Umur & Otak

Kenapa ada orang rasa muda? Ada orang rasa tua walaupun umur sama? Anda mungkin tertanya tanya juga.

Dua soalan ini juga ditanya oleh pengkaji dari Selul National University.

Mereka ukur umur otak dua golongan ini. Mereka dapati persepsi subjektif pada umur bukan sekadar cakap kosong. Subjektif persepsi ada kena mengena dengan ‘umur’ otak.

Bila pengkaji ni kaji, mereka dapati geng yang sebut “aku muda lagi” otak mereka tidak tua macam umur mereka. Malah muda beberapa tahun dari usia sebenar.

Geng yang sebut “aku ni dah tua” pula tunjukkan otak mereka memang tua. Usia otak sama dengan umur atau lebih tua lagi.

Geng yang pertama bila diberi ujian IQ, skor mereka lebih tinggi. Menarik bukan?

Tahun 1987 Harvard University juga buat satu kajian yang hampir sama. Peserta kajian berumur 78 tahun ke atas.

Agak menarik bila mereka fikir mereka hidup seperti 30 tahun lepas seperti tahun 50an, tahap kesihatan mereka berubah.

Atau dalam bahasa lainnya mereka fikir muda 30 tahun. Impaknya mereka jadi seperti yang mereka fikirkan.

Ujian IQ mereka tinggi. Penyakit tertentu seperti arthritis, hipension juga hilang. Yang bertongkat tidak lagi bertongkat. Yang bongkok dapat berdiri tegak.

Hebat bukan?

Apa yang dapat kita belajar dari kajian ini? Persepsi subjektif kita is so powerful. Ia pengaruhi otak. It re writes neural path di dalam otak kita.

Jadi fikir yang baik baik. Rasai dan hidupkan rasa baik baik itu.

Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Puasa Enam: Bukan Sekadar Ibadah, Tapi ‘Reset’ Otak & Badan Anda!

Kesan El Nino Kepada Badan: Kenapa Ramai Tiba-Tiba Cepat Letih, Sakit Kepala & Mudah Stress?

Rahsia Anak Lebih Bijak & Fokus: Aktiviti Berseni Bantu Otak Anak Perform Secara Semula Jadi!

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Scroll to Top