in

12 Tips Mudakan Otak

Apabila otak lebih muda dari usia, kelajuannya akan meningkat.

Harvard Medical School beri 12 tips mudakan otak.

1. Get Mental Stimulation. 

Caranya ialah membaca. Selesaikan puzzle. Melukis juga boleh mudakan otak.

2. Senaman. Bersenam tingkatkan aliran darah ke otak.

Cara mudah bersenam ialah berjalan kaki. Mulakan secara berperingkat.

Hari pertama berjalan 10 minit. Berjalan laju.

Hari kedua tambah 2 minit lagi. Hari ketiga tambah lagi dua minit.

Begitulah seterusnya hingga masa senaman mencecah 30minit.

3. Baiki Diet – nutristi yang baik bantu tingkatkan prestasi otak.

Jauhkan risiko penyakit seperti alzheimer dan dementia. Banyakkan sayur dan buah.

Tinggikan pengambilan makanan lemak sihat seperti minyak kelapa, avocado, butter (pastikan butter sebenar) & minyak zaitun.

4. Jaga emosi – terlebih stres, murung atau resah ganggu prestasi otak.

Masalah pada memori akan mula terasa. Lupa menjadi isu utama.

5. Bina sokongan sosial – otak manusia adalah social brain.

Membina hubungan baik dengan orang sekeliling adalah sangat baik untuk kesihatan otak.

Hubungan yang dimaksudkan di sini ialah hubungan bersekemuka.

Hubungan real bukan hubungan digital di dalam media sosial.

6. Kawal tekanan darah. Tekanan darah tinggi ganggu prestasi otak.

Tekanan darah tinggi boleh sebabkan strok. Antara punca lonjakan tekanan darah ialah stres.

Tangani stres dengan bijaksana.

7. Jaga kandungan gula dalam darah. Gula yang tinggi dalam darah hadirkan natijah buruk pada otak.

Selain lembabkan kelajuan otak, lebihan gula dalam darah akibatkan kematian pada sel-sel otak.

Memandangkan 85 ribu sel otak mati setiap hari secara semulajadi, kita tidak perlu bantu cepatkan atau tambah derita pada otak.

8. Jaga kolesterol. Peningkatan kolesterol jahat adalah tanda hampirnya malapetaka.

Tinggi kolesterol dikaitkan dengan dementia.

Harus buat ujian 6 bulan sekali untuk tahu kadar kolesterol dalam tubuh.

9. Jauhi rokok samada sebagai penghidap atau penghidu asap sekunder.

Ada kajian yang kaitkan merokok dengan vascular dementia.

10. Jaga kepala. Aspek ini selalu diabaikan.

Hentakan kecil pada kepala boleh sebabkan luka calar pada otak.

Walau calar itu halus, kesannya boleh ubah personaliti seseorang.

Permainan yang libatkan tandukan perlu dihentikan, memakai helmet keselamatan ketika menunggang motosikal dan basikal perlu diutamakan.

11. Pelihara emosi. Emosi yang tidak stabil dikaitkan dengan prestasi otak yang merudum.

Perlu semak suhu emosi setiap masa.

Semak juga psychological state atau keadaan psikologi kita.
.
12. Pastikan oksigen cukup pada otak.

Manusia perlukan 96% oksigen di dalam tubuh pada setiap masa.

Oksigen hadir melalui pernafasan dan air. Pastikan air cukup.

Pastikan kita bernafas secara mendalam atau deep breathing dengan kekerapan yang tinggi.

Otak kita tanggungkawab kita.

Jom mudakan otak kita.

Boleh boleh ?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Warna Dan Otak

Pantang Jumpa !