5 Tips ‘Power Napping’ Anda Boleh Cuba Buat

Mungkin tidak ramai orang yang mengetahui,

Bahawa tidur sebentar waktu tengahari merupakan suatu amalan yang dipraktikkan oleh masyarakat Barat.

Mahupun umat islam sejak dahulu lagi.

Tidur waktu tengahari dapat menyegarkan semula badan dan minda.

Yang dipanggil sebagai power nap.

Bagi golongan yang bekerja,

Kesan tidur tengahari bantu mereka lebih produktif dalam menyelesaikan suatu tugasan.

Bayangkan daripada pagi hingga ke petang.

Kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa.

Untuk berikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Paling power ada kajian dibuat tidur tengahari dapat tingkatkan prestasi otak sebanyak 25-35%. Power ke power?

Persoalannya bagaimana kita mahu mendapatkan power nap?


1. Don’t Power Nap If You Are Not Tired Enough

Saya biasanya tidur kira-kira sekitar 10-15 minit pada tengahari.
Ianya berbeza untuk setiap orang. 
10–15 bagi saya sebenarnya cukup banyak.
Sekiranya saya tidak cukup letih,
Saya biasanya berjalan kaki (brisk walk) selama 15 hingga 20 minit.

2. Make It Quick

Saya biasanya akan tetapkan 'alarm'  telefon selama 25 minit.

Saya akhirnya tidur antara 10-15 minit.

Mengunci 'alarm'  bebaskan kita daripada berfikir untuk bangun tepat pada waktunya.

Oh ya, terlebih dahulu tukarkan mode telefon anda kepada 'airplane mode'

Supaya tidur anda tidak diganggu dari gelombang OTAK Alpha


3. Make It Short

Jangan tidur lebih dari 30 minit. 

Jika tidur lebih daripada 30 minit, anda tidak akan dapat power napping.

10–15 minit sangat sesuai untuk saya. 20 minit menyukarkan saya untuk bangun.

Tidur yang berlebihan akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan.

Yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

 

4. Go Pitch Black

Tidur di bilik gelap atau memakai topeng muka. 

Jika anda tidur pada siang hari.

Dan mendapati bahawa cahaya yang terang halang keupayaan anda untuk tidur.

Memakai cermin mata hitam atau menggunakan topeng mata mensimulasikan kegelapan. 

Ini akan membantu anda untuk tidur lebih cepat.

Gelombang dan cahaya lampu menganggu otak.

Yang pertama beri gangguan pada gelombangan otak.

Cahaya pula ganggu hormone tidur. Nafikan hormone tidur bernama melatonin dari keluar.

Lebih menakutkan bukan sekadar gangguan pada kualiti tidur.

Tidur dibawah cahaya lampu dikaitkan dengan kanser, diabetes, hipertensi dan penyakit jantung.


5. Be Comfortable But Not Too Much

Tidur di atas katil yang selesa menjadikan kita sukar untuk bangun.

Saya biasa tidur di kerusi saya.

Meletakkan kepala saya di atas meja dengan tangan saya disilangkan.

Ia tidak begitu selesa.

Sekiranya sudah terbiasa, anda mampu latih badan anda untuk dapatkan ‘power napping’

Sekaligus menjadikan anda lebih mudah untuk tidur.

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0