5 Tips Untuk Kulit Jadi Cantik

Pagi tadi terdengar bicara ini. Topik utama pelajar wanita mungkin.

Hebat perbincangan mereka sehingga saya yang berkunci di dalam bilik pun dapat dengar.

Namun rata rata bicara masih sekitar aspek luaran.

Apa yang perlu disapu. Produk apa yang bagus diletak.

Tiadapun bicara tentang aspek dalaman.

Apa yang perlu diambil untuk hasil kulit lebih anjal, licin seperti baharu diseterika serta berseri.

Mahu sahaja saya keluar dari bilik dan beri syarahan perdana tentang kulit.

Saya terus sabar. Seronok juga sekali sekala menadah telinga tanpa diundang ini.
.
Mahu tahu kunci dan rahsianya?

Apa yang BAIK untuk OTAK baik untuk KULIT.

Tipsnya seperti berikut:

1- Ambil buah tinggi vitamin C dan vitamin E.

keduanya bertindak sebagai anti oksida.

Kajian dalam jurnal Experimental Neurology dapati pengambil sayur yang punya vitamin C dan E seperti bayam.

Ia halang dari berlakunya kesan neurodegeneratif, radikal bebas dan ketidakstabilan molekul.

2. Banyakkan makanan berserat tinggi.

Keledek adalah contoh makanan berserat tinggi. Sayur sayuran juga termasuk dalam kategori ini.

Menurut kajian di Journal of American College of Nutrition pengambilan makanan tinggi fiber seperti keledek bantu lambatkan proses penuaan.

Kulit terus muda.

3. Elakkan makanan karbohidrat ringkas.

Karbo ringkas tukarkan makanan kepada gula yang sepatutnya berikan tenaga.

Apabila tenaga tidak digunakan ia bertukar menjadi lemak.

Pengambilan makanan ringan yang tinggi bahan pengawet sebabkan toksin berkumpul di lemak yang terkumpul.

Toksin sebegini sebabkan keradangan di dalam sistem tubuh. Jerawat contohnya ada by-product dari toksin yang bersembunyi di lemak.

4. Banyakkan pengambilan air kosong.

Air bergula, berperisa tidak termasuk dalam kategori ini.

Air membersihkan tubuh dari dalam. Bantu buang toksin dari makanan yang kita ambil.

Air juga adalah sumber nutrisi untuk otak.

5. Elakkan gula – manis yang kedutkan kulit dan penambah jerawat pada wajah.

Sangat buruk untuk Otak. Gula hapuskan collagen di dalam kulit.

Natijahnya kulit jadi gelebeh dan berkedut.

Keindahan dari dalam serlahkan kecantikan luaran.

CANTIK OTAK maka CANTIK KULIT.

Matematiknya mudah.

Boleh boleh ?

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top