Nak Kekalkan Motivasi Bersenam? Jom Baca 7 Tips Mudah Ini!

Rata-rata dari kita tentunya sudah sedia maklum tentang manfaat yang bakal diperoleh dengan bersukan dan beriadah.

Tidak hanya dapat menurunkan berat badan, bersukan juga mampu memberi tenaga, menaikkan mood, meningkatkan kualiti tidur, dan membantu mengurangkan stres(1)

Ianya juga memberi kesan yang sangat positif kepada otak (2).

Tetapi, untuk mengekalkan tabiat bersenam, kita memerlukan “mindset” yang betul dan juga pendekatan yang sesuai.

Hal ini adalah sangat penting. Tidak kiralah berapa umur dan juga tahap kecergasan anda.

Walaupun anda mungkin tak pernah bersukan atau baru berjinak-jinak mahu mengamalkan gaya hidup sihat, adanya mindset yang betul ini tentunya dapat membantu anda kekal bermotivasi.

"Nak tahu berita gembira?"

Sebenarnya ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk menjadikan amalan bersukan sebagai gaya hidup yang kekal.

Cara menjadikan senaman sebagai tabiat yang kekal.

Semua orang tentunya mengimpikan tubuh badan yang menawan sepanjang masa bukan? Terutama ketika menjelangnya musim perayaan. Contohnya seperti waktu Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya. 

Tentunya ramai yang membuat persiapan untuk menurunkan berat badan. Yalah, anda mestilah mempunyai keinginan untuk tampil sebaik mungkin di hadapan umum. 

Anda sebenarnya bukan tak mampu.

Mengikut kajian sains, terdapat cara yang betul untuk membina tabiat baru yang kekal (3).

Ikuti langkah di bawah jika anda mahu jadikan senaman salah satu daripada tabiat yang kekal dalam hidup anda.

1. Mulakan dengan langkah kecil dan kekalkan momentum 

Mungkin anda di antara anda yang menetapkan matlamat tersendiri dalam program kecergasan anda. Sebagai contoh, anda mungkin telah menetapkan untuk bersukan selama 30 minit sehari sebanyak 5 kali seminggu.

Tentu saja perancangan tersebut kedengaran bagus.Tapi, adakah anda sedar tahap komitmen yang anda sedia curahkan untuk kekal mengikuti jadual tersebut?

Semakin besar matlamat anda, anda sebenarnya akan lebih cenderung untuk gagal memenuhi matlamat tersebut.

Pada akhirnya, ianya mungkin akan membuatkan anda mudah berputus asa.

Bukankah lebih baik jika anda dapat mulakan dengan matlamat senaman yang mudah dan anda yakin dapat capai.

Apabila anda sudah dapat mencapai matlamat kecil tersebut, anda akan dapat membina keyakinan dan momentum yang statik

Menjadikan lebih mudah untuk anda bertukar kepada matlamat lebih sukar dan mencabar.

2. Cipta pencetus automatik

Pencetus merupakan kunci penting untuk berjaya jika mahu membina kebiasaan bersenam.

Secara umumnya, kajian menunjukkan bahawa senaman yang paling konsisten bergantung kepada kunci ini (4). Pencetus dalam pendekatan mudahnya merupakan suatu peringatan.

Contohnya waktu, masa, ataupun sesuatu isyarat yang dapat mencetuskan reaksi automatik. Ianya berkait rapat dengan rutin yang anda lakukan setiap hari.

Sebagai contoh, apabila jam loceng dimatikan, anda capai kasut sukan di bawah katil, dan terus keluar mulakan langkah di taman. Ataupun sebaik sahaja waktu pejabat tamat, anda terus hentikan kerja dan bergegas ke gim.

Kebiasaan yang dijalankan setiap hari ini akan menjadi pemicu automatik yang akan membantu anda kekalkan momentum untuk kekal cergas dan sihat.

3. Beri Ganjaran pada Diri

Apabila seseorang mula bersenam, secara tidak langsung dia bakal mendapatkan manfaat seperti menjadi lebih bertenaga dan mendapat tidur yang baik. Kualiti hidup individu terbabit juga akan turut meningkat (5). 

Walaubagaimanapun, hasilnya hanya dapat dilihat selepas beberapa tempoh yang lama. Jadi, terdapat kebarangkalian untuk anda hilang motivasi di pertengahan jalan.

Untuk mengelakkan ianya berlaku, apabila anda memulakan sesuatu program senaman, tetapkan ganjaran yang akan anda peroleh sekiranya matlamat kecil anda tercapai. 

Pilih sesuatu yang anda suka dan ingin dapatkan, tapi jangan lakukannya sebelum anda selesai melakukan rutin senaman.

Ianya boleh menjadi sekecil-kecil dan semudah mungkin. Contohnya mungkin dengan hanya mendapatkan mandian panas yang hangat ataupun secawan kopi kesukaan anda.

Mudah bukan? Pastikan anda dapatkannya hanya setelah selesai melakukan rutin senaman.

4. Pilih aktiviti yang boleh membuatkan anda gembira dan yakin

Jika rutin senaman yang dilakukan kurang menyenangkan bagi anda dan sangat sukar untuk dilakukan, kemungkinan besar rutin tersebut tidak akan bertahan lama.

Jangan pilih aktiviti seperti berlari ataupun angkat berat di gim kerana anda berasa ianya perlu dilakukan.

Contohnya, apabila anda melihat artis kesukaan anda kerap ke gim untuk melakukan rutin senaman mereka, anda terus memutuskan untuk melakukan aktiviti seperti itu juga untuk mendapatkan badan seperti mereka.

Sebaliknya, lakukanlah aktiviti yang sepadan dengan gaya hidup, kebolehan dan citarasa anda.

5. Pastikan anda kekal konsisten

Tentunya sangat mudah untuk anda ungkapkan dialog di bawah.

“ Tak apa, saya telah melakukan ini selama lima hari….. Jadi, mungkin saya boleh berehat hari ini!”

 Tapi anda perlu sedar bahawa hal ini akan menyukarkan anda dalam membentuk amalan baru.

Kunci untuk kekalkan momentum anda hanyalah dengan konsisten. Jadi, cuba untuk kekalkan selama yang boleh.

Macam mana pula jika kitaran tersebut rosak? Contohnya anda terlepas untuk bersenam sehari dengan alasan tak sempat pada hari yang sibuk.

JANGAN BIMBANG! Jangan mudah berasa kecewa dan mudah berputus asa.

Semua orang melakukan kesilapan, dan pembentukan tabiat merupakan satu kemahiran yang memerlukan latihan.
Cuba mulakan semula cabaran 30 hari anda, dan cuba kenalpasti halangan yang utama yang menghalang anda dari terus komited.

Pastikan anda bersedia dengan lebih baik pada kali ini.

6.Jadikan ia menyeronokkan

Jika anda bersenam cara biasa, tanpa apa-apa aktiviti sampingan yang boleh menaikkan mood anda, tentunya anda akan mudah berasa bosan. Fokus anda akan lebih tertumpu  kepada kesakitan yang anda alami daripada senaman tersebut.

Lama-kelamaan ianya akan membuatkan anda hilang mood untuk teruskan amalan bersukan.

Cuba jadikan rutin senaman sesuatu yang lebih menyeronokkan dengan menggabungkan aktiviti senaman dengan sedikit hiburan.

Sebagai contoh, anda boleh bersenam sambil mendengar lagu kegemaran anda. Anda  juga boleh menonton rancangan kegemaran anda ketika sedang menaiki mesin treadmil. 

7. Berdua lebih baik

Orang dulu-dulu selalu berpesan, 

“Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”

Mempunyai sistem sokongan sepanjang melakukan aktiviti senaman tentunya jauh lebih baik. Ianya akan membantu anda meningkatkan motivasi untuk kekal bersenam.

Terdapat banyak komuniti kecergasan dalam talian yang anda boleh sertai . Anda juga boleh bersenam bersama rakan-rakan sama ada secara berdepan ataupun secara maya menggunakan aplikasi kecergasan. 

Dengan menggunakan aplikasi yang ada, anda juga boleh menjejak tahap kemajuan anda dan membandingkan prestasi anda dengan rakan-rakan lain.

Jika anda mempunyai keluarga bersama anda, ianya akan menjadi lebih baik. Boleh jadikan rutin mingguan untuk bersama keluarga. Banyak cara untuk melakukan aktiviti senaman bersama.

Tambahan pula, anak anak akan mudah ikut contoh yang baik ini. Tentu amalan gaya hidup sihat sebegini dapat memberi banyak manfaat dalam kehidupan mereka apabila menginjak dewasa kelak. Di samping menyihatkan tubuh badan, aktiviti seperti ini juga dapat meninggalkan memori berharga bersama ahli keluarga tersayang.

Rujukan:

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top