Sudah Ada Vision Board, Mengapa Masih Belum Berjaya?

Petang tadi dapat mesej dari pelajar yang hebat yang mahu merubah nasib diri dan keluarga. Yang dihantar ialah Papan Visi beliau.

Minta saya tengok-tengokkan.

Respons saya ringkas. Kena bincang.

Papan Visi atau vision board mungkin tidak asing bagi sesetengah orang.

Secara ringkasnya Papan Visi ialah medium kita meletakkan apa yang kita sasarkan untuk dicapai sepanjang hidup kita.

Ramai yang menggunakannya tetapi gagal merealisasikan apa yang diidamkan.

Kebiasaannya antara teknik yang digunakan untuk mencapai apa yang diletakkan di Papan Visi ialah teknik bayangan atau visualization technique.

Ikut kajian, 80% yang menggunakan teknik masih gagal untuk mencapai apa yang diidamkan.

Persoalannya ialah kenapa gagal. Walaupun teknik ini sepatutnya sangat berkesan.

Antara alasan yang diberikan ialah hilang tumpuan, hilang ghairah dan tak ada motivasi lagi.

Jadi bagaimana mengatasi isu ini? Kenapa ramai yang memberikan alasan sedemikian?

Jawapannya ialah pada dua bahan kimia yang terdapat di dalam otak. Serotonin dan Oxytocin.

Untuk mendapatkan impak yang berkesan, teknik bayangan yang digunakan mesti mampu menyebabkan otak merembeskan Serotonin dan Oxytoxin.

Andai serotonin rendah, orang akan mengalami kemurungan. Tinggi serotonin menyebabkan mood menjadi baik dan ceria. Lebih berkesan teknik bayangan apabila serotonin tinggi. Motivasinya jadi tinggi.

Oxytocin pula adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh otak antaranya apabila kita mendukung, memeluk atau bermain-main dengan bayi. Yang ada bayi, selalunya mahu pulang awal sebab nak bermain-main dengan bayi. Macam ada tarikan untuk pulang segera.

Begitu juga pada yang ada binatang peliharaan. Ada tarikan menarik-narik kita untuk pulang awal untuk bermain-main dengan mereka. Perasaan yang timbul itulah impak dari keluarnya bahan kimia oxytoxin di dalam otak.

Jadi akan sentiasa ada tarikan untuk kembali melihat Papan Visi dan melakukan teknik bayangan yang dilakukan akan lebih berkesan.

Jadi mahu berjaya dengan teknik bayangan dan mencapai apa yang diidamkan di Papan Visi mesti ada kunci untuk keluarkan kedua-dua bahan kimia ini.

Bagaimana caranya? Sudah kongsi dalam seminar OCOC dan artikel-artikel sebelum ini.

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top