Yubari Melon – Buah Termahal Setara Harga Emas!

Nak belajar ilmu BODY DETOX?

Pendaftaran EARLY BIRD kini dibuka!

Harga promo sehingga 15 Ogos ini sahaja

Neuroconference Special Edition: NeuroDetox

LIVE di group FB (private) pada 2 September ini!

 KLIK DI SINI

 KLIK DI SINI

Siapa yang fikir Musang King adalah buah paling mahal di dunia.

Maaf, tuan puan salah.

Paling mahal di Malaysia? Mungkin. Kalau dunia? Tiada dalam senarai.

Tembikai Densuke, anggur Ruby Roman, Yubari King melon, mangga Northern Territories dan nenas Cornwall adalah antara buah termahal di dunia.

Nak tahu tak buah termahal di dunia.

Harga untuk satu biji mencecah hampir seratus ribu ringgit!

Ini baru betul betul orang panggil harga kayangan.

Yubari melon atau Yubari King melon ni dijual dengan harga $200 (RM800++) setiap satu. Ini pun ketika musim menuai.

Kalau tak, setiap satu boleh cecah harga sehingga  $24,600 (RM100,000).

Bayangkan harganya kalau saiz premium.

Pada tahun 2019, satu set Yubari King melon ni telah dijual pada harga $45,000!

Tukar ke ringgit, mencecah RM200,000.

Memang betul-betul boleh beli emas, boleh beli tanah dah ni.

Mesti tuan puan terfikir kan kenapa lah buah melon je pun.

Tapi harga setara pangsapuri kos rendah lengkap perabot.

Kenapa tak beli je buah melon yang jual kat pasar raya tu.

Murah pun murah. Rasa pun rasa buah melon lah.

Yubari King melon ni sangat mahal kerana rasanya tersangat manis seperti sirap manis. Berkrim. Unik. Satu satunya melon di dunia yang punyai rasa campuran buah.

Teksturnya juga sangat halus dan tidak berair.

Serta corak kulit luarannya yang seakan akan pasu porselin purba.

 

4 Fakta Menarik Tentang Yubari King Melon

  1. Hasil kacukan dua jenis melon iaitu Earl’s Favorite dan Burpee.
  2. Nama sempena tempat lahirnya iaitu bandar Yubari, Pulau Hokkaido, Jepun.
  3. Rasa halus, manis sirap madu dengan tekstur lembut serta campuran buah seperti pic, tembikai, strawberi dan vanila.
  4. Proses penamanan dalam rumah hijau yang sukar, makan masa serta penggunaan buruh manual yang mahal.

 

Khasiat Luarbiasa Yubari King Melon

  • Hanya 1 hidangan sediakan 100% daripada keperluan harian untuk vitamin A, 95% (vitamin C), 1% (kalsium), 2% (zat besi) dan 5% (vitamin K).

  • Mengandungi vitamin B3 (niacin), B6 (pyridoxine), B9 (asid folik) dan C yang menguatkan sistem imun.

  • Kaya vitamin C, yang menghalang penyakit dan menguatkan sistem imun.

  • Vitamin C menyokong penghasilan kolagen, protein struktur utama yang diperlukan untuk pembaikan kulit.

  • 100 gram Yubari King melon mengandungi kira-kira 36 mg asid askorbik, iaitu kira-kira 1/3 daripada nilai harian.

  • Tinggi vitamin A, mikronutrien yang penting untuk penglihatan yang sihat dan pembaharuan sel kulit.

  • Mengandungi antioksidan, termasuk gallic acid, ellagic acid, dan caffeic acid yang melawan kerosakan sel.

  • Buah semula jadi rendah lemak dan kolesterol, menjadikannya sumber tenaga ideal dan sihat untuk badan.

  • Kaya asid folik. Mengurangkan risiko jenis kanser tertentu dan meningkatkan daya ingatan.

  • Sangat rendah kalori (100 g buah hanya mempunyai 34 kalori) dan lemak.

  • Juga kaya dengan antioksidan flavonoid seperti beta-carotene, lutein, zeaxanthin, dan cryptoxanthin.

 

Tips Hidangan Buah Melon

Saya pasti ramai antara kita yang dalam hati.

Memang tak lah aku nak beli buah harga sebiji kereta!

Tapi takpe.

Buah melon lain masih ada contohnya honeydew, rock melon dan muskmelon.

Jangan risau!

Sebab ada lebih kurang 40 jenis buah melon yang anda boleh cuba.

Harganya pun murah. 

Kalau reti pilih, boleh dapat yang betul-betul manis dan cair di mulut.

Tips:

  • Makan melon segar dengan kulitnya dibuang. Boleh sejukkan dulu sebelum makan.

  • Melon juga tambahan yang bagus untuk salad buah dan yogurt.

  • Melon boleh dibuat jus, jem atau sorbet.

  • Melon juga boleh ditambah dalam pencuci mulut seperti aiskrim atau custard.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

Scroll to Top