3 Langkah Dapatkan Memori Terbaik

Ziarah itu baik. Dituntut. Apabila berziarah kita dijamu. Itu rezeki.

Para Ustaz-ustaz yang berceramah, malamnya sesudah ceramah mereka juga dijamu. Amalan meraikan tetamu.

Malangnya para penjamu tidak tahu, jamuan itu mendekatkan tetamu mereka selangkah lebih dekat ke lubang kubur.

Sebabnya?

Weapon of Mass Destruction sebenar ialah makanan yang diproses, terdedah pada racun tumbuh-tumbuhan rendah fiber serta goreng-gorengan.

Akibatnya, tubuh kita menjadi sarang penyakit. Ia meragut tenaga. Menghilangkan fokus yang kita cuba bina.

Kajian dari Harvard Business Review mendapati 90% manusia mudah letih dan lesu. Mereka mudah hilang fokus. Memori merudum teruk.

Hanya 10% sahaja mampu miliki tenaga dan fokus tinggi.Saya tertanya-tanya, adakah kita termasuk dalam 10% itu?

Atau kitakah yang membentuk 90%?

Menariknya ialah kesan makanan beri impak langsung pada Otak. Hasilnya tenaga, memori dan fokus tergugat.

Natijahnya kita yang merana.

Ajaibnya ialah isu ini dengan mudah dapat di atasi dengan TIGA langkah berikut iaitu U.T.P:

1. U -Ujian Kesihatan Otak – Mungkin ada yang tidak pernah dengar.

Otak organ utama manusia. Mengurus segalanya yang berlaku dalam hidup kita.

Apabila ia berhenti berfungsi kita disahkan mati.

Ujian ini akan beritahu bahagian mana bermasalah. Bahagian mana tercedera dan perlukan perhatian.

Apabila otak sihat dan baik. Maka kita jadi bahagia, penuh tenaga dan terpelihara fokus.

2. T -Tahu nombor kita – Maksudnya apa BMI, tahap tekanan darah, kadar gula dalam darah?

Semua ini apabila keluar dari lingkungan normal beri kesan buruk pada otak.

3. P -Pelihara Otak – Isu pengaliran darah ke otak, pembentukan tosik di otak, kehilangan nutrient di otak serta keradangan adalah malapetaka.

Semua ini dapat dielak apabila jaga O.T.A.K

(O-Otak; T-Tidur; A-Aktiviti; K- Kudapan dan makanan).

Apabila kita lakukan U.T.P atau 3 langkah ini, kita akan pastikan memori kita terpelihara, fokus dan tenaga terus meningkat.

3 MAKANAN TINGKAT MEMORI

Memori yang baik boleh dicapai dengan 3 makanan berikut:

1. Epal – ada quercetin. Nitrusi penting untuk hippocampus – iaitu pusat memori.

2. Brokoli – juga punya quercetin.

3. Terung besar atau eggplant. Ada nanusin. Bantu tingkat interkasi antara sel otak.

Terung besar juga ada anthocyanins. Tingkatkan aliran darah ke otak.

Halang sel otak dari mati. Memori jadi power.

Makanan-makanan ini masih mampu milik. Mudah diperoleh. Senang dimasak.

Sila cuba. Lihat, dengar dan rasai hasil.

#DrOtak

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top