Ini 6 Tips Makan Daging Dengan Sihat & Selamat

Ada gout, ada asma, ada anemia?

Tapi kepingin juga lah nak merasa makan daging.

Haa! Jangan risau.

Ini tips nak makan daging bagi yang ada masalah di atas.

 

1. JAUHI DAGING YANG DIPROSES

Alaa yang macam daging burger, nuget, sosej, pepperoni yang diawet tu.

Terutama bagi penghidap asma. Jangan cari pasal.

 

2. POTONG KECIL & REBUS DAGING

Tahu tak?

Daging lembu yang dipotong kecil, dibasuh dan direbus.

Boleh bantu turunkan jumlah Purine, penyebab utama gout sebanyak 20% ke 25%.

Lagi satu, daging jangan dimasak lama sangat.

Konon nak bagi empuk.

Daging terlampau lama dimasak boleh hasilkan lebih banyak Purine.

 

3. BERPADA MAKAN DAGING MERAH

Esok jangan lupa kawal kuantiti daging dan kuah di atas pinggan anda.

Kena ingat!

Kandungan Purine lebih tinggi berbanding daging putih seperti ayam.

Kuah daging pun sama. Purine tadi boleh meresap masuk ke dalam kuah.

Jangan dok banjir sangat kuah tu.

4. JAUHI ORGAN DALAMAN

Ni kalau ada masalah gout kena take noted.

Organ dalaman haiwan seperti paru, hati, limpa kalau boleh elakkan.

Sebab tinggi Purine. Kang makin perit mencucuk.

 

5. KAWAL KOLESRTEROL

Kalau ada kolesterol tinggi tapi nak makan daging.

Ambil MCT oil sebelum makan daging.

Makan daging bersama ulam atau sayur-sayuran berdaun hijau gelap.

Lepas makan daging, ambil salah satu berikut:

– MCT oil

– Barley

– Jus oren

– Air rendaman halia

– Air rendaman bawang putih

 

6. DAGING ATASI ANEMIA

Kalau anemik, boleh ambil daging dalam jumlah mencukupi.

Sesuai dengan keperluan tubuh.

Tapi kurangkan yang berkuah berlemak atau bergoreng.

Ambil daging bersup atau rebus.

Janga lupa SHARE kepada mereka yang tersayang.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Tips Elak Sakit Tulang Belakang (Pinggang)

Ini PUNCA Rambut Beruban Di Usia Muda!

Mandi Terlalu Lama Boleh Jejaskan Kesihatan Kulit!

10 Fakta Menarik Tentang Jantung!

Scroll to Top
0