cukup menyebabkan otak melepaskan lebih banyak ghrelin.

Bayangkan ghrelin yang meningkat tiga kali ganda. Ia meminta dan merayu untuk makan.

Akhirnya kita mengalah. Bunyi keroncong pun mula dilagukan. Kita tinggalkan kerja.

Kita bergegas bangun mencari makan. Biasanya kita capai apa yang ada dahulu. Kudap-kudap dulu.

Andai sudah keluar ke gerai makan, semua makanan nampak menggiurkan. Nasi menimbun tinggi. Kuah banjir.

Makan dengan lahap. Laju. Air gelas besar.

Maklumlah lapar tahap dewa. Ini ghrelin punya angkara.

Leptin pula memberi klu perut sudah penuh. Mesti berhenti. Malangnya apabila kurang tidur, leptin berkurangan.

Kurang leptin menyebabkan kita terus makan. Walau sudah habis sepinggan. Bangun dan tambah lagi. Maklumlah leptin tidak ada untuk melarang dari berhenti makan.

Apabila kita makan tetapi tidak mampu berhenti itu tandanya ghrelin dan leptin di otak tidak stabil.

Apabila kita tidur lewat dan bangun pada waktu yang sama, kita membantu diri untuk MEMBESAR sebagai johan dan menjadi jalur LEBAR.

Apabila tidur cukup, hormone ghrelin stabil. Kita hanya lapar apabila sampai waktunya. Laparnya tidak melampau.

Apabila cukup tidur, leptin ada. Leptin akan arahkan untuk berhenti sebelum kenyang. Kita tidak akan tambah makan lagi.

Tidur memberi kesan kepada dua hormon penting yang mengawal makan di dalam otak. Kedua-duanya penting. Perlu stabil.

Kurang tidur menggemukkan. Cukup tidur boleh kurus. Yang mana satu pilihan kita?

Untuk dapatkan manfaat dari tidur, tidur mestilah berkualiti. Sudah terang dengan jelas caranya di kelas OCOC online, modul T =Tidur. Kelas untuk batch terakhir akan dibuka tak lama lagi.  

Tidur tidak cukup mengundang 7 petaka. Kurang tidur akan:
  1. 1
    Tingkatkan tahap kebodohan sebanyak 32%
  2. 2
    Kembangkan perut sebanyak 25%
  3. 3
    Tingkatkan kebarangkalian remaja menjadi perokok, ambil dadah dan arak
  4. 4
    Tuakan organ dalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dari usia sebenar
  5. 5
    Tinggikan hormone stress iaitu kortisol dan homocystein
  6. 6
    Beri ruang yang lebih besar untuk dapat hypertension, rambut beruban dan kulit kedut
  7. 7
    Sebabkan rumah kata pergi kubur kata mari

Tidur cukup jadi awet muda.

Ada lagi kelebihan tidur ni. Tidur tengahari pula. Orang kata Qailulah.

Mungkin Tuan Puan tak percaya dengan poin ini.

Kajian dari University of California, San Diego. Mereka dapatkan 19 sebab kenapa tidur tengahari atau siesta penting. Dikongsikan 5 dahulu.

  1. 1
    Tingkatkan on-the-job alertness sebanyak 100%. Bayangkan kalau pekerja dan pelajar lebih alert. Bukankah prestasi lebih baik.
  2. 2
    Fikiran jadi lebih tajam. Keputusan lebih baik. Pertimbangan lebih saksama.
  3. 3
    Turunkan berat badan dengan mengubah sistem metabolisme. Juga betulkan bahan kimia yang pengaruhi selera makan.
  4. 4
    Lahirkan sel kulit baharu. Kelihatan lebih muda. Lebih anggun.
  5. 5
    Mood jadi lebih baik. Lebih ceria. Senyum menguntum di bibir. Orang pun suka

Bukankah dalam Islam juga galakkan Qailulah? 

Sudah terangkan tentang makan, minum, dan tidur. Beralih ke aktiviti pula.

Petua 10 : Bersenam

Senaman penting. Diet tanpa senaman tidak membawa ke mana.

Ramai yang bersenam setelah pulang kerja. Lebih buruk apabila bersenam waktu malam.

Waktu mana yang sesuai?

Waktu pagi lebih sesuai kerana hormon yang keluar seperti endorfin dan serotonin boleh bantu bina semangat.

Semangat untuk teruskan usaha diet.

Motivasi tinggi. Kerja lebih berprestasi.

Kajian dari jurnal saintifik Progress in Cardiovascular Disease. Berlari dua jam seminggu panjangkan umur sebanyak 3.2 tahun.

Tidak perlu berlari pantas. Tidak perlu berlari jauh. 5 minit sehari sudah mampu jauhkan penyakit jantung dan kematian mengejut.

Kajian ini diterbitkan beberapa bulan lepas. Masih baharu dan panas.

Bersenam bagus. Perlu hari-hari. Diperlukan oleh otak dan tubuh.

Bersenam untuk sihat. Kurus itu bonus. Diet perlu diteliti. Rehat dan tidur perlu diamati.

Ada pelbagai jenis senaman. Mulakan dengan berjalan. Mulakan dengan aktiviti warm up.

Berlari boleh sebabkan sakit tubuh. Otak akan rekod kesakitan. Esoknya otak keluarkan alasan.

Tidak perlu jogging sebab jogging undang kesakitan.

Kita pun berhenti. Senaman jadi projek terbengkalai lagi.

Senaman seperti makan. Selagi kita makan selagi itu perlu bersenam. Perlu sokmo sokmo.

Mulakan sedikit. Biar berterusan.

Jika tak mahu buat seorang, mulakan dengan pasangan, atau kawan. Akan ada sokongan.

Boleh boleh?

Nak share lagi kebaikan bersenam. Berjalan kaki:

  1. 1
    Berat badan menurun. Tubuh jadi ringan. Kesihatan meningkat.
  2. 2
    Kreativiti meningkat sebanyak 60% ikut kajian dari Stanford University.
  3. 3
    Kurang risiko diabetes sebanyak 50%. Ini hasil kajian dari University of Leicester.
  4. 4
    Kurangkan risiko kanser sebanyak 34%.
  5. 5
    Kurangkan kesan sakit lutut, pinggul dan ankel sebanyak 26%. Ini kajian University of Wisconsin.
Pendek kata senaman seMUDAH berJALAN KAKI amat BAGUS. Banyak sangat kesan. Paling best sekali ialah bab TURUN BERAT BADAN.

Untuk tips senaman, buat regangan ringan. Regangan penting. Elak dari terus slow jog atau brisk walk tanpa regangan. Lagi 8 tips boleh baca disini: https://neuroversiti.com/9-tips-senaman/

Berjalan laju. Saya pastikan 1km bawah 10 minit. Baharu akan rasa kelainan, lebih power.

Selain kelebihan yang diberi diatas, berjalan juga dapat tumbuhkan sel otak baharu di pusat memori. Mahu jadi pemilik memori hebat, tidak nyanyuk di hujung usia rajin rajinlah berjalan.

Boleh rujuk di Proceedings of the National Academy of Sciences. Kajian yang dibuat tahun 2011 dapati orang dewasa yang berjalan 40 minit 3 kali seminggu hasilkan sel otak baharu. Bahasa neurosains ialah neurogenesis.

Poin-poin diatas semua tentang apa perlu dibuat. Kita beralih ke apa yang perlu dielak.

Petua 11 : Elakkan Gula Putih

GULA PUTIH juga BESARkan BADAN. Ikut kajian 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia jadi obes. Terkena penangan GULA PUTIH. Jangan masuk dalam statistik itu.

Ikut kajian juga lebih dari 85% lelaki "mengandung". Penangan GULA PUTIH juga.

GULA PUTIH juga tonik kepada sakit kepala, migraine, cyst, anxiety, depression.

Oh ya. GULA PUTIH LEMBABKAN OTAK.

Malan malam nanti, semak makanan dan minuman apa kita ambil.

Boleh boleh?

Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI gula putih. KANSER memBESAR dengan GULA PUTIH.

Gula putih juga rosakkan kulit. Sudah diterangkan dalam artikel sebelum ini: 5 Tips Kulit Cantik & Awet Muda 

Ada lagi tips lain. Kita kumpulkan semua di poin seterusnya.

Nak Tips Lagi?

Sebelum ini, sudah banyak kongsikan tentang kurus. Selain 11 tips wajib diatas, tips-tips sunat dibawah ini perlu juga diamalkan. 

  1. 1
    Berhenti ambil processed food
  2. 2
    Jauhi fast food
  3. 3
    Banyakkan makanan berserat
  4. 4
    Ambil smart fat seperti avocado, minyak kelapa, yogurt, minyak zaitun
  5. 5
    Katakan tidak pada makan bergoreng - deep fried
  6. 6
    Kurangi jajan. Bawa bekal
  7. 7
    Masak denga cara sihat di rumah seperti stim, bakar dan rebus
  8. 8
    Awalkan sarapan pagi
  9. 9
    Jauhi tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal
  10. 10
    Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.
Tips kurus menjadi bahan bacaan penting untuk wanita. Abam-abam juga ada yang mencari. Jika sebelum ini ada rakan-rakan yang selalu cari produk kurus, boleh tolong share tips ini pada mereka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Cara “WOW”kan Otak

7 Sleep Hacking Untuk Dapatkan Tidur Nyenyak