Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Raikan orang kelainan upaya. Jangan sisihkan mereka.

Mereka punyai kesaksamaan hak & peluang yang sama seperti orang lain.

Jangan pandang mereka sebelah mata atau dengan simpati.

Kerana ada di antara mereka yang punyai ‘kebolehan istimewa’ yang tiada pada orang dianggap ‘normal’.

Kebolehan istimewa ini boleh dicanai, diasah & digilap untuk bantu mereka dalam kehidupan harian.

Antara nama yang cukup dikenali di Malaysia:

 

1. Profesor Dr. Ismail Salleh

Nama beliau telah tercatat di Guinness Book of Record,

Sebagai orang cacat penglihatan yang pertama peroleh ijazah kedoktoran (PhD)🎓

Beliau juga berjaya menjadi Senator Pakar Ekonomi OKU pertama di Malaysia.

 

2. Tuah Atan

Iaitu peguam OKU yang punyai 2 buah firma guaman.

Beliau dilahirkan tanpa kedua belah kaki & cacat tangan kiri.

Beliau bekas graduan Universiti Malaya dalam bidang undang-undang.

Dan berjaya menggubal akta OKU di negara ini.

Bagi memartabat & memperkasa lagi golongan senasib dengannya.

 

3. Azarin Razali

Beliau menghidap penyakit radang saraf tunjang yang menyebabkan lumpuh.

Usahawan OKU yang berjaya hasilkan kerusi roda motor pertama di Malaysia.

Antara 3 figura cukup dikenali di seluruh dunia,

Yang membuktikan bahawa kekurangan yang dimiliki bukan penghalang,

Untuk mengecapi kejayaan💪

 

1. Stephen Hawking

Seorang ahli fizik, saintis, ahli astrofizik dan ahli kosmologi.

Menghidap penyakit ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) di usia 21 tahun.

Yang mengakibatkan kemerosotan sistem saraf tunjang & otak penyebab lumpuh.

 

2. Albert Eistein 

Seorang pakar ahli fizik terhebat yang pernah dunia kenali.

Menghidap Dyslexia & ADHD menyukarkan proses menulis & bertutur.

 

3. Nick Vujicic

Seorang pakar motivasi terkenal yang lahir tanpa anggota tangan & kaki.

Ia satu penyakit rare dipanggil Tetra-amelia Syndrome.

Anda Juga Mungkin Berminat

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Scroll to Top