8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Cuba check gigi sendiri.

Rajin gosok gigi? Tapi kenapa masih ada plak melekat?

Gusi senang berdarah tiap kali gosok?

Kenapa gigi berlubang?

Bila berlubang, bau pun tak senang?

Gigi penting untuk kunyah makanan nak bagi betul-betul hadam.

Sebab itu gigi perlu dijaga dengan sebaiknya.

Agar gigi kekal sepanjang hayat. 

Tapi sayangnya😔

Ramai abaikan tanggungjawab jaga kebersihan gigi.

Dah lah makanan tak dijaga,

Malas pula gosok gigi. 

Nak buat pemeriksaan gigi 2 kali setahun.

Akhirnya, muda muda lagi tapi gigi dah rosak & reput.

Tabiat jaga gigi perlu diajar sejak daripada kecil.

Gigi kena gosok setiap hari,

Selepas bangun tidur, selepas makan & sebelum tidur.

Selain konsisten gosok gigi,

Kena kurangkan pengambilan makanan atau minuman tinggi gula.

Selain berfungsi untuk aksesori iaitu gigi mengindahkan lagi senyuman,

Dan tak dinafikan, 

Beri perubahan ketara terhadap rupa paras.

Walaupun muka tak cantik sangat, tak hensem sangat.

Biasa biasa saja, tapi kalau gigi elok terletak,

Fuhhh lain maciam manis senyuman😄

Gigi juga diperlukan agar pertuturan lebih jelas & mudah difahami.

Gigi bantu lidah dalam membentuk sebutan sesuatu huruf.

Gigi susu contohnya,

Sangat penting untuk membentuk tulang rahang dengan betul.

Ini 7 tips penting nak jaga kesihatan gigi & gusi:

    • Berus gigi 3x sehari
    • Berus guna kaedah betul
    • Bersihkan celah celah gigi
    • Guna pembersih gigi bebas alkohol
    • Buat pemeriksaan gigi 2x setahun
    • Banyakkan makan sayur & buah
    • Kurangkan kunyah makanan keras

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Scroll to Top