Wanita Cantik Menyebabkan Lelaki Jadi Bodoh ?

Ada yang bertanya.

Betulkah wanita cantik menyebabkan lelaki jadi bodoh?

Soalan yang menarik.

Apa jawapannya?

Lelaki menjadi cuai dan tidak memberi tumpuan kepada akibat jangka panjang apabila interaksi bisnes melibatkan wanita cantik.

Apa yang berlaku di dalam otak lelaki?

Wanita cantik menyebabkan sistem limbic lelaki (yang terletak di belakang telinga) menjadi sangat aktif.

Dalam masa yang sama, prefrontal cortex (CEO kepada otak) yang menjaga aspek rasional dan membuat keputusan menjadi tidak aktif.

Andai kita cermati filem Hollywood, pelayan di kasino mengenakan pakaian-pakaian yang menjolok mata.

Alkohol di beri secara percuma pula.

Tujuannya ialah mengabui aspek rasional dan cara membuat keputusan lelaki.

Akibatnya, mereka terus berjudi.

Menggunakan emosi dari sistem limbik untuk membuat keputusan.

Soalan seterusnya pula ialah,

apa alasan lain yang menyebabkan lelaki menjadi begitu?

Tiga puluh peratus dari otak manusia didedikasikan untuk penglihatan.

Bahagian otak yang bernama visual cortex juga menjadi aktif apabila lelaki melihat wanita cantik.

Amygdala (yang turut mengawal emosi dan motivasi) lelaki turut menjadi aktif.

Yang menariknya, bahagian otak yang disebut diatas tidak aktif apabila wanita melihat lelaki yang menawan.

Menarik bukan?

Kata – Subhanallah!

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Scroll to Top