Vape ‘Dihalalkan’ Secara Rasmi Di Malaysia? Ini Pendapat Dr Rizal

Sedih saya dengar bila vape telah DIHALALKAN secara rasmi di negara ini.

Ini antara titik sejarah hitam yang telah dibentuk.

Benda yang tak elok untuk kesihatan juga yang dipuja sakan.

Ada yang beritahu saya.

Penentu halal haram bergantung pada cukai yang dikutip.

Ada betulnya.

Layanan VVIP diberi kepada produk seperti rokok, arak dan vape.

Bahaya tak bahaya belakang cerita.

Mana tak gembiranya kaki gemar hisap dan kaki bisnes vape.

Hanya sebab nafsu dan untung.

Mereka pilih untuk jahanamkan kesihatan sendiri dan orang lain.

Masa depan anak kecil diperdagangkan.

Hak melarang sudah dilucutkan.

Tanpa sebarang kawalan.

Anak kecil pun dibolehkan beli, jual dan promosikan vape.

Nikotin – satu bahan utama untuk buat cecair vape.

Telah DIKELUARKAN daripada senarai bahan terlarang bawah Akta Racun 1952.

Penggunaan vape jadi masalah yang amat membimbangkan.

Ikut laporan dalam A Systematic Review of Health Effects of E-Cigarettes.

Vape akibatkan kerosakan sel dan pelbagai komplikasi penyakit.

Terima kasih kepada reaksi pelbagai jenis campuran bahan kimia.

Yang membentuk cecair gel.

Selain nikotin, ada bahan kimia termasuk:

  • Glycerol
  • Propylene Glycol
  • Perisa Diacetyl
  • Benzene
  • Nikel, timah & plumbum

Apa kesannya?

Terbentuk satu penyakit baru yang kian membelenggu penghisap vape.

EVALI atau E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury.

Sebabkan kerosakan pada dinding salur pernafasan dalam paru-paru.

Menyebabkan kecacatan kekal dan perlu bergantung pada bantuan tangki oksigen.

Ada kes libatkan golongan muda.

Yang dada mereka perlu ‘ditebuk’. Nak ke macam ini sampai ke tua?

Nikotin ubah proses sinapsis otak.

Rosakkan bahagian Frontal dan Temporal Lobes yang kawal fokus dan pembelajaran.

Bayangkan kalau anak remaja sudah mula vaping.

Pertumbuhan otak terganggu.

Selain boleh sebabkan ketagihan nikotin.

Dan buka ruang untuk ‘cuba try test’ jenis dadah jauh lebih kuat.

Gejala lain akibat vaping termasuk:

  • Kebas anggota badan
  • Degup jantung laju
  • Berpeluh peluh
  • Muntah
  • Halusinasi

Cuba renungkan.

Ibu bapa perlu pantau aktiviti anak.

Jangan biar sampai mereka tertarik untuk cuba vaping.

Jangan susahkan diri sendiri dengan benda yang tak beri faedah langsung.

Sayangi tubuh dan otak. Hargai nikmat sihat anugerahNya.

Mohon kita semua dijauhkan dari benda seperti ni.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Apa Itu Autophagy? Kenapa Ada Orang Puasa Makin Sihat, Ada Yang Makin Lemah

Kerap Sakit & Mudah Jatuh Demam? Ini Herba Semula Jadi Yang Bantu Naikkan Sistem Imun Tubuh

Scroll to Top