Warna Dan Otak

Memilih warna memeningkan.

Sekarang para wanita sudah mula memilih warna & menjahit baju untuk di pakai pada Hari Raya.

Lelaki macam biasa, ikut isteri. Yang bujang, malam raya baru kalut mencari.

Ada ketikanya pilihan warna adalah sedondon. Ada kalanya warna dipilih ikut citarasa dan mood.

Warna bukan sekadar mencantikkan. Warna ada pengaruh. Ada nilai menukar.

Kemampuan warna untuk mempengaruhi besar. Kesannya pada otak tidak wajar dipandang enteng.

Pernah bersama dengan rakan-rakan dari Mental Illness Fellowship (MIF) di Australia.

Mereka mengendalikan Specialist Residential Rehabilitation Program atau SRRP.

Program untuk mereka yang tidak sihat mental hidup berdiri tapi dipantau.

Program ini baik. Ia mengambil masa dua tahun.

Selepas proses pemulihan mereka yang tidak sihat mental akan berpindah kembali kepada masyarakat.

Hidup berdikari. Bekerja dan menyara hidup sendiri. Ada yang berkeluarga selepas itu.

Dalam satu mesyuarat dengan MIF saya ditanya tentang warna dan pengaruh.

Saya jelaskan seperti berikut:

1. Warna biru melebarkan imaginasi. Mengangkat kreativiti. Memunculkan keaslian.

Apabila ada sesi dengan keluarga, warna biru akan saya kenakan.

Tujuannya mudah. Mahukan keluarga lebih kreatif dalam menjaga ahli keluarga yang tidak sihat mentalnya.

Kreatif dalam memberi solusi. Kreatif dalam mencipta program sendiri di rumah.

2. Warna merah untuk kuatkan memori. Tajamkan ingatan. Praktikal dan detail.

Andai buat pembentangan dan kenakan pakaian merah, soalan yang muncul dari panel lebih detail.

Soalan ahli panel lebih terarah kepada unsur praktikal.

Soalan bertubi-tubi. Nama ingatan kita turut kuat.

3. Pink menenangkan. Pernah ditanya apabila ditugaskan ke bilik kuarantin pesakit mental kenapa saya kenakan warna pink.

Jawab saya ia ada kesan menenangkan.

Bertahun bertugas dengan pesakit yang tingkahlaku pelbagai ini, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebab pilihan warna tepat pada waktu.

Warna ada kuasa hebat. Ianya hasil dari kajian. Bukan rekaan melariskan jualan.

Boleh cuba andai mahu rasa sendiri kesannya.

Boleh cuba andai mahu dengar pujian di sebaliknya.

Boleh cuba andai mahu kelihatan lebih mesra dan sesuai.

Selamat beramal.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top