5 Tips Tingkatkan Produktiviti Kerja

Kadang-kadang kita rasa tak kuat, letih,

putus asa nak buat kerja yang bertimbun.

Sebab apa kita rasa macam ni?

Sebab penat mental

Tuan/Puan,

Kita mungkin pernah hadapi tekanan kerja,

pening kepala dengan sikap rakan sekerja,

atau mungkin juga masalah teknikal yang

menjadikan kita kurang produktif???

Bagaimana nak memulih semula otak untuk

tingkatkan produktiviti harian kita?

 

Dengan tips mudah ini,

Kita boleh mengasah semula fokus dan

menyiapkan kerja dengan lebih efisien.

i. Tetapkan Matlamat yang Jelas

Tuan/Puan,

Ini adalah tips utama yang mesti

kita lakukan sebelum mula bekerja.

Rancang tugasan harian sebaik mungkin

Apabila kita tetapkan matlamat yang jelas,

kita akan lebih fokus pada perkara penting

dan boleh mengelak sebarang kekeliruan.

Tetapi!

Tuan/Puan kena pastikan setiap matlamat

adalah spesifik dan realistik untuk dicapai dalam

tempoh masa yang ditetapkan.

 

ii. Lakukan Senaman Ringan

Sebelum memulakan kerja,

kita boleh lakukan senaman fizikal seperti;

Memanaskan badan atau berjalan kaki

selama 20 minit sehari.

Bersenam dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak

Jadi,

Apabila Tuan/Puan lakukan

senaman sebegini secara konsisten,

ia dapat membantu mengurangkan keletihan

dan ketegangan badan.

 

iii. Bina Jadual Kerja

Tahukah Tuan/Puan?

Masa adalah sesuatu yang sangat

berharga dalam kehidupan manusia.

Tidak kira kita kaya atau miskin,

tua atau muda?!

Kita semua mempunyai waktu yang sama

dalam tempoh sehari.

 

Disebabkan itu,

Tuan/Puan disarankan untuk bina jadual kerja sendiri

untuk bahagikan masa dengan sebaiknya.

Dengan adanya jadual kerja,

Seseorang individu dapat mengetahui lebih jelas

tugas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu

atau tempoh yang telah ditetapkan.

Berjaya seseorang individu adalah disebabkan pengurusan masa yang betul

Sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dalam kehidupan seharian

Pernah tak dengar?

Pepatah Arab ada berpesan;

Masa ibarat pedang yang dapat membunuh kita tanpa kita sedari

Jadi terpulanglah pada diri kita sendiri,

sama ada ingin membuat jadual kerja dengan teratur

atau masa anda akan terbuang begitu saja?

 

iv. Utamakan Tugasan Paling Penting

Mulakan hari dengan menyusun senarai

tugas mengikut keutamaan atau

yang memerlukan tumpuan yang lebih tinggi.

Jangan biarkan kerja yang penting terbengkalai kerana ianya boleh memberi kesan yang negatif kepada produktiviti kerja

Apabila kita menyiapkan kerja

yang paling sukar terlebih dahulu,

ia dapat membantu kita menyelesaikan

tugas-tugas lain dengan lebih cepat dan efisien.

 

v. Appreciate Yourself (Hargai Diri)

Tahu tak, Tuan/Puan?

Ganjaran ni tidak semestinya datang dari

majikan atau rakan sekerja.

Ianya boleh datang dari diri kita sendiri.

 

Beri penghargaan kepada

diri sendiri sangat penting atas

prestasi kerja yang telah kita selesaikan.

Hargai diri kita dengan memberi ganjaran seperti;

membeli makanan, minuman atau barangan yang kita sukai.

Beri penghargaan kepada diri sendiri boleh merembeskan hormon dopamin yang akan membuatkan kita berasa lebih bermotivasi untuk bekerja keras kearah matlamat sebenar

Anda Juga Mungkin Berminat

Ketuat – Normal Atau Sebaliknya?

Azam 2025 – Bukan Sekadar ‘Upload’ Status Di Medsos

5 Tips Tingkatkan Produktiviti Kerja

Rugi Jer Diet Kalau TIDUR TAK CUKUP

Dengki Atau Benci? Ini 8 Kesannya Kepada Kesihatan

9 Kesan ‘Purring’ Kucing Kepada Kesihatan

Scroll to Top