Ubat Batuk & Otak

 

Perubahan cuaca yang ekstrem mengundang pelbagai penyakit. Antaranya ialah batuk. Hampir kesemua dari kita pernah batuk dan pernah mengambil ubat batuk.

Lazimnya apabila batuk, tempat yang dituju ialah farmasi atau klinik. Yang akan dijinjing balik adalah sebemban ubat.

Ubat utama semestinya ubat batuk. Pelbagai warna dan perisa. Menjadi kesukaan kanak-kanak terutamanya.

“Ubat batuk ok apa sebab melegakan batuk.” Ujar rakan saya pantas apabila ditanya.

Ya betul ubat batuk melegakan batuk.Tetapi ada kesannya. Lebih buruk lagi kesannya ialah pada otak.

Pengambilan ubat batuk menyebabkan menyebabkan bahagian otak yang menjadi paksi untuk belajar, membuat keputusan, perancangan dan pengurusan emosi menjadi tidak aktif.

Penstoran maklumat sementara juga terganggu. Mudah lupa adalah akibatnya. Bila bercakap ayat terputus-putus. “Apa nama atau aaaa,” menjadi teman bicara.

Kesannya? Prestasi otak merudum. Kualiti emosi terjejas. Pemprosesan otak menjadi perlahan. Dalam erti kata lain ialah kita terjerumus ke dalam hari lembab sedunia yang kita cipta.

“Jadi nak ambil apa kalau tak boleh ambil ubat batuk. Kahak banyak ni.” Ada macam-macam alternatif. Antara yang saya suka ialah mencampurkan satu atau dua sudu madu lebah bersama bawang.

Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.


4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

Bagaimana dengan bawang yang tinggal tu? Kalau ada selera telan. Kalau tak ada selera, pandai-pandailah membuat keputusan.

Kalau ubat batuk yang memberi kesan negatif sentiasa diambil dengan bangganya mengapa tidak ubat alternatif yang tidak kesan negatif diragukan?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top