15 Tips Mudah Cerdaskan Otak Anak

Otak kanak-kanak sentiasa berkembang.

Pada saat dilahirkan hingga usia mencecah 5 tahun mereka alami fasa otak berkembang.

Seolah seperti sebuah bangunan yang sedang disiapkan.

Menariknya pada usia 5 tahun hampir 90% otak mereka berkembang seperti otak orang dewasa.

Walaupun begitu, kajian dapati otak bahagian Prefrontal Cortex (PFC) adalah bahagian yang terakhir terbentuk sempurna.

PFC letaknya di belakang dahi.

Pusat berfikir, mengurus emosi, buat pertimbangan, belajar dari kesilapan, pengurusan masa, tempat buat keputusan dan analitikal.

Bagi anak lelaki, bahagian ini akan sempurna terbentuk apabila mereka berumur 25 tahun.

Pada anak perempuan ketika usia mereka mencecah 24 tahun.

Sehingga usia mereka matang, proses ‘berfikir’ masih diurus di bahagian emosi. Antaranya ialah amygdala.

Bahagian ini ialah pusat takut. Juga bertindak seperti Bukit Aman bagi otak manusia.

Memandangkan otak anak masih dalamwork in progress’ ibubapa wajib berhati hati dan miliki strategi dalam membesarkan mereka.

Strategi yang terbaik ialah Brain Based Strategy yang selari dengan perkembangan otak mereka.

Inilah juga kaedah dalam neuroparenting.

15 Perkara Berikut adalah TIPS Mudah untuk Cerdaskan Otak Anak

1- Banyakkan Aktiviti Fizikal

Biarkan mereka berlari, melompat atau gunakan tangan untuk manipulasi objek. Main pasir dan bina bangunan dari pasir adalah antara contohnya. 

Aktiviti sebegini akan sebabkan 4 neurohormon penting keluar. 

Neurohormon itu adalah serotonin, dopamin, endorfin dan norepinephrine. Kesemuanya penting untuk belajar.

Serotonin adalah neurohormon penting berkaitain motivasi dan mood.
Aktiviti fizikal yang dilaklukan oleh anak akan bantu stabilkan selera makan dan bantu mereka untuk dapat tidur yang berkualit opada pada waktu malam nanti.

Apabila hormon rendah atau tidak stabil ia sebabkan anak jadi moody.
Motivasi untuk lakukan sesuatu termasuk makan akan menurun.
Endorfin pula ialah neuhormon painkiller semulajadi.
Ia juga jadikan mood lebih baik.

Norepinephrine pula bantu anak jadi lebih alert, kuatkan memori serta tingkatkan konsentrasi.

Apabila norepinephrine stabil anak mudah menjawab soalan, mudah ingat apa yang dipelajari atau lalui.


2- Libatkan Aktiviti Eye and Hand Coordination

Maksudnya aktiviti yang selarikan gerakan mata dan gerakan tangan atau kaki.

Permainan tuju kasut, galah panjang adalah antara contoh permainan dulu yang aktifkan otak yang libatkan eye and hand coordination.

Apabila kita memandu, kita gunakan kemahiran eye and coordination untuk memandu.

Anggaran jarak, ruang dan sebagainya yang libatkan spatial ability akan lebih baik pada anak yang dibiasakan dengan aktiviti sebegini.

3- Galakkan Aktiviti Bercakap

Minta mereka terangkan apa yang mereka mainkan.

Soal mereka dengan soalan yang spesifik. Contohnya ialah

Amin buat apa dengan 5 getah di tangan tu” bukannya “Amin buat apa tu?”

Di negara antara aktiviti yang dilakukan di sekolah ialah Show and Tell.

Pelajar bawa sesuatu dari rumah dan terangkan kepada rakan lain di dalam kelas.

Di rumah ibubapa boleh lakukan perkara yang sama. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin mingguan.

Mulakan dengan ibubapa dahulu. Perkara penting yang perlu difahami anak buat apa yang ibubapa buat. Bukan apa 

4- Aktiviti Libatkan Pengiraan

Apabila bawa anak ke kedai atau di dapur, buat aktiviti libatkan pengiraan.

Tunjukkan ada berapa bawang contohnya. Buat kiraan bersama sama.

Kemudian minta anak buat kiraan sendiri. Boleh lakukan aktiviti campur dan tolak.

Ini akan meransang sel otak libatkan pengiraan.

5- Aktiviti Menghidu

Semasa di dapur, lakukan aktiviti menghidu bau rempah, buah, sayur dan masakan sihat.

Teknik ini akan merangsang olfactory cortex anak -pusat yang uruskan bau.

Dalam konteks psikologi, pendedahan awal begini akan sebabkan anak mudah terima dan selesa dengan makanan yang dimasak guna rempah ratus ini, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apabila makanan sihat, buah atau sayuran dihidangkan mereka lebih mudah untuk makan.

Ini dinamakan cognitive and behavioural priming.

6- Wujudkan Ruang Pembelajaran

Jadikan ruang ketika memandu sebagai ruang pembelajaran.

Buat kuiz atau main permainan tertentu semasa dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat lain.

Contohnya sekiranya kita mahu merangsang kebolehan anak menggunakan perkataan, menjadi kreatif dan aktifkan sembilan bahagian di otak, lakukan aktiviti storytelling.

Caranya, kita mulakan cerita dahulu.

Minta anak sambungkan. Dari seorang ke seorang lain. 


7- Main Permainan Thinking Games. 

Antara contohnya ialah jigsa puzzles, block building, teka silang kata, Sudoku.

 Permainan sebegini akan aktifkan bahagian prefrontal cortex (PFC) - ceo of the brain yang terakhir sekali siap dalam konteks perkembangan otak anak.

 Sekiranya dirangsang dari awal, anak anak mula beralih ke arah gunakan PFC ini ketika berfikir dan bukan lagi pusat emosi.

8- Sequencing Thinking

Apakah dia sequecning thinking?

Teknik ini mengajar anak berfikir perkara yang libatkan aturan.

Contohnya ialah aktiviti memasak gunakan resepi.

Apabila mask bersama anak, baca aturan resepi dan minta anak ulang.

Minta anak sebut, selepas masukkan bahan A kita masukkan bahan apa, B (sebut bersama).

Ulang aturan resepi dan minta anak ulangi bersama.

Teknik ini juga jadikan akan punyai bentuk fikir presedural, iaitu perkara yang libatkan step by step atau prosedur satu per satu.

9- Muzik Klasik

Apabila lakukan aktiviti, pasang lagu-lagu klasik sebagi muzik latar.

Kajian dapati muzik klasik dapat merangsang perkembangan otak anak.

Ada kajian yang dapati muzik klasik dapat tingkatkan IQ anak seperti lagu klasik Mozart - Sonata For Two Pianos.

10- Elakkan Penggunaan Gajet 

Elakkan penggunaan gajet seperti telefon bimbit, ipad/tab, komputer atau tv.

Aktiviti main games samada dari telefon bimbit atau tab akan sebabkan keluarnya dopamin pada kadar yang lebih dari sepatutnya.

Dopamin ialah feel good hormon. Apabila dikeluarkan secara berlebihan ia timbulkan ketagihan.

Hormon ini juga sebabkan manusia ketagih kepada dadah.

Untuk elakkan anak dari pesona gajet, ibubapa harus hadkan penggunaan gajet ini.

Elakkan penggunaan gajet sewaktu makan kerana waktu makan adalah waktu yang paling sesuai untuk aktiviti bonding - aktiviti tingkatkan hubungan kasih sayang dengan anak-anak.

11- Letakkan Barangan Anak Pada Separa Tinggi Level Matanya. 

Ini akan mudahkan anak melihat dan mengambil.

Barangan yang kita anak kita bermain dengannya atau dia gunakan pada kekerapan tinggi, letakkan di bahagian hadapan yang mudah dicapai tangan.

 Barang yang dilihat selalu akan jadikan ia kebiasaan dan tingkatkan kelesaan.

12- Beri Mereka Diet Yang Sesuai Dengan Perkembangan Otak

Makanan ringan, dalam kotak, tin wajib dijauhkan.

Begitu juga makanan tinggi gula, tinggi garam, penuh pewarna dan ada tambahan perisa walaupun yang tertulis ialah perisa sebenar buah-buahan.

Antara perkara lazim yang dilakukan oleh ibubapa ialah berikan anak rasa minuman yang mereka minum.

Contohnya di kedai makan, ibu yang minum teh air, akan suapkan air itu kepada anak. Teh atau kopi mengandungi kafein yang sangat bahaya pada perkembangan otak anak-anak.

Kenapa?

Kafein kecilkan pembuluh darah di otak.

Apabila pembuluh darah mengecil, nutrisi yang dihantar masuk ke otak juga menjadi kecil.

Ini akan bantutkan perkembangan otak anak.

Fahami analogi mudah ini. Bayangkan lebuhraya yang anda selalu lalui.

Katakan lebuhraya itu punyai 4 lorong. Tiba-tiba pada suatu pagi waktu puncak. 3 lorong ditutup dan hanya tinggal satu lorong dibuka untuk kenderaan dari kedua arah.

Apa yang akan berlaku? Bayangkan.

Itu jugalah yang berlaku pada otak anak yang diberi minuman berkafein.

13- Beri Anak Makan Sayur-Sayuran Green Food

Kajian dari University of Ulster di UK dapati anak-anak yang makan sayuran tingkatkan kapasiti berfikir mereka dan dalam kajian itu diualang sebut ‘boost their brain power’.

14- Masa & Bunyi

Untuk boleh anak fahami aspek pengurusan masa, lakukan aktiviti rutin mengikut jam. 

Kenalpasti masa atau kaitkan dengan bunyi, rancangan tv atau sesuatu yang bolehkan mereka kaitkan dengan masa.

Contohnya apabila motorsikal si penjual ais krim melalui kawasan rumah, dia akan bunyikan lagu atau loceng. 

Biasanya si penjual ini lalui kawasan rumah kita pada waktu yang sama.

Jadikan tetapkan satu aktiviti selepas setiap kali bunyi lagu atau loceng itu.

 Ini akan mudahkan kita uruskan aktitivi anak serta mudahkan mereka ingatkan diri tentang aktiviti yang akan dilakukan.

15- Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup adalah sangat penting untuk pembesaran otak serta tubuh yang sihat.

Anak-anak perlukan tidur antara 10-12 jam bergantung pada usia mereka. Anak pada sekolah menengah perlukan hingga 9 jam.

Sekolah rendah antara 10-11 jam. Pada umur tadika lebih dari 12 jam. Kesemua jumlah jam tidur ini adalah berkaitan tidur malam.

Bukannya tidur siang. Tidur pada waktu tengahari juga wajib untuk anak-anak. Energi tubuh dan otak manusia akan akan mula menurun seawal jam 11 pagi.

Energi turun ini akan sampai waktu puncaknya sekitar tengahari.

Berdasarkan kajian, tidur 30 minit pada waktu tengahari akan tingkatkan energi sehingga jam 7 malam.

Kenapa tidur malam penting?

Sewaktu kita tidur, otak akan keluarkan hormon yang diberi nama growth hormon.

Ini adalah hormon yang pastikan anak dapat membesar mengikut milestonenya, hormon yang sembuhkan penyakit dalaman, 

15 tips ini wajib diamalkan.

Tips-tips ini adalah ransangan berterusan yang cerdaskan otak anak-anak. 

Selain diet, tidur aktiviti-aktiviti yang libatkan berfikir, berkongsi fikiran sangat penting untuk aktifkan otak anak.

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Bahagian OTAK Ini Diaktifkan Ketika Anda Traveling!

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

Scroll to Top
0