TIPS MUDAH TIDUR DI TEMPAT BAHARU

Tips Mudah Tidur Di Tempat Baharu

Pernah masuk tempat baharu dan susah tidur pada malam pertama di situ?

Atau bermalam di hotel dan sukar untuk lelapkan mata? Soalnya kenapa?

Kajian ke atas otak manusia gunakan fMRI berikan jawapannya. Kajian dilakukan pada tahun 2016.

Pengkaji dapati apabila berada di tempat baharu otak jadi sibuk.

Kenapa pula sibuk? Bahagian mana yang sibuk?

Ya, otak jadi sibuk amati pastikan keselamatan. Otak mahu pastikan bebas dari bahaya. Bahagian yang aktif ialah amygdala - polis dalam kepala.

Ini puncanya kita jadi tidur tidur ayam. Tidak jerap tidur. Asyik terjaga.

Soalnya bagaimana atasi?

Senang sahaja. Lakukan rutin seperti dalam bilik tidur sendiri. 

Kalau di rumah atas katil ada longgokan kain, longgoklah kain atas katil. Biar mata menangkap imej yang sama.

TIPS MUDAH TIDUR DI TEMPAT BAHARU

Kalau di rumah susunan bantalnya bertindan, maka ubahlah susunan bantal seperti di rumah.


Poinnya ialah lakukan aktiviti atau wujudkan suasana seperti di rumah.

Mandi juga boleh bantu. Mandi malam tidak sebabkan paru paru berair. Mandi dapat turunkan suhu badan. Bantu hormon tidur keluar.

Cuba lakukan. Nikmati hasilnya.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti .

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini 32 Makanan Diet Turunkan Berat Badan!

7 Manfaat Lemon Untuk Kesihatan Jantung

5 Tanda Awal Parkinson Ramai Tak Sedar!

Ini 6 Resepi Minuman Terbaik Untuk Buah Pinggang!

5 Kesan Kurang Tidur Terhadap Kesihatan Kulit Ramai Tak Sedar!

Ini 5 Kesan Guna Fon Telinga Terhadap Fungsi Otak

Scroll to Top