Trend Obesiti Di Malaysia

Memang betul, Malaysia ni syurga makanan namun hakikatnya di sebalik makanan serba lazat, adanya neraka berat badan.

Kenapa saya katakan begitu?

Niat bukan untuk menghakimi fizikal mahupun mengecam namun sekadar ingin berkongsi fakta.

Berkongsi hakikat dunia sekarang. Terutama bab kesihatan.

Malaysia merupakan negara tergemuk di rantau Asia, menurut kajian jurnal perubatan British, The Lancet (2014).

Ini pada 7 tahun lepas. Ingatkan boleh lah bertukar tempat jatuh nombor 3 atau 4 namun realitinya tak.

Pada tahun 2021, Malaysia kekal mempertahankan takhta negara dengan paling ramai penduduk obes di Asia.

Sebenarnya, Malaysia sudah terlalu lama kekalkan kedudukan tempat pertama. 

Kalau bukan first place pun, mesti dalam top five. 

Berbeza dengan negara paling sikit penduduk obes seperti Vietnam dan Jepun.

Tiada tanda tanda penurunan sebaliknya peningkatan dari tahun ke tahun.

Saya yakin ini bukan satu kejayaan yang patut dibanggakan. Ini sepatutnya merisaukan.

Masalah obes bukan datang seorang diri. Dia bawa sekali geng dia iaitu hati berlemak. Jantung tersumbat. Kencing manis. Darah tinggi. Kolesterol tinggi.

Mereka semua ini berupaya menjadi silent killers. Pembunuh utama rakyat.

Saya tengok masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil kisah tentang hal pemakanan terutamanya.

Sebab nak hidup berlandaskan moto YOLO. You Only Live Once.

Jadi, main bahan je yang mana lalu depan mata. Makan macam macam. Semua makanan tak sihat.

Air boba, ayam goreng, kentang keju, pisang cheese, hotdog, burger, pastri, minuman manis kafe hipster, makanan proses, nuget, pizza.

Pada tahun 2019, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia (NHMS) mendapati,

Terdapat trend kenaikan dari segi berat di mana 50% dewasa adalah 30.4% overweight dan 19.7% obese.

Tambah NHMS lagi,

54.7% wanita berumur 55-59 tahun paling ramai tergolong dalam kategori ini. Manakala, 29.8% kanak-kanak berumur 5 -17 tahun adalah overweight/obese.

Apa yang perlu kita tahu, keperluan tenaga kita berbeza ikut fasa pembesaran.

Masa kanak-kanak dulu kita perlu tenaga yang lebih banyak sebab masa tu kita sedang dalam proses untuk membesar.

Semakin waktu berlalu, keperluan tenaga kita akan jadi makin kurang.

Masuk usia pertengahan, tambah pula kalau tak amalkan gaya hidup aktif. Senang sangat berat naik.

.

.

.

Bagaimana Obesiti Boleh Berlaku?

Punca utama seseorang ni boleh jadi obes. 99.9% kerana pemakanan.

Antara mampu kawal atau tak mampu kawal. Juga apa yang dimakan. Sihat ke tak sihat. Lepastu kuantiti.

Ada 2 sebab paling ketara iaitu,

Tabiat kerap makan makanan tidak sihat dan tinggi karbohidrat, minyak serta lemak dalam jumlah yang banyak.

Aktiviti fizikal yang rendah seperti tidak melakukan senaman dan tidak aktif.

Selalunya nak tahu orang tu obes atau tak boleh nampak dari mata kasar. Fizikal yang lebar dengan lapisan lemak ketara.

Baju XL pun belum tentu muat. Kena pakai plus size baru padan.

Tapi ada juga bila buat health checkup, rupanya berisiko untuk jadi obes walaupun fizikal tak gemuk.

Sebab risiko obes ni bergantung pada umur, jantina, peratus otot, peratus lemak, tinggi serta berat.

Seperti yang semua tahu, berat badan akan selalunya naik bila makan banyak

Bila badan sudah capai had bakar kalori, kalori yang lebih tu akan disimpan jadi lemak. Makin hari makan makin banyak.

Lemak yang terkumpul sebelum ni tak sempat nak dibakar. Tambah pula dengan kedatangan lemak baru. Lama-lama makin banyak lemak lebih.

Simpan berbulan-bulan, bertahun-tahun. Fizikal mula berubah. Perut membelon.

Lapisan burger lemak terkeluar.

Sukar nak bernafas. Jalan tiga, empat langkah dah semput.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui kenyataan,

Pengambilan kalori harian (kcal) yang dianggap ideal adalah berbeza – beza.

Bergantung kepada umur, jantina, tahap metabolisma serta tahap aktiviti fizikal.

Secara umum, kalori harian yang disyorkan iaitu 2000 kcal untuk wanita dewasa dan 2500 kcal untuk lelaki dewasa.

.

.

.

Ada Ke Faktor Lain Selain Pemakanan Dan Aktiviti Fizikal?

Ada beberapa lagi faktor lain yang boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan sehingga obes.

Antaranya,

Faktor genetik (sejarah keluarga), masalah perubatan, faktor psikologi (kemurungan, tekanan perasaan, anxiety), pengaruh sosial, faktor persekitaran (budaya makan).

Tapi faktor utama adalah kerana rakyat Malaysia kuat makan makanan tidak sihat. Ini fakta.

Saya pun hairan sebab orang kita ni memang ada makan banyak. Orang cakap makan macam bela saka. 

Makan pula fast food. Air manis. Bersenam pula liat. Takde masa katanya.

Berdasarkan kajian dan survey yang dibuat oleh badan bertanggungjawab, terpampanglah di dada akhbar,

Sumber: Berita Harian

Iya betul. Ramai di antara kita yang masih tak sedar. Tak mahu ubah sikap.

Bila dah terkena penyakit. Baru luah perasaan kesal. Masatu nasi sudah jadi bubur. Tiada guna mengeluh.

Kita masih terlalu jauh dari segi kesedaran mengamalkan makanan sihat dan gaya hidup aktif.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan kenyataan,

Obesiti boleh tingkatkan risiko untuk dapat jangkitan COVID-19 yang teruk sebanyak tujuh kali ganda.

Andaikan terkena COVID-19, jantung kita terpaksa bekerja sekeras mungkin untuk lawan virus. 

Kalau fizikal kita tak kuat, nipis peluang untuk kita survive. Sebab tu pentingnya kita jaga kesihatan.

Makan makanan sihat. Nak makan makanan tak sihat tu boleh. Sekali sekala. 

Bukan itu saja, obesiti semakin meningkat bukan saja dalam kalangan dewasa tapi juga remaja dan kanak-kanak. Malahan bayi.

.

.

.

Trend Obesiti Di Negara Semakin Menggerunkan

Masalah obesiti di negara kita tidak nampak tanda-tanda perubahan ke arah yang lebih baik.

Tahun 2021 ni masih lagi memegang takhta negara tergemuk di Asia.

Sebagai ibu bapa, kena tahu yang obesiti ni berupaya tinggalkan parut psikologi kepada anak-anak.

Kalau kita sendiri, mesti kita runsing dengan pandangan orang. Risau dengan kesihatan kita. 

Sebab itulah kita kena ada role model. Boleh contohi cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri. 

Salah satunya, makan makanan sihat dan besederhanalah.

Mesti kita pernah lalui pengalaman di mana orang tua suka persendakan anak cucu dengan memberi gelaran yang memperlekehkan fizikal.

Mungkin bagi mereka, ia sekadar gurauan tapi dalam kita tak tahu perasaan mereka.

Weh, kau datang je bergegar tanah!

Badan kau ni dah macam gajah. Cam badak air je.

Amaran! Gempa bumi dah datang dah. 

Tak kira tua muda, pelbagai jenis penyakit akan datang bertandang dengan gembiranya.

  • Kencing manis tahap 2.
  • Masalah lemak lebih dalam darah.
  • Kolesterol tinggi.
  • Darah tinggi.
  • Sakit Jantung.
  • Strok.
  • Kanser.
  • Masalah pernafasan.
  • Masalah hempedu.
  • Osteoporasis.
  • Sakit lutut.
  • Sukar hamil.
  • Ketidaksuburan.

.

.

.

Cegah Obesiti Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Pepatah ada berbunyi, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Sebab apa? Sebab rebung ni pucuk muda. Masih lembut. Boleh dilentur kiri kanan.

Bila bertukar jadi buluh. Buluh ni keras. Sekali dipulas mahu tercabut tangan.

Bila umur makin tua, makin susah nak buang tabiat buruk. Degil tak dengar kata.

Kalau ibu bapa jenis lepas tangan. Ikut mereka lah nak makan apa. Layankan aje apa yang anak nak.

Kesian anak. Tubuh badan dan kesihatan otak anak akan terancam.

Apa risiko obesiti pada mereka?

  • Masalah kulit.
  • Kencing manis.
  • Kolesterol tinggi.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Masalah kerapuhan tulang.
  • Penyakit jantung di usia muda.

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Fungsi Warna Pada Buah Dan Sayur

8 Makanan Penyebab Kahak Berlebihan

8 ‘Kebaikan’ Kurang Fiber Dalam Diet Harian

7 Kelebihan Cacao Atasi Kemurungan

9 Kebaikan Makan Buah Berangan Panggang

11 Tumbuhan Ini Bantu Anda Tidur Lebih Nyenyak!

Scroll to Top